Saturday, October 5, 2019

TANGKAK VENUE UNTUK PUSINGAN 8

KUALA LUMPUR, 3 Okt - Saingan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas akan diadakan di Tangkak, Johor pada 18-19 Oktober ini.

Jadual asal Pusingan 8 itu sepatutnya berlangsung di Kota Bharu, Kelantan tetapi ia terpaksa diubah ke venue lain bagi menghormati tempoh berkabung seluruh negeri Kelantan ekoran kemangkatan ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,  Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan  Yahya Petra pada 28 September lalu.

Sepanjang tempoh berkabung selama 40 hari itu, segala bentuk hiburan atau aktiviti sukan tidak boleh dilangsungkan di seluruh negeri berkenaan.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad selepas mendapat perintah daripada baginda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Perubahan venue itu disahkan oleh promoter Cub Prix Malaysia, Safe Aim Mutual Sdn Bhd di ibu negara hari ini.

Dengan pemilihan Tangak sebagai venue baharu untuk Pusingan 8 itu, maka Tangkak kini akan menjadi hos kejuaraan tersebut buat kali kedua musim ini selepas menganjurkan saingan Pusingan 3 pada 3-4 Mei lalu.

Menurut Pengarah Urusan Safe Aim Mutual, Ron Hogg, pihaknya menghormati tempoh berkabung di negeri Kelantan selepas kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra pada 28 September lalu.

“Pihak kami perlu mengubah venue asal Pusingan 8 ke Tangkak dan tarikhnya tetap sama. Langkah ini adalah sebagai tanda penghormatan kami terhadap tempoh berkabung selama 40 hari di seluruh negeri Kelantan.

“Dengan kesempatan ini, saya bagi pihak semua komuniti dan warga kerja Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat DiRaja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra baru-baru ini,” jelas Ron.

AFIF TAK RELA KEHILANGAN MATA DI KANGAR

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran (gambar kiri) tidak rela kehilangan mata pada aksi Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Kangar, Perlis minggu ini.

Pelumba asal Terengganu itu kini memimpin kedudukan keseluruhan kelas CP150 dengan meraih  94 mata, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azroy Hakeem Anuar ( Idemitsu Honda Yuzy Racing) dengan perbezaan 8 mata.

Menyedari perbezaan mata yang agak rapat itu, Afif akan pastikan saingan di Kangar minggu ini berada dalam genggamannya.

“Misi utama di Kangar adalah untuk mengutip seberapa banyak mata yang boleh bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan. Saya tidak boleh keciciran mata kerana pada peringkat ini, semua pelumba sedang bekerja keras untuk mengubah kedudukan masing-masing.

“Pada masa yang sama, saya juga tidak boleh terlalu ghairah sebaliknya tetap berwaspada dengan keadaan semasa. Walaupun sudah biasa beraksi di litar Kangar, namun saya perlu tetap berhati-hati mengharungi perlumbaan terutamanya pada saingan final.

“Buat masa ini, persiapan yang saya lalukan adalah seperti biasa bagi mengekalkan tahap kecergasan. Saya hanya berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar bagi menghadapi cabaran di Kangar nanti,” jelas Afif.

Pada saingan di Kangar nanti, Afif juga mahu pastikan insiden di Teluk Intan baru-baru ini tidak berulang apabila dia gagal menamatkan perlumbaan akibat terjatuh.

Walaupun dia baru sekali bergelar juara pada saingan musim ini, namun Afif antara pelumba paling konsisten dengan menamatkan setiap perlumbaan dalam kelompok lima terbaik.

Setakat ini, dia bergelar juara pada saingan Pusingan 3 di Tangkak, Johor pada Mei lalu selain dua kali bergelar naib juara pada Pusingan 2 (Batu Kawan, Pulau Pinang) dan Pusingan 4 di Pontian.

Musim lalu, Afif merupakan juara keseluruhan bagi kelas CP150 dan setakat ini, dia semakin hampir untuk mengulangi pencapaiannya pada tahun lepas.

Antara pelumba yang mampu mengugat impiannya adalah Azroy yang kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 88 mata dan Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang Racing) yang berada di kedudukan ketiga dengan 61 mata.

Tengku Amirul kini semakin mengorak langkah seperti yang dibuktikannya pada perlumbaan di Teluk Intan baru-baru ini apabila bergelar juara buat pertama kali musim ini.

Azroy pula sudah memegang status selaku juara sebanyak tiga kali setakat ini iaitu di Jasin, Melaka; Batu Kawan, Pulau Pinang dan di Terengganu.

Pelumba lain yang perlu dia awasi adalah Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) yang berada di kedudukan keempat dengan 60 mata.

Minggu ini, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis akan menjadi destinasi Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang bakal menampilkan beberapa pelumba terhebat negara.

Seperti biasa tiga kategori utama akan disajikan iaitu CP150, CP115 dan kelas Wira.

Masuk untuk menyaksikan perlumbaan tersebut adalah percuma.

INFO
Kedudukan keseluruhan (Pelumba)
Ahmad Afif Amran (TRG) Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 94 mata
Azroy Hakeem Anuar (SEL) Idemitsu Honda Yuzy Racing – 88
Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Yamaha YY Pang Racing – 61
Md Akid Aziz (KUL) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 60
Md Azhar Abd Jalil (SEL) Motul Yamaha YY Pang Racing – 59

Pasukan
Motul Yamaha YY Pang Racing – 147 mata
Idemitsu Honda Yuzy Racing – 134
Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 133
Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 108
ONEXOX TKKR SAG Team - 92

Friday, September 20, 2019

ADIB terlepas aksi di Sepang gara-gara kecederaan.
TENGKU AMIRUL GANTI ADIB DI ARRC SEPANG

KUALA LUMPUR, 16 Sept – “Saya agak sedih kerana tidak dapat beraksi pada Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang minggu ini. Impian saya adalah untuk menghadiahkan sesuatu kepada para penyokong saya.”
Demikian luahan pelumba RCB Accentwire Yamaha YY Pang Racing Team, Md Adib Rosley yang terpaksa melupakan aksi pada ARRC minggu ini gara-gara masih belum pulih daripada kecederaan.
Dalam perbualan ringkas dengan pelumba asal Selangor itu hari ini, Adib menjelaskan bahawa dia agak kecewa kerana tidak dapat beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Adib mengalami patah kaki ketika terjatuh pada aksi Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Teluk Intan minggu lalu dan dia memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.
“Buat masa ini, semuanya berjalan lancar dan saya sedang menjalani proses pemulihan yang mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan. Saya hanya mampu berdoa agar rakan-rakan sepasukan melakukan yang terbaik di Sepang nanti,” jelas Adib yang pernah muncul naib juara pada Perlumbaan 2 kelas Underbone 150 di Suzuka sebelum ini.
Adib merupakan antara tonggak pasukan YY Pang yang turut cemerlang pada kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas.
Kekosongan yang ditinggalkan Adib itu akan memberi ruang kepada Tengku Amirul Haffirudin untuk beraksi pada Pusingan 6 ARRC di Sepang pada 20-22 September ini.
Saingan kali ini sudah pastinya menjadi medan buat pelumba Malaysia untuk menyekat penguasaan para pencabar mereka dari negara jiran.
Mereka kini sudah tidak mahu saingan pada Pusingan 1 kelas UB150 berulang pada Pusingan 6 di Sepang nanti.
Pada saingan Pusingan 1 dua pelumba Filipina yang menggalas cabaran pasukan UMA Racing Yamaha Philippine, McKinley Kyle Paz dan Fernando Masato masing-masingnya menjuarai Perlumbaan 1 dan 2.
Kemenangan yang diraih dua pelumba Filipina itu ternyata memberi kesan yang mendalam terhadap barisan pelumba Malaysia yang gagal mempergunakan sepenuhnya kesempatan beraksi di gelanggang sendiri.
Taruhan terbaik adalah pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team, Mohd Akid Aziz yang dilihat mampu menyekat penguasaan dua pelumba Filipina itu.
Akid sudah bergelar juara sebanyak dua kali iaitu di Buriram dan Zhuhai dan dia kini ketinggalan 4 mata di belakang Kyle Paz yang mendahului carta kesleuruhan dengan 95 mata.
Pelumba lain yang diramal mampu melakar kejutan adalah Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR SAG Team) dan juga adiknya, Ahmad Fazrul Sham yang akan beraksi atas tiket wildcard.
Dengan sokongan daripada peminat tempatan, ia diharap mampu melonjakkan semangat barisan pelumba negara untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas ARRC.


