Tuesday, July 13, 2010

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH.
Itu trade mark rakan baik saya, Hafizal Hamad di RTM dalam setiap program sukan RTM yang dihoskannya.
Saya juga ingin mengucapkan Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih kepada semua ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang hadir pada mesyuarat agung dwi-tahunannya di Hotel Olympic Sports, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua ahli SAM kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan Timbalan Presiden SAM bagi penggal 2010-2012.
Dengan pemilihan itu, saya akan sekali lagi berganding bahu dengan Presiden, Ahmad Khawari Isa, Eric Samuel, Ismadi Abdul Manap (Naib Presiden), Ahmad Faisal Jamal (Setiausaha Agung), Mohd. Ali Majid (Bendahari), Tumpang Sabtu, Jalil Mat Dom, Yu Nee Kong, Izahar Atan, Zairee Zahir dan Razak Ahmad (Ahli Exco) untuk terus berjuang meletakkan SAM ke satu tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
 Mandat yang diberikan oleh semua ahli SAM kepada kami itu akan kami pergunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan reputasi SAM - satu-satunya persatuan untuk penulis-penulis sukan di negara ini...yang harus kita pertahan dan banggakan untuk selama-lamanya.
Untuk pengetahuan semua ahli SAM, sejak kami diberi kepercayaan menerajui SAM kira-kira sepuluh bulan lalu, prinsip kami adalah 'MATL' iaitu MORE ACTION TALK LESS. 'MALT' juga memang sudah menjadi amalan saya sejak sekian lama dalam mengendalikan tugas harian. Begitu juga dengan cara saya melalui rutin tugas harian saya di pejabat ketika ini, dan pada masa yang sama memberi kepercayaan seratus peratus kepada rakan seperjuangan saya di Meja Sukan tanpa berbelah bahagi.
Perjuangan kami dalam SAM berpegang kepada amanat Presiden yang sering memberi penekanan terhadap kepentingan ahli. Kami bekerja sebagai satu pasukan dan setiap keputusan untuk apa juga aktiviti yang dirancang dibuat secara kolektif. Berpaksikan kepada perjuangan berpasukan, maka kami mampu menyempurnakan agenda-agenda utama dalam kalender SAM dalam tempoh yang amat singkat iaitu 10 bulan. Kami sering diingatkan oleh Presiden bahawa SAM bukan tempat untuk orang yang berkepentingan atau dalam erti kata lainnya - untuk kepentingan diri..Bukan itu amalan kami dalam SAM. Kami tampil secara suka rela tanpa mengharapkan imbuhan. Kami tampil kerana mahu memartabatkan SAM bagi membuktikan kewibawaan yang ada pada penulis-penulis sukan di negara ini. SAM adalah kebanggaan kita dan kita juga yang menentukan kredibilitinya.
Untuk penggal 2010-2012 ini, kami akan meneruskan budaya kerja yang telah kami amalkan 10 bulan lalu untuk terus membawa perubahan kepada SAM dan juga ahli-ahlinya. Bagi kami, kepentingan ahli akan diutamakan tanpa mengira latar belakang.
Oleh itu, sama-samalah kita berjuang untuk menjadikan SAM sebagai sebuah badan disegani dan berwibawa. Pandangan ahli memang kami alu-alukan kerana ia akan membantu kami untuk memperbaiki segala kelemahan yang tidak disedari.
Berbalik kepada mesyuarat agung Ahad lalu. Saya bangga kerana ia berjalan dengan lancar dan kehadiran ahli juga amat membanggakan. Ada sebahagian yang tidak dapat hadir kerana 'terlajak' tidur selepas menyaksikan siaran langsung Piala Dunia antara Jerman dengan Uruguay yang disiarkan secara langsung pada pukul 2.30 pagi hari berkenaan. Begitupun, masih ramai yang datang dan ini membuktikan betapa kuatnya sokongan mereka kepada SAM.Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir.
Terima kasih juga kepada Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang sudi hadir merasmikan mesyuarat tersebut serta Setiausaha OCM, Datuk Sieh Kok Chi, wakil 100Plus, Fauzi Ahmad dan Presiden UKRC, Andrew Gopal yang turut hadir sebagai pemerhati serta penaja BGM tersebut. Terima kasih juga kepada pengerusi mesyuarat, Rosmanizam Abdullah yang terus setia bersama SAM.