Monday, September 9, 2019



Tengku Amirul (tengah) muncul juara CP150 di Teluk Intan
TENGKU AMIRUL KOTAKAN JANJI TAWAN TELUK INTAN

TELUK INTAN, 8 Sept – Cengkaman pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 semakin kukuh.
Hari ini, pada saingan Pusingan 6 di Teluk Intan, pelumba pasukan tersebut sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila muncul juara perlumbaan akhir kelas CP150.
Ia diperoleh menerusi Tengku Amirul Haffirudin yang muncul juara pada perlumbaan 12 pusingan itu dengan catatan masa 10:34.956 saat (s).
Rakan sepasukan Amirul, Md Azhar Abd Jalil menduduki tempat ketiga dengan masa 10:38.974s.
Tempat kedua menjadi milik Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dengan masa 10:36.206s.
Amirul yang melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan semalam, telah mengotakan janjinya untuk meneruskan momentum cemerlang itu pada perlumbaan sebenar hari ini.
Ia merupakan kemenangan pertama pelumba asal Terengganu itu musim ini selepas sering gagal dengan beberapa percubaannya sebelum ini.
“Kemenangan ini sangat bermakna buat saya selepas gagal untuk melakukannya di tempat sendiri pada Pusingan 5 (di Terengganu) dua minggu lalu.
“Kali ini, saya berjaya mengatasi kekecewaan itu dan terima kasih kepada krew pasukan yang telah menyediakan jentera terbaik buat saya.
“Saya telah memaksimumkan kemampuan jentera dan ia tetap stabil sehingga tamat perlumbaan. Saya juga mengambil langkah berhati-hati kerana saya tahu bakal berdepan tentangan sengit daripada Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing),” jelas Amirul.
Afif yang gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh, kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan 94 mata diikuti rapat oleh Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) yang mengumpul 88 mata.
Azroy yang menjuarai perlumbaan pada Pusingan 5 di Terengganu dua minggu lalu, sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan hari ini.
Amirul pula menghuni kedudukan ketiga keseluruhan setakat ini dengan 61 mata.
Bagi kelas CP115, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) kembali mempamerkan taringnya apabila muncul juara dengan catatan masa 9:44.542s, sekali gus mengatasi kekecewaannya pada Pusingan 5 di Terengganu sebelum ini.
Tempat kedua menjadi milik Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 9:44.549s manakala Md Aiman Azman (Idemitsu Honda Yuzy Racing) di tempat ketiga dengan catatan masa 9:47.745s.
Ini merupakan kemenangan pertama Aizat musim ini selepas konsisten dengan penamat selaku naib juara dalam empat pusingan lepas kecuali di Terengganu yang menyaksikannya menduduki tempat ke-12.
Kemenangan tersebut terus mengukuhkan kedudukan Aizat untuk memburu gelaran juara keseluruhan musim ini selepas mengumpul 109 mata.
Sementara itu, pelumba pasukan MOS William #LLRKS CYT Racing,  Md Zaki Ahmad Zamri menepati ramalan apabila muncul juara kelas Wira.
Zaki menamatkan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 8:01.922s, meninggalkan pencabarnya, Md Aliff Danial Md Asri (Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing) yang berada di kedudukan kedua dengan masa 8:02.100s.
Tempat ketiga menjadi milik Md Adam Haikal Jahar (Pertonas Sprinta Yamaha-31 Racing) dengan masa 8:09.292s.
Kemenangan Zaki itu semakin menghampiri impiannya untuk bergelar juara keseluruhan selepas mengutip 110 mata sebaik selesai saingan pusingan 6 di Teluk Intan hari ini.
Begitupun perlumbaan bagi kelas Wira hari ini terpaksa diadakan semula selepas ia dihentikan akibat hujan lebat yang melanda bandar Teluk Intan.
Perlumbaan ditangguhkan hampir sejam setengah sebelum pegawai perlumbaan mengesahkan keadaan litar selamat digunakan selepas dilanda hujan lebat.
Aksi seterusnya akan berlangsung di Kangar, Perlis yang menjadi tuan rumah untuk Pusingan 7.

Keputusan (5 teratas)
CP150
Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang Racing) -10:34.956s
Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) – 10:38.206s
Md Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 10:38.974s
Fakhrusy Syakirin Rostam (ONEXOX TKKR SAG Team) – 10:39.237s
Md Izzat Zaidi Md Salehan (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 10:42.382s

CP115
Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 9:44.542s
Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) – 9:44.549s
Md Aiman Azman (Idemitsu Honda Yuzy Racing) – 9:47.745s
Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing) – 9:47.807s
Md Afiq Asyraf Zulkifli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) – 10:01.980s

Wira
Md Zaki Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) – 8:01.922s
Md Aliff Danial Asri (Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing) – 8:02.100s
Md Adam Haikal Jahar (Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing) – 8:09.292s
Md Izzat Raduan (ONEXOX SAG Team) – 8:12.750s
Md Izham Hanafi Amran (Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing) – 8:14.453s
































Saturday, September 7, 2019

AMIRUL terpantas pada sesi kelayakan CP150
Amaran awal Tengku Amirul

TELUK INTAN, 7 Sept – Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Tengku Amirul Haffirudin memberi amaran awal apabila mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 di Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang membuka tirai di Teluk Intan, Perak hari ini.

Amirul menamatkan sesi tersebut dengan catatan masa  terpantas sepusingan 51.185 saat (s), meninggalkan pelumba pilihan, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dengan perbezaan masa 0.176s.

Pencapaian yang diraih pelumba asal Terengganu itu membolehkannya untuk menduduki barisan hadapan pada saingan Superpole esok.

Catatan masa yang dilakukannya pada sesi kelayakan itu turut memberi keyakinan kepada Amirul untuk meneruskan rentak cemerlang pada perlumbaan sebenar nanti.

Selain itu, litar di Teluk Intan merupakan litar kegemarannya kerana pernah beberapa kali melakar penamat podium sebelum ini ketika bersaing dalam kelas P115.

 Dia juga mengakui memiliki rekod cemerlang ketika beraksi di Litar Teluk Intan.

“Litar di Teluk Intan bukan asing buat saya. Saya pernah beberapa kali mencipta kemenangan di litar ini. Momentum cemerlang pasukan kami dalam beberapa pusingan lalu turut memainkan peranan untuk mendorong saya tampil cemerlang,” jelas Amirul.

Pada saingan Pusingan 5 di Terengganu dua minggu lalu, Amirul sekadar menamat perlumbaan di tempat kesembilan.

Pengurus pasukan, Pang Yok You ketika diminta mengulas prestasi anak buahnya itu menjelaskan bahawa buat masa ini persiapan mereka berjalan agak lancar.

Malah, dia berpuas hati dengan apa yang dibuktikan barisan pelumbanya yang semakin yakin mengejar penyudah podium.

“Saya agak puas hati terutama dengan persiapan kami bagi menghadapi saingan di Teluk Intan. Prestasi jentera juga baik, tetapi ia akan menjadi lebih baik kalau kami menang,” jelas Yok You atau lebih dikenali sebagai YY Pang.

Dia berharap barisan pelumbanya berupaya mengekalkan momentum cemerlang pada aksi di Teluk Intan, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam carta keseluruhan.

Afif yang menjuarai kelas CP150 pada saingan di Teluk Intan musim lalu, menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa 51.361s untuk berada di kedudukan kedua terpantas manakala Md Aiman Tahiruddin di tempat ketiga dengan 51.629s.

Sementara itu, dalam kelas CP115, Md Aiman Azman (Idemitsu Honda Yuzy Racing) mencatat masa terpantas bagi sesi kelayakan A dengan catatan masa 54.950s diikuti Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) yang turut menamatkan saingan dengan masa 54.950s.

Tempat ketiga terpantas menjadi milik pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff dengan masa 55.061s.

Sesi kelayakan B pula menyaksikan Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) muncul terpantas dengan masa 54.313s.

Bagi sesi kelayakan kelas Wira pula, ia dikuasai dua pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing, Md Adam Haikal Jahar dan Md Aliff Danial Asri yang menyaksikan Adam mencatat masa terpantas kelayakan A dengan masa 55.457s manakala Aliff Danial pula melakukan catatan terpantas 55.135s dalam sesi kelayakan B.

Friday, September 6, 2019



MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR MENANTI PEMENANG CP HAPPY BAG DI TELUK INTAN

TELUK INTAN - Para peminat Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 di Teluk Intan, Perak berpeluang membawa pulang hadiah utama sebuah motosikal Yamaha Y15ZR menerusi kempen Cabutan Bertuah Cub Prix Happy Bag.

Cabutan bertuah itu merupakan acara sampingan bersempena perlumbaan Pusingan 6 kejuaraan tersebut yang dijadualkan berlangsung di Stadium Mini Teluk Intan, Perak pada 7 dan 8 September nanti.

Pemenang hadiah utama akan dipilih menerusi proses cabutan bertuah yang akan diadakan di podium Cub Prix selepas selesai majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang perlumbaan kelas CP150.

Pengumuman pemenang akan diadakan pada pukul 4.45 petang pada hari Ahad (8 September) dan pastikan setiap penonton yang menyertai cabutan bertuah itu masih berada di lokasi acara.

Untuk menyertai cabutan bertuah ini, para peminat hanya perlu membeli Cub Prix Happy Bag Campaign yang dijual pada harga RM50.00 setiap satu dan ia terhad kepada 500 penonton terawal.

Happy Bag berkenaan boleh dibeli di booth Cub Prix Lucky Draw berdekatan kawasan promosi kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas pada hari Sabtu dan Ahad.

Lebih menarik, nilai barangan yang terkandung dalam beg tersebut melebihi RM50.00 antaranya baju-T Cub Prix edisi terhad, baucar bernilai RM5 untuk kegunaan di gerai-gerai promosi Cub Prix dan ia boleh digunakan sehingga ke penghujung musim ini.

Paling penting, beg tersebut mengandungi KAD untuk menyertai cabutan bertuah dan pastikan anda tidak kehilangan kad berkenaan.

Barangan lain berupa stiker atau pemegang kunci tajaan UMA dan RCB.

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang bertuah di Teluk Intan nanti adalah seperti berikut;
- Hadiah utama       :  Motosikal Yamaha Y15ZR
- Hadiah pertama   : 1 unit helmet KYT bernilai RM1,500
- Hadiah kedua.      : 1 set produk RCB dan UMA bernilai RM700 
- Hadiah ketiga.      : 2 set produk untuk menunggang motosikal bernilai RM500 satu set.
- Hadiah keempat  : 3 set produk jenama RKM dan Cub Prix bernilai RM275 setiap satu set.
- Hadiah kelima      : 5 set produk Koyoko bernilai RM110 setiap set.

Hadiah-hadiah saguhati:
- 5 set produk jenama Samurai (bernilai RM70 satu set)
- 5 set cenderahati Cub Prix bernilai RM70)

Ini bermakna jumlah keseluruhan yang bakal dimenangi pemenang hadiah utama di setiap pusingan bernilai hampir RM12,000.

Selepas Teluk Intan, cabutan bertuah Cub Prix Happy Bag Campaign ini akan di teruskan pada Pusingan 7 di Kangar, Perlis pada 5 dan 6 Okober depan yang bakal menawarkan sebuah motosikal Honda Dash 125 sebagai hadiah utama.

Cabutan bertuah ini juga akan diadakan pada Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Sepang pada 20 hingga 22 September nanti dan dua buah motosikal masing-masing jenama Honda RS150R serta Yamaha Y15ZR menanti pemenang hadiah utama.

Pastikan anda tidak terlepas peluang menyertai Cub Prix Happy Bag Campaign ini dan nantikan pengumuman kami dari semasa ke semasa mengenai hadiah yang bakal ditawarkan untuk pusingan seterusnya.

Pada saingan Pusingan 5 di Kuala Terengganu sebelum ini, Wan Mohamad Shahir Wan Amri dari Kota Bharu, Kelantan telah memenangi hadiah utama untuk membawa pulang sebuah motosikal Honda Dash 125.


MD AKID mengharapkan kestabilan jentera bagi menghadapi saingan di Teluk Intan.


MISI MEMBURU PODIUM BERTERUSAN DI TELUK INTAN

TELUK INTAN, 6 Sept – Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 singgah di Teluk Intan, Perak minggu ini.

Ia akan menjadi destinasi untuk Pusingan 6 kejuaraan tersebut yang kini semakin menampilkan persaingan sengit dalam kalangan pelumba.

Situasi itu berlaku kerana para pelumba sudah tidak rela kehilangan mata lagi dalam misi memburu kedudukan terbaik dalam carta keseluruhan.

Selain itu, kejuaraan musim ini juga semakin menghampiri penghujung saingan dan setiap mata yang dikutip amat berharga.

Selepas selesai saingan di Teluk Intan minggu ini, para pelumba masih ada empat pusingan lagi untuk diharungi dan atas alasan itulah setiap mata yang dikutip amat penting buat semua pasukan mahu pun pelumba.

Barisan pelumba yang berada dalam kelompok lima teratas tidak akan membiarkan kedudukan mereka tergugat manakala pelumba dalam kelompok belakang terus bekerja keras untuk memberi saingan.