Bak kata orang - tiada yang sempurna dalam kehidupan ini dan begitu juga dengan perjalanan mesyuarat tersebut. Pasti ada berlaku cacat-celanya. Namun kecatatan itu bukan berlaku secara sengaja tetapi direka-reka oleh individu yang tidak bertanggungjawab - atau dalam erti kata lainnya - individu yang mempunyai kepentingan diri. Ia bermula dengan isu borang pencalonan. Dia kata - ada borang yang tidak lengkap dan perlu ditolak daripada meneruskan pertandingan. Sebenanrya, isu borang tak lengkap bukan disengajakan. Saya sendiri pun menyedarinya kerana saya berada di pejabat SAM setiap hari untuk memantau sebarang perkembangan menjelang mesyuarat agung kali ini. Pada hari Sabtu pula, saya datang ke pejabat SAM utuk mengemaskinikan segala kekurangan untuk persediaan mesyuarat tersebut dan mendapati segala borang pencalonan sudah tiada. Saya mula syak ada sesuatu yang tidak kena. Namun saya biarkannya kerana saya terpaksa bergegas menghadiri mesyuarat dengan pihak hotel untuk finalised segala-galanya berkenaan persediaan mesyuarat tersebut. Pada sebelah petangnya pula saya terpaksa berjumpa penaja untuk memastikan barang-barang yang diperlukan untuk mesyuarat berkenaan dihantar segera ke pejabat SAM. Saya bergerak sendiri kerana pada masa itu saya memahami rakan-rakan lain sibuk dengan tugas masing-masing di pejabat dan saya tidak mahu mengganggu mereka. Lagipun pada hari tersebut saya memang free dan pergunakan sepenuhnya hari cuti itu untuk menyelesaikan semua perkara berkenaan persiapan mesyuarat tersebut. Yang peliknya, bila pada hari mesyuarat Exco (sebelum BGM SAM) - untuk menyemak segala borang pencalonan, secara tiba-tiba borang yang tak lengkap, telah diisi oleh individu yang sama tanpa pengetahuan calon terbabit, tetapi borang yang satu lagi yang dikatakan tak lengkap, tidak disi dan individu berkenaan berkeras menolaknya. Tetapi mesyuarat Exco membuat keputusan untuk membawanya ke BGM dan menyerahkan kepada ahli membuat keputsan. Ia memang termaktub dalam perlembagaan, dan isu teknikal dengan borang pencalonan juga pernah berlaku dalam mesyuarat sebelum ini. Yang peliknya, jika borang tersebut tidak lengkap, Justice of Peace tidak akan menandatanganinya. Jangan main-main dengan tandatangan Justice of Peace dan Justice of Peace pula tidak akan sewenang-wenangnya menurunkan tandatangan.
Semua ahli yang hadir pada BGM membuat keputusan untuk menerima semua pencalonan. Pemilihan berlangsung lancar dan individu tersebut tewas. Paling mengecewakan ialah individu berkenaan terus mengedarkan surat kepada semua ahli dengan mengutuk SAM sebagai persatuan cap ayam dan sebagainya. Tetapi dia mengakui menjadi ahli SAM sejak ia ditubuhkan. Jika dia ikhlas untuk berjuang memartabatkan SAM, dia tidak akan mengutuk persatuan sendiri sebagai 'cap ayam'. Dia bertanding pula hanya mencari jalan mudah untuk menang - mengambil kesempatan daripada kelemahan orang lain. Adakah individu seperti ini nak kita percayai menerajui persatuan kita yang kini semakin kukuh? Saya melihat individu seperti ini sebagai orang yang tidak ada pegangan serta mahu mempolitikkan SAM. Bekas Perdana Menteri kita dulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad melabelkan orang seperti ini sebagai pengkhianat, tidak jujur dan mementingkan diri sendiri. Sedarlah...SAM bukan tempat berpolitik.Saya memang kecewa melihat sikap individu seperti ini yang juga seorang rakan kepada saya cuba mengutamakan kepentingan diri daripada ahli. Saya keliru kerana dia tidak ikhlas dalam persahabatan dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan matlamat SAM. Dia lebih cenderung mengutuk SAM daripada sama-sama berjuang memartabatkan SAM. Seharusnya dia menghargai SAM yang telah memilih beliau memegang jawtaan Setiausaha Agung sebelum ini. Kemenangannya untuk jawatan tersebut sebelum ini pun dicapai dengan jalan mudah selepas dia mendapati tidak calon lain bertanding untuk jawatan tersebut. Apa pun biarlah ia berlalu dan apa yang dia tunjukkan kepada semua ahli pada BGM baru-baru ini, kita jadikan pengajaran. Kita tidak mahu SAM dirosakkan individu seperti ini. SAM adalah kebanggaan kita semua. SAM bukan tempat berpolitik. Sama-samalah kita berjuang untuk meletakkan SAM ke satu tahap paling disegani. Keutuhan SAM juga membuktikan kredibilti yang ada pada semua penulis sukan di negara ini kerana SAM mewakili semua penulis sukan.