Persaingan sihat ini juga berlaku dalam kalangan pasukan yang mengejar gelaran juara keseluruhan bagi musim 2019.

Suasana ini mula dibuktikan pada saingan Pusingan 5 di Kuala Terengganu dua minggu lalu sehingga menyaksikan beberapa kejutan berlaku.

Pelumba yang jarang meraih penamat podium dalam beberapa pusingan lepas, tiba-tiba mencipta nama sebagai pemenang, antaranya Nazirul Izzat Bahauddin (ONEXOX TKKR SAG Team) yang menduduki tmepat kedua kelas CP150 dan juga pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Ahahrol Syazras Shahrol Yuzy yang meraih tempat ketiga dalam kelas CP115.

Ini membuktikan bahawa semua pelumba kini sudah memasang strategi masing-masing, sekali gus menjadikan saingan semakin rancak dan menarik untuk ditonton.

Minggu ini, giliran Teluk Intan pula akan menjadi pentas buat para pelumba untuk meneruskan misi mencari mata berharga dan para peminat bakal disajikan dengan satu lagi aksi luar biasa daripada semua pasukan.

Begitupun, Litar Teluk Intan tidak begitu digemari sebahagian daripada para pelumba kerana bentuknya yang agak teknikal dan mencabar.

Litar sepanjang 1.3 kilometer itu mempunyai tujuh selekoh dengan selekoh 3, 4, 6 dan 7 dianggap paling mencabar.

Berdasarkan pencapaian para pelumba pada edisi 2017 dan 2018, pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran dianggap memiliki kepakaran menawan litar Teluk Intan.

Afif telah muncul juara kelas CP150 pada dua edisi tersebut manakala Kasma Daniel Kasmayudin menguasainya pada edisi 2016.

Mampukah Afif mengulangi pencapaian tersebut hujung ini selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada Pusingan 5 di Terengganu dua minggu lalu.

Pelumba lain yang turut memiliki rekod cemerlang di Teluk Intan sebelum ini adalah pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz yang muncul juara pada edisi 2016 dan 2017 ketika dia beraksi dalam kelas CP115.

Kini, pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu sudah beralih ke kelas CP150 dan turut menjadi pencabar terkuat untuk memburu gelaran juara keseluruhan musim ini.

Minggu ini, Akid berharap untuk melakukan penyudah podium dalam usahanya untuk mengukuhkan kedudukan dalam carta keseluruhan.

“Saya akan mengharungi perlumbaan di Teluk Intan seperti biasa dengan sasaran untuk dapatkan podium.

“Saya juga berharap agar mendapat pelarasan jentera terbaik dan pantas kerana ia akan memudahkan tugas untuk meralisasikan sasaran. Kami juga sudha mengenal pasti beberapa kelemahan yang belaku dalam pusingan lepas,” jelas Akid ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, dia juga sudah biasa dengan keadaan litar di Teluk Intan, tetapi perlu berhati-hati ketika mengharungi selekoh 3 dan 4.

“Kalau pada edisi tahun lalu, dua selekoh ini memang agak sukar tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk mengatasinya.

“Petang ini, saya akan mengelilingi kawasan litar selepas selesai sesi taklimat bagi membaca situasi litar yang akan menjadi gelanggang pertarungan minggu ini,” ujarnya lagi.

Selepas mengharugi 5 pusingan perlumbaan setakat ini, Afif kekal mendahului kedudukan keseluruhan kelas CP150 dengan 94 mata manakala kelas CP115 diungguli Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) yang sudah mengumpul 84 mata.

Kelas Wira pula dipimpin pelumba pasukan MOS William #LLRKS CYT Racing, Md Zaki Zamri dengan 85 mata.





ADIB bertekad untuk berada dalam kelompok lima terbaik pada saingan di Teluk Intan.

CUB PRIX: PERSAINGAN SEMAKIN RANCAK


KUALA LUMPUR, 4 Sept – Persaingan dalam kalangan pelumba pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 semakin rancak dan mencabar.

Selepas selesai 5 pusingan perlumbaan setakat ini, setiap pelumba terus memperlihatkan cabaran sengit dalam misi untuk mengukuhkan kedudukan dalam carta keseluruhan.

Suasana tersebut amat ketara pada saingan Pusingan 5 di Kuala Terengganu dua minggu lalu yang menyaksikan setiap pelumba tampil maksimum untuk mengejar penyudah podium.

Kemampuan jentera juga dikerah ke tahap maksimum sehingga ada yang berdepan masalah mekanikal, dan akibatnya gagal menamatkan perlumbaan.

Tidak kurang juga yang terjatuh kerana terlalu mengikut emosi untuk menempatkan diri dalam kelompok hadapan.

Namun, jentera yang stabil sepanjang perlumbaan membuahkan hasil lumayan dengan berbekalkan strategi mantap untuk menguasai perlumbaan.

Pada saingan di Terengganu, kemampuan dua jentera utama dalam gelanggang Cub Prix nampak seimbang dan tiada lagi penguasaan seperti yang berlaku di Pontian sebelum ini.

Pelumba yang menunggang jentera Honda kembali mempamerkan keyakinan seperti yang dibuktikan oleh Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) yang menjuarai perlumbaan kelas CP150.

Kemenangan tersebut ternyata melegakan Azroy selepas kehilangan mata pada Pusingan 4 di Pontian bulan lalu gara-gara gagal menamatkan perlumbaan.

Ia kemenangan ketiga buat Azroy musim ini selepas tampil garang pada saingan Pusingan 1 dan 2 sebelum ini.

Turut mencuri tumpuan pada sangan di Terengganu itu adalah kejutan yang dilakar oleh pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Nazirul Izzat Bahauddin yang meraih podium pertamanya musim ini.

Izzat menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua, menewaskan pelumba tuan rumah, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing).

Begitupun, Afif masih kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan 94 mata sambil dikejar rapat oleh Azroy yang sudah mengumpul 80 mata.

Bagi kelas CP115 pula, jentera Yamaha masih membuktikan keunggulannya apabila dua pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing melakukan penamat satu dua.

Md Adib Rosley muncul juara manakala rakan sepasukannya, Md Fareez Afeez Abd Rahman berada di tempat kedua.

Kejutan turut berlaku dalam kelas CP115 di Kuala Terengganu apabila Shahrol Syazras Shahrol Yuzy meraih podium pertamanya musim ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Pendahulu keseluruhan, Ahmad Syukran Aizat Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) yang kurang menyerlah di Kuala Terengganu, kekal selesa memimpin kedudukan.

Aizat kini sudah mengumpul 84 mata diikuti Fareez di tempat kedua dengan 69 mata.

Jaguh kelas Wira, Md Zaki Zamri kurang bernasib baik di Kuala Terengganu kerana dia gagal menamatkan perlumbaan gara-gara masalah mekanikal.

Namun, pelumba pasukan MOS William #LLRKS CYT Racing itu masih unggul memimpin carta keseluruhan dengan 85 mata.

Nasib malang yang dialami Zaki itu telah memberi ruang kepada pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing, Md Aliff Danial Asri untuk muncul juara dan ia merupakan kemenangan kedua Zaki musim ini.

Minggu ini, mereka akan kembali ke gelanggang untuk mengharungi saingan Pusingan 6 di Teluk Intan, Perak.

Ia pasti menjanjikan persaingan sengit kerana para pelumba kini lebih fokus untuk memburu sebanyak mungkin mata bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Dengan berbaki empat pusingan lagi untuk musim ini, setiap mata yang dikutip amat berharga buat mereka.

Namun, ada juga pelumba yang tidak begitu yakin menghadapi saingan di Teluk Intan kerana kurang menggemari keadaan litar.

Adib yang tampil cemerlang di Kuala Terengganu, mengakui secara terbuka bahawa dia tidak meletakkan sebarang sasaran di Teluk Intan.
“Saya kurang berminat litar di Teluk Intan, namun akan cuba untuk menampilkan yang terbaik. Kalau saya mampu menamatkan perlumbaan dalam kelompok lima terbaik, ia sudah dianggap pencapaian cemerlang,” jelas pelumba asal Selangor itu.

Apakah saingan di Teluk Intan minggu ini bakal menyaksikan satu lagi kejutan atau nama-nama besar dalam sukan permotoran meneruskan penguasaan mereka dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Berdasarkan kpeutusan di Kuala Terengganu, kelompok elit sudah tidak boleh berasa selesa kerana kemampuan pelumba lain turut memperlihatkan rentak yang semakin meyakinkan.

Kesudahannya nanti, sudah pasti bergantung dengan prestasi jentera masing-masing.

Wednesday, June 12, 2019



TWMR, SIC JOIN FORCES TO HOST MSBK 2019

SEPANG – In an effort to raise the level of competition and overall series promotion, Sepang International Circuit (SIC) and Two Wheels Motor Racing (TWMR) have ventured into a collaboration to organise the Malaysia Superbike Championship (MSBK) beginning with the 2019 season.

TWMR is an established body that has vast experience in organising motorcycle race series, notably the Malaysia Cub Prix series and the FIM Asia Road Racing Championship (ARRC).

The Cub Prix series was inaugurated in 1994 as a means for budding talents to race competitively using underbone motorcycles with smaller displacements on the national level. TWMR has stepped in to organise and promote the event since 1996.

The ARRC, started in 1996, is a regional championship that aims to bridge the gap to the world championship with competitions involving classes of ASB 1000, Supersport 600cc, Asia Production 250cc class and also an underbone class.

“This is exciting times for us as we have a very experienced partner to run the MSBK with us,” said SIC Chief Executive Officer Dato’ Razlan Razali.

The collaboration to organise the MSBK will be for five (5) years beginning June 2019.  The Malaysia Cub Prix and the ARRC have proven to be a good stepping-stone and grassroots programmes for riders in Malaysia and the Asian region as they make their way into the world championship.

Formally launched in 2015, the Malaysia Superbike Championship (MSBK) was created through a branding exercise of motorcycling competitions under the Malaysian Super Series (MSS) that was first organised by SIC in 2002. After 15 years, the circuit decided on uplifting the image and status of the series to woo in more participation from corporate companies, racing teams and biking enthusiasts. With bigger participation, SIC hopes to inject more excitement and creating greater interests from the main stream media especially television. 

MSBK was effectively the country’s national championship for track motorcycle racing, with added excitement by participation of top international riders from the region.

Among notable riders that have come out from the championships to race on the world stage are Malaysians Shahrol Yuzy, Azlan Shah Kamaruzaman, Khairul Idham Pawi and Hafizh Syahrin Abdullah, Ratthapark Wilairot (Thailand), Chris Vermeulen (Australia) and most recently Somkiat Chantra, Dimas Ekky Pratama, Kaito Toba and Kazuki Masaki.

Dato’ Razlan added that the collaboration would further cement the MSBK’s status as one of the top national championships in the country.

“We don’t claim to be the best in being a series promoter nor sentimental for holding on to MSBK (formerly known as MSS) since it was created in 2001. In the interest of Malaysian Motorsports, we rather that an entity such as TWMR with great experience in promoting series to take it over and collaborate with SIC to ensure that MSBK remains relevant and continues to contribute to the development of Malaysian Motorsports and complement other series such as Malaysian Cub Prix and Asia Road Racing Championship. We are hoping that with the expertise under TWMR’s umbrella, the MSBK will become a much better and more competitive and overall as an exciting and reputable event for spectators at the circuit – not only in Malaysia but also recognised as the best in the region,” said Dato’ Razlan.

“TWMR has the experience of running a high-level regional championship that has seen many riders make it into the world championship and SIC – in line with our aim to produce talents – would like to continue with this trend.

“We want the MSBK to grow bigger from what we had experienced before. In the last edition of the MSBK, we had 418 participants putting their best on the track and we hope for the numbers to grow even bigger from now on.”

“On behalf of TWMR, our objective is to help create a platform where Malaysian riders can be groomed further before they leave for the higher regional or international level championships,” added Ron Hogg, Director of Two Wheels Motor Racing.

“The MSBK can also be utilized as a hub for other Asian riders to hone their skills prior to their international debut”.

“In the first year of the collaboration, TWMR will maintain the classes available in the MSBK but the Superbike and Superstock classes will be merged into a single race. We had thought about removing the Superbike class this year, but to be fair to the competitors who have already prepared for the 2019 season, we decided to postpone the decision.”

“The future direction will be to have it as a single class with possible A & B sub-divisions to increase the competition level and following the direction of most championships in the world for this category. The Supersports A & B as well as the 250 A & B classes will remain at status quo. The technical regulations for the class will be similar to the ARRC regs,” Ron concluded.

The 2019 MSBK will run for four rounds, kicking off on 14-16 June together with the Idemitsu Asia Talent Cup (ATC) that will join as the support race and the season ends with double header MSBK Round 4 and 5 on Nov 8-10.



Race calendar
Round 1 (14 - 16 June 2019) – support race Idemitsu Asia Talent Cup (ATC)
Round 2 (26-28 July 2019)
Round 3 (20-22 Sept 2019) – support race Asia Road Racing Championsip (ARRC)
Round 4 (8-10 Nov 2019).