Tuesday, July 6, 2010

GOLF: MLAO ATTRACTS 120 PLAYERS



 A TOTAL of 120 players, including defending champion and US-based Michelle Koh, will vie for the 27th Malaysian Ladies Amateur Open title when it gets underway at The Mines Resort and Golf Club on August 
3-5, 2010.
The much awaited tournament, MLAO for short, will feature leading golfers from 13 participating countries, namely Australia, China, Hong Kong, Indonesia, Japan, South Korea, Malaysia, New Zealand, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand and for the first time, players from South Africa.
One of the best organised ladies’ tournaments in the region, MLAO’s fast-growing reputation was illustrated by the overwhelming response, so much so organisers MALGA had to stop accepting entries three weeks before the official closing date on June 30.
Malaysia will be represented by Michelle Koh, who became the first Malaysian to bag the title since Lim Ai Lian’s four successive wins from 1997 to 2000, after finishing seven strokes ahead of compatriot Chua Tze Jean for a three day total of 207 last year.
Other current top players in the country such as Iman Dato’ Nordin, Aretha Pan-Herng, Diana Tham, Michelle Low, Yong Mei Khuan and Dayanitha K will feature as well.
 
 MALGA has also decided to provide the much needed exposure and encourage youngsters such as 12-year old Kellie Kan, the most promising player at MALGA’s Malaysian Ladies Closed Championship in March, 11-year old Siti Zulaikha Shaari and 14-year old Sarfina Vinota Seretharan to compete in this MLAO.
YAM Tunku Puteri Tunku Dato’ Seri Jawahir  Tuanku Jaafar, President of Malaysian Ladies Golf Association (MALGA), also announced a strategic alliance with host The Mines Resort & Golf Club which will continue to stage MLAO for the next two years.
In announcing founder of Mines Resort City,  Tan Sri Lee Kim Yew as MALGA advisor, YAM Tunku Puteri Jawahir said:  “We are truly honoured that YBhg Tan Sri Lee has officially accepted the appointment of being MALGA’s Advisor and we are proud to form this strategic partnership with The Mines Resort & Golf Club in our bid to develop ladies’ golf to greater heights.”
Also present at the launch were Tan Sri Lee, MALGA Executive Director, Puan Rabe'ahtul Aloya Abbas; Tournament Director, David Parkins; and General Manager The Mines Resort & Golf Club, Zainurin Jaafar.
A delighted Tan Sri Lee said:“With the inclusion of golf as an event in the 2016 Olympic, events such as MLAO are much needed to help create an international competitive arena for players to gain precious skills and knowledge.
“The participation of our golfers in international tournaments and especially the staging of some of these tournaments on our shores is an undeniable fact that we have what it takes to join the ranks of some of the bigger nations in golf.”
Tan Sri Lee however acknowledged that the country needed to make the step up particularly in developing potential homegrown champions.
He added: “To that end, it is also our prerogative to continuously support and offer our assistance where we can to help our golfers achieve their potential and in doing so present Malaysia with another accomplishment”.
MALGA Executive Director, Rabe’ahtul Aloya Abbas who is also doubling up as MLAO Tournament Coordinator, added: “We have managed to raise the bar and now MLAO is recognised as one of the most premier and prestigious ladies amateur open competitions in the region. MALGA has been working hard in building good rapport with various ladies golf association in the region and this explains the reason behind the overwhelming response for this event.”
On the Malaysian team, Rabe’ahtul or fondly known as Raby added:  “We expect our players to perform well and we hope our US-based Michelle Koh as the defending champion will not feel too much pressure in the face of a strong challenge from the likes of Thailand’s Yupaporn Kawinpakorn, a silver medalist in the Laos SEA Games and MLAO champion in 2008.”
Other players to watch include Ines Putri T. Chandra from Indonesia, Melissa Loh from Singapore, Anya Tanpinco of the Philippines and Mimi Ho from Hong Kong.
Raby said: “This will be an exciting tournament to witness”.
(Courtesy of Loose Canon)

Monday, July 5, 2010

QUOTES FOR THE DAY....

"WHEN A PERSON HIDES THINGS WHICH SHE OR HE HAD GONE THRU...BUT DENIED IT NEVER HAPPENED, IS IT CALLED SINCERE'?

Sunday, July 4, 2010

GAME OVER FOR THE ARGENTINES

 GAME over....and Argentina were sent home early from the 2010 World Cup. They were humilated 4-0 by Germany in the quarterfinals yesterday.
Argentina failed to deliver and their so called star - Lionel Messi was way below par. He can't even put his name in the 2010 World Cup scoring record book. Unlike in their previous match, Messi was not given much attention by the Germans. He had more rooms to roam, but again, still can't deliver.
No one believe, Argentina will lost the match with such a big margin by the inexperienced and young German side. It was a shame for coach, Diego Maradona.

 With the defeat, Argentina is the latest big names sent home early after France, Italy, England and Brazil.
Who's next? It could be Germany or Spain...or Netherlands...or Uruguay..
Just watch out but I think, Spain and Netherlands will be the next team out.

The new look Harimau Malaya

THE new look Harimau Malaya drew 1-1 with Hong Kong in the Asian Cup 2019 qualifier at Hang Jebat Stadium, Melaka on Tuesday night. They al...