Saturday, April 27, 2019

  
Keratan laporan akhbar tempatan
DRAMA LIGA M TAK PERNAH BERAKHIR

SALAM sejahtera semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan terbaik selalu.
Minggu ni macam menarik je perkembangan bolasepak kita, jadi saya rasa teruja nak kongsi pandangan. Ni sekadar pendapat peribadi saya.
Liga Bolasepak Malaysia (Liga M) penuh dengan segala bentuk drama.
Gaji pemain tak dibayar, pasukan tarik diri, pemain tamatkan kontrak lebih awal, penaja merajuk, masalah kewangan pasukan makin parah dan bermacam-macam lagi.
Katanya Liga M dah pro sepenuhnya tetapi masih diwarnai dengan cerita-cerita sedih.
Apa sudah jadi beb?
Kalau berterusan macam ni, langkah-langkah untuk membangunkan bolasepak negara terus terbantut.
Cerita terbaharu lagi panas beb!
Beberapa buah pasukan macam merajuk je bunyinya.
Ni mesti gara-gara tindakan Malaysian Football League (MFL) mengenakan hukuman pemotongan geran sebanyak 50 peratus kepada beberapa pasukan yang bersaing dalam Liga M.
Kalau tak silap, tujuh pasukan yang terlibat dengan hukuman tersebut iaitu Kuala Lumpur, Felda United, Melaka United (Liga Super), Sarawak, Kelantan, PDRM dan Pulau Pinang yang bersaing dalam Liga Perdana.
Dah la kena potong geran, pasukan-pasukan Sarawak, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang pula turut dikenakan sekatan membeli pemain baharu pada jendela perpindahan kedua bermula 2 Mei ini.
Adoiii....ni naya punya kes beb..dah la jatuh, ditimpa tangga pula.
Ganas betul MFL ni. Tak bagi chance langsung!
Ekoran tindakan MFL itu, Presiden Sarawak FA, Datuk Posa Majais terus naik angin beb.
Dah la pasukan dari bumi kenyalang tu sedang berdepan dilema kewangan, geran pula kena potong, mana tak naik angin.
Dengan lantang Posa meminta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam letak jawatan.
Betul-betul naya punya kes ni. 
Posa bagitau, MFL gagal menjaga kepentingan pemegang taruh dan Kevin wajar letak jawatan.
Katanya, banyak kelemahan telah dikenalpasti selama ini termasuk kecelaruan jadual perlawanan, isu penyertaan dan pembatalan pasukan Perlis selain status insuran yang masih tergantung sehingga kini.
Reaksi di pihak MFL pula lain ceritanya.
Kevin dengan selamba jawab: "Kalau semua pasukan ikut peraturan yang telah ditetapkan, tiada pasukan yang kena denda."
Kesimpulannya simple je. Kalau ikut peraturan, semuanya selamat. 
Tak gitu?
Kalau ikut pandangan peribadi saya mudah je. 
Apabila kita bernaung di bawah sesuatu badan, tetap ada peraturan yang perlu kita ikut. 
Penubuhan MFL adalah untuk penswastaan Liga M,sesuai kehendak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Sudah pasti ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pasukan walaupun
kadang-kadang tu, pertimbangan, budi bicara perlu juga diguna pakai.
Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam soal ini.
Walaupun liga kita ni kononnya dah melangkah ke era profesional, tetapi masih ada pasukan yang tahap pengurusannya kekal di takuk lama.
Tujuan MFL adalah agar semua pasukan diurus secara profesional dalam semua aspek termasuk urusan-urusan pentadbiran, mencari dana dan sebagainya.
Tetapi matlamat tersebut belum dapat direalisasikan sepenuhnya kerana masih ada pasukan yang belum memperlihatkan cara pengurusan yang profesional.
Soal pemberian geran dan sebagainya, saya yakin ada tuntutan-tuntutan tertentu yang perlu dipatuhi oleh semua.
Tetapi, MFL ni satu hal pula.
Lain kali, kalau nak agihkan geran tahunan tu, bagi la lebih awal sikit iaitu sebelum bermulanya musim baharu.
Ke time tu, MFL tak ada duit lagi nak bagi sebab penaja utama mereka dah plan nak 'cabut'.
Saya rasakan, MFL tak dapat duit lagi kot time tu.
Patut la ketika saingan liga dah di pertengahan jalan, baru nak bagi. Kacau macam ni beb!
Kalau bagi awal sikit, ada la juga duit buat persatuan negeri untuk bergerak sambil mencari dana sendiri. Kesian dengan Perlis yang menjadi mangsa.
Di pihak FA negeri pula, cuba-cuba la jangan terlalu bergantung dengan 'subsidi'. Kalau asyik subsidi je, makin naik lemak jadinya beb.
Tapi kan, kalau macam ni la gayanya setiap tahun, makin banyak pasukan akan mengalami nasib seperti Perlis pada masa akan datang.
Tak semua pasukan dalam Liga M ni mampu mencari dana sendiri untuk menguruskan pasukan yang menelan jutaan ringgit Malaysia semusim.
Berapa kerat je syarikat gergasi di negara kita ni yang sanggup nak menaja...kalau ada pun, dia orang mungkin tak berminat kerana liga kita ni gagal nak tarik penonton ke stadium.
Sedih betul la!
Syarikat gergasi seperti Berjaya Group milik Tan Sri Vincent Tan pun tak pandang liga kita. Dia lebih berminat nak taja kelab Liga Perdana England, Cardiff City.
Pemilik AirAsia pun sama.
Apa barang taja pasukan Liga M. Mampus kalau terus macam ni beb.
Liga kita ni jutawan kosmetik tempatan je berminat nak taja, tetapi berapa lama mereka boleh bertahan?
Jadi, ni la masalah-masalah yang harus diberi perhatian dan jalan penyelesaian perlu diambil segera.
Jika tidak, tenat la jawabnya.
Eh, ada lagi ni tindakan MFL yang terlupa saya nak share.
Lain kali, kalau nak buat perubahan dengan perjalanan liga, elok buat awal-awal sebelum saingan bermula. Ni tak, bila dah start liga, ada je perubahan dilakukan.
Tak elok macam tu beb, ia jejaskan rentak semua pasukan. Utamakan pembangunan dan jangan buat perubahan untuk memberi kelebihan kepada pasukan tertentu je.
Begitupun, apa juga isu yang timbul sejak kebelakangan ini, elok la diselesaikan cara baik.
Semua ada kelemahan baik MFL, FA Negeri dan sebagainya.
Buang la yang keruh dan ambil yang jernih. Masa depan bolasepak kita harus dijaga.

Friday, April 26, 2019

FIM ASIA ROAD RACING 2019
ROUND 2, THE BEND MOTORSPORT PARK, AUSTRALIA


IBRAHIM NORRODIN SHINES

APRIL 26 2019 - Youngster,  Ibrahim Norrodin has turned out to be a fantastic replacement for elder brother Adam Norrodin at Round 2 of the FIM Asia Road Racing Championship in Australia this weekend. Racing in the SuperSports 600cc category for the first time, Ibrahim performed spectacularly when his best lap, 1’56.580s, not only netted him the pole position for the 600cc class but also set a new lap record at the 4.95km The Bend Motorsport Park circuit in South Australia.
The 19-year-old SIC Junior ZK Racing team rider upstaged championship leader Peerapong Boonlert who was second quickest with 1’56.904s. Ibrahim crashed out in the final minutes of the 600cc qualifier but was lucky that Peerapong had not had enough time to respond to the opportunity.
Fellow Malaysian Azroy Hakeem Anuar from the Musashi Boon Siew Honda Racing Team also made it to the front row when he posted third with 1’57.391s.
Meanwhile in the premiere ASB1000 class, Zaqhwan Zaidi ran into trouble when his fastest lap was excluded from the final results for exceeding the track limits. While Broc Parkes, Bryan Staring and Apiwat Wongthananon claimed the front row starting positions, Zaqhwan dropped to fifth on the grid with 1’54.340s alongside fellow Malaysian Azlan Shah Kamaruzaman sixth with 1’54.658s.
Finally, the top two positions on the Asia Production 250cc grid had been locked down by Kawasaki team mates Andy Muhammad Fadly and Aiki Iyoshi. Fadly earned the right to park his bike on pole with 2’08.626s. The top performing Malaysian rider on the 250s was Nazirul Izzat Mohd Bahauddin. The ONEXOX TKKR SAG Team rider qualified eighth on the grid with 2’10.641s. Mohd Muzakkir Mohamed also made it to the top ten.

FREE PRACTICE RESULTS
ASB1000
1. Broc Parkes (AUS) (Yamaha)                         1’52.581s
2. Bryan Staring (AUS) (Kawasaki)                    1’53.223s
3. Apiwat Wongthananon (THA) (Yamaha)    1’53.546s
4. Yuki Ito (JPN) (Yamaha)                                  1’53.910s
5. Zaqhwan Zaidi (MAS) (Honda)                      1’54.340s
6. Azlan Shah (MAS) (BMW)                              1’54.658s
7. Ahmad Yudhistira (INA) (Yamaha)               1’55.041s
8. Ratthapong Wilairot (THA) (Yamaha)         1’55.261s
9. Chaiwichit Nisakul (THA) (Kawasaki)           1’55.523s
10. TJ Alberto (PHI) (Ducati)                              1’56.326s

 SUPERSPORTS 600
1. Ibrahim Norrodin (MAS) (Yamaha)              1’56.580s
2. Peerapong Boonlert (THA) (Yamaha)          1’56.904s
3. Azroy Hakeem Anuar (MAS) (Honda)          1’57.391s
4. Rheza Danica Ahrens (INA) (Honda)            1’58.213s
5. Helmi Azman (MAS) (Honda)                        1’58.379s
6. Andi Farid Izdihar (INA) (Honda)                  1’58.905s
7. Kritchaporn Kaewsonthi (THA) (Honda)     1’59.108s
8. Afif Amran (MAS) (Yamaha)                          1’59.440s
9. Passawit Thitivararak (THA) (Honda)           1’59.449s
10. Fakhrusy Syakirin (MAS) (Yamaha)            1’59.472s

ASIA PRODUCTION 250
1. Andy Muhammad Fadly (INA) (Kawasaki)  2’08.626s
2. Aiki Iyoshi (JPN) (Kawasaki)                           2’08.929s
3. Muklada Sarapuech (THA) (Honda)             2’09.238s
4. Awhin Sanjaya (INA ) (Honda)                      2’09.725s
5. Rey Ratukore (INA) (Yamaha)                       2’10.125s
6. Piyawat Patoomyos (THA) (Honda)             2’10.378s
7. Tatchakorn Buasri (THA) (Honda)                2’10.577s
8. Nazirul Izzat Bahauddin (MAS) (Yamaha)   2’10.641s
9. Lucky Hendriansya (INA) (Honda)                2’10.816s
10. Muzakkir Mohamed (MAS) (Yamaha)       2’10.857s

Tuesday, April 23, 2019

MALAYSIA SEDIA GEGAR PIALA DUNIA TOUCH 2019


PIALA DUNIA FIT TOUCH 2019 MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 22 APRIL - Skuad negara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk ancaman yang bakal mereka hadapi pada Piala Dunia FIT Touch Malaysia 2019.

Kejohanan berprestij itu akan membuka tirainya di Taman Ekuestrian Park, Putrajaya pada 29 April hingga 4 Mei nanti.

Ini merupakan penghormatan terbesar buat Malaysia apabila diberi kepercayaan oleh Federation of International Touch (FIT) untuk menjadi hos acara sukan yang semakin popular di rantau ini.

Pada edisi kali ini Malaysia akan menurunkan tiga pasukan yang akan beraksi dalam kategori lelaki 40 tahun, kategori campuran dan juga terbuka wanita.

Walaupun mereka menyedari bakal bersaing dengan jaguh-jaguh dunia yang lainnya, namun barisan 'Komandos' negara tetap bertekad untuk memberi tentangan sengit.

Tiada istilah menyerah mudah buat mereka dalam misi untuk melakar kejutan pada Piala Dunia nanti.

Skuad yang dikendalikan oleh tiga jurulatih iaitu Muhammad Firdaus Zailan (Campuran), Amir Affifuddin Amir Shariffuddin (lelaki 40 tahun) dan Samsul Norazim Samsudin (Terbuka Wanita) telah mengadakan persiapan sejak beberapa bulan lalu dan kini hanya menunggu masa sahaja untuk membuktikan kemampuan mereka bersaing dengan gergasi dunia yang lainnya.

Bagi Samsul, dia menyedari segala kekurangan yang ada dalam skuad Terbuka Wanita, tetapi itu bukan alasan buat mereka untuk tidak melakukan yang terbaik.

Sasarannya adalah untuk sekurang-kurangnya mencipta dua kemenangan pada Piala Dunia kali ini memandangkan barisan pemainnya terdiri daripada muka-muka baharu.

Menurutnya, peluang beraksi pada Piala Dunia harus dipergunakan sebaik mungkin oleh semua pemain dalam usaha memantapkan lagi gaya permainan mereka.

Katanya, ini merupakan pengalaman terbaik kerana barisan pemain muda negara berpeluang beraksi dengan para pemain profesional dari negara luar.

Walaupun sukan touch masih baharu di negara ini, namun pihak Fit Touch Malaysia(FTM), tetap menaruh harapan terhadap skuad campuran dan lelaki 40 tahun untuk mencipta kejutan pada Piala Dunia kali ini.

Pengurus FTM, Ahmad Sufiani Johari menjelaskan, skuad campuran dan lelaki 40 tahun memiliki pengalaman yang luas dalam sukan ini dan mereka berupaya untuk melakar kejutan.

Menurutnya, mereka tidak meletakkan sasaran tertentu, tetapi tetap mengharapkan skuad negara mampu mempamerkan sesuatu yang boleh dibanggakan nanti.

"Kita perlu terima hakikat bahawa sebahagian besar pemain dari negara lain yang beraksi pada Piala Dunia kali ini sudah bergelar pemain profesional, namun saya tetap yakin barisan pemain negara tidak akan tunduk dengan status pasukan lawan mereka itu," jelas Sufiani.

Hari ini, skuad negara meneruskan latihan mereka di padang Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) dan ternyata semangat para pemain berada pada tahap tertinggi.

Mereka nampaknya sudah bersedia sepenuhnya dalam misi untuk mengharumkan nama negara.

Piala Dunia kali ini bakal menyaksikan penyertaan daripada 26 buah negara membabitkan 2,400 pemain.

Sejumlah 11 kategori akan dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Terbuka Campuran, Wanita 27 Tahun, Lelaki 30 Tahun, Campuran 30 Tahun, Wanita 35 Tahun, Lelaki 35 Tahun, Lelaki 40 Tahun, Lelaki 45 Tahun dan kategori Lelaki 50 Tahun.

INFO
Barisan pemain negara:
       
Skuad Campuran
1. MOHD HAFIZ BIN BASRI
2. AMIRUL HAZIQ BIN HASDI
3. MUHAMMAD NOR AMIRUL BIN MAZLAN
4. CUT IFFA IZZA BINTI TENGKU ERMANDA
5. NURULAIN FATEHAH BINTI FAZLI
6. NUR WARDAH SAFFA BINTI ASMAT
7. NURUL ELIA BINTI ANUAR
8. MUHAMAD ATIF BIN ABDULLAH
9. NURFAHMIDA BINTI ZAMANHURI
10. AL-JEFFERY BIN MOHD ISZEHAM
11. MONA TIARA IZANIAH BINTI ABDUL MANAN
12. IQMARL HADI BIN KAMAL
13. MUHAMMAD AKMAL BIN ZULKIFLI
14. AMIRUL AFIQ BIN AZAMI
15. LIM CHIN WEI
16. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAKARYA

Pengurus pasukan:
MOHD EHSAN BIN MANAN
Jurulatih:
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAILAN


Skuad lelaki 40 tahun
1. GRANT ADAMSON
2. BADRUZZAMAN BIN ABDUL RAHIM
3. JOE DOLCETTI
4. YONG CHUL YUN
5. YUZAMRI BIN YUSOF
6. SHAZMI ALI BIN SARDAR ALI
7. SYED AFFENDI BIN SYED IBRAHIM
8. BRETT SMYTHE
9. SEBASTIAN BARROS
10. HARNADIMSHAH BIN HARUN
11. FARID BIN AZIZ
12. NORLIZAM BIN HASSAN
13. FARID BASIR
14. DAVID OGILBY
15. PAUL NICHOLAS IGOE
16. MOHD SHAHRIR BIN ALI

Pengurus pasukan:
FATIMAH BINTI ABDUL SAMAD
Jurulatih:
SAMSUL NORAZIM BIN SAMSUDIN

Skuad Terbuka Wanita
1. ASHLEY BOUDEVILLE
2. JENNAB BINTI  ZULKIFLY
3. MATHILDE MAIRIN O'DELL
4. JASMINE NG
5. KENZI-LI WILLIAMS
6. SOPHIE PARKHURST
7. FARAH SAHIRA BINTI AMRAN
8. INTAN REBECCA JAY
9 .GEORGINA MCKAVANAGH
10. IMOGEN WALDEN-HARRIS
11. MALIHAH NAUREEN BINTI SYAMSIR ALI
12. SHARIFAH FARISAH BINTI SYED AZLAN
13. LILY WILLIAMS
14. DANIELLE POTTS
15. KYLIE COMPTON

Pengurus pasukan:
MUHAMMAD ZAID AL-HAYYI BIN HALIMURASHID
Jurulatih:
AMIR AFFIFUDDIN BIN AMIR SHARIFFUDDIN


Sunday, April 14, 2019


PUSINGAN KEDUA KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS 2019

AZROY HAKEEM SUKAR DIGUGAT

14 APRIL 2019- Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar semakin sukar digugat pada kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019.
Walaupun kejuaraan itu baru melangkah ke pusingan kedua di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini, namun Azroy terus konsisten untuk bergelar juara.
Pada pusingan pertama di Jasin, Melaka, 18 Mac lalu dia turut memegang mahkota juara dalam kelas CP150.
Hari ini, di Batu Kawan, dia sekali lagi membuktikan kehebatannya untuk bergelar juara buat kali kedua berturut-turut.
Pada saingan hari ini, Azroy memulakan perlumbaan dengan cemerlang untuk memintas Md Akid Aziz yang memulakan perlumbaan di petak pertama.
Akid yang kemudiannya cuba untuk mengejar terpaksa menarik diri daripada perlumbaan setelah terjatuh seawal lap pertama manakala Md Helmi Azman yang ketika itu sedang mendahului perlumbaan mengalami masalah jentera pada pusingan kedua, sekaligus membuka ruang selesa buat Azroy untuk terus menguasai perlumbaan.
Juara bertahan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang mengekori di belakang gagal dengan usahanya untuk memintas Azroy. Azroy bijak menutup ruang buat pencabarnya itu  sekligus muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.
Azroy menamatkan perlumbaan 20 pusingan itu dengan masa keseluruhan 17’34.904s diikuti Afif dengan masa 17’35.080s. 
Pelumba senior, Ahmad Fazrul Sham bangkit menebus kehampaan pada pusingan pertama apabila melengkapkan kedudukan podium dengan masa 17’45.922s.
“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan kerana telah bekerja keras untuk membantu saya memenangi perlumbaan minggu ini, begitu juga dengan sokongan keluarga dan penaja,” jelas Azroy yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.
Tambahnya: “Pada penghujung perlumbaan saya menyedari Afif berada dekat dengan saya jadi saya perlu menutup ruang dan berjaya mempertahankan kedudukan sehingga ke garisan penamat".
Kejayaan menamatkan perlumbaan di tempat kedua turut membantu Afif untuk naik ke kedudukan kedua keseluruhan dengan mengumpul 33 mata diikuti Fazrul dengan 27 mata.
Sementara itu, dalam saingan CP115 menyaksikan Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang memulakan perlumbaan di petak pertama berjaya mendominasi perlumbaan 15 pusingan untuk muncul juara dengan masa keseluruhan 13:45.133s.
Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing) yang bermula di petak kelima muncul naib juara dengan masa keseluruhan 13:45.224s, sekaligus meletakkannya selaku pendahulu keseluruhan dengan 40 mata.
Duo Motul Yamaha YY Pang, Md Adib Rosley dan Md Fareez Afeez Abd Rahman menamatkan saingan di kedudukan ketiga dan keempat, masing-masing dengan masa 13:45.823 dan 13:46.258.
Dalam saingan kategori WIRA, Md Aliff Danial M Asri (PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing muncul juara dengan masa keseluruhan 11:22.864s diikuti Md Sharul Ezwan M Sharil (AFB TECH Racing) kedua, 11:23.957s dan rakan sepasukan Md Aliff, Md Haziq Rosmaza ketiga, 11:25.946s.
Dua podium dalam dua perlumbaan membantu Md Sharul Ezwan M Sharil untuk mendahului kedudukan keseluruhan dengan 36 mata.

KEPUTUSAN
CP150
Perlumbaan Akhir
1 Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 17:34.904s
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 17:35.080s
3 Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 17:45.922s
4 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) Cilik RCB Motorsport 17:46.016s
5 Md Iqbal Amri Abdul Malek (SGR) AHM Motorsports Yamaha Racing 17:47.495s

Kedudukan Keseluruhan
1 Azroy Hakeem Anuar (SEL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 50 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 33 mata
3 Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 27 mata
4 Md Zaqhwan Zaidi (SEL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 25 mata
5 Md Helmi Azman (SEL) Hi Rev SCK Honda Racing 20 mata

CP115
Perlumbaan Akhir
1 Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:45.133s
2 Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 13:45.224s
3 Md Adib Rosley (SEL) Motul Yamaha YY Pang Racing 13:45.823
4 Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 13:46.258
5 Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 13:52.445s

Kedudukan Keseluruhan
1 Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 40 mata
2 Md Fareez Afeez Abd Rahman (JOH) Motul Yamaha YY Pang Racing 38 mata
3 Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 25 mata
4 Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 21 mata
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JOH) Motul Yamaha YY Pang Racing 19 mata

WIRA
Perlumbaan Akhir
1 Md Aliff Danial M Asri (JOH) PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing 11:22.864s
2 Md Sharul Ezwan M Sharil (SEL) AFB TECH Racing 11:23.957s
3 Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing 11:25.946s
4 Daniel El Fahim Harris El Hadi (PP) AFB TECH Racing 11:26.191s
5 Md Adib M Asri (JOH) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 11:34.726s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Sharul Ezwan M Sharil (SEL) AFB TECH Racing 36 mata
2 Md Zaki A Zamri (SEL) William #LLRKS CYT Racing 35 mata
3 Md Aliff Danial M Asri (JOH) PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing 30 mata
4 Md Adib M Asri (JOH) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 24 mata
5 Daniel El Fahim Harris El Hadi (PP) AFB TECH Racing 23 mata