Monday, August 23, 2010

PulutMalaya in Manchester


 After our arrival at Manchester airport...also seen Abdulah Sani of TV3 (left). Sitting are jurukamera TV3, Yazid and RTM's Madi Handsome.





These three pix masa kita orang nak balik Malaysia.....


PulutMalaya and Azri (Astro Arena) masa tengok game Manchester City lwn Valencia di Eastlands.


Yang ni peminat setia Manchester United. Kawan baik PulutMalaya, Abdullah Sani of TV3. Kat A board Man. Utd pun dia tangkap gambar.

Makan time kat restoran Ning di Manchester. Malam last kat Manchester sebelum balik.


PulutMalaya tapau food from a halal store nearby the hotel.....

PulutMalaya dengan rakan media yang lain dari Malaysia ketika berada di Akademi Bola Sepak Manchester United di Carrington.



Apa agaknya yang dibuat oleh seorang lagi peminat setia Man. Utd ni....Yang ni juga rakan baik saya, Hafizal Hamad dari RTM yang popular dengan trademark - Terima kasih, terima kasih, terima kasih dalam rancangan sukan kendaliannya.

Wednesday, August 11, 2010

Thursday, August 5, 2010

Ole ole Manchester

(Gambar: Padang latihan first team United di pusat latihan mereka di Carrington. Ni curi rakam guna handphone.)

 
SAYA bukanlah peminat pasukan Manchester United. Tetapi bila sudah berada di bumi Manchester, kena ikut juga perkembangan kelab dari Old Trafforsd itu. Lagipun, pemain yang saya minat - Ryan Giggs beraksi dengan United. Sikit-sikit tu ikut juga perkembangan.

Ketika ini saya bersama-sama rakan media yang lain sedang berada di Manchester atas pelawaan Nike Malaysia untuk membuat liputan pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Premier Nike Manchester United 2010. Manchester menjadi hos pusingan akhir tahun ini yang membabitkan 20 pasukan terbaik dari seluruh dunia.
 (Gambar) - Peminat setia United lepak seketika di pusat bandar Piccadilly selepas penat bertugas)

 Wakil Malaysia - MSS Kedah turut layak ke pusingan akhir ini. Bangga juga bila melihat skuad negara antara 20 pasukan terbaik beraksi pada kejohanan mmebabitkan pemain bawah usia 15 tahun ini. Bukan senang nak layak kerana proses kelayakan perlu mengharungi banyak perlawanan di peringkat benua.
Turut serta dalam rombongan ini ialah rakan dari RTM - Hafizal Hamad dan Madi Handsome; Pak Dollah Sani dan jurugambar (TV3); Rashid Salleh dan jurugambar (Astro Arena) serta KM Bopaty (NST).
Kami tiba Isnin lalu dan dijadualkan pulang ke tanah air Isnin depan.
Boleh dikatakan junked trip lah juga...tetapi story tetap kena buat.
Ketika berada di sini kami berpeluang melawat Akademi Bola Sepak Manchester United di Carrington - tempat berlangsungnya pusingan akhir Piala Premier Nike tahun ini.
Menariknya, geng media dibawa melawat pusat laithan first team United di akademi berkenaan. Orang paling happy sudah pastinya peminat United - Hafizal dan Pak Dollah. 
Bila sudah jejak kaki ke akademi pasukan yang mereka minat itu, pastinya tak lepas peluang tangkap gambar. Tapi tangkap gambar kat luar saja lah...kami tak dibenarkan merakam sebarang gambar dalam pusat latihan first team itu. (Tapi sempat juga rakam gambar padang latihan first team United)
Yang kena kutuk, saya dengan Madi Handsome - yelah, peminat Liverpool katakan.
 
 (Gambar: PulutMalaya and Pak Dollah Sani)
  
Walaupun peminat Liverpool, kami akui kemudahan yang ada di akademi United itu memang first class. Terbaik pernah saya lihat. Tiada kelab dalam Liga Perdana England mempunyai kemudahan seperti itu. Kemudahan serba lengkap dan terkini. 
Kemudah untuk first team memang bertaraf lima bintang.
Ketika dibawa melawat pusat latihan first team itu, kami turut ditunjukkan pejabat pengurus, Alex Ferguson serta padang latihan mereka yang sememangnya dijaga dengan rapi.
Pusat sains sukan dan sebagainya semuanya ditunjukkan kepada kami. Memang diakui canggih dan serba moden.
Ketika itu, tiba-tiba terfikir - kenapalah FAM tak wujudkan pusat atau akademi serba canggih seperti itu? Kalau ada pastinya ia membantu menarik minat anak-anak muda Malaysia menceburkan diri dengan lebih serius dalam sukan bola sepak.
 (Gambar: Madi Handsome (tengah) with Rashid and Muruga di depan pejabat akademi bola sepak United.)
  
Pada Sabtu ini pula, kami mungkin dibawa menyaksikan sesi latihan first team United di Old Trafford. Urusan mengenainya sedang diuruskan oleh pihak Nike. Hafizal dan Pak Dollah sudah tak sabar nak pergi.
Sebelum kami pulang ke tanah air minggu depan, kami ambil kesempatan ucapkan terima kasih kepada Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Cik Menaha yang telah mempelawa kami menyertai rombongan mereka ke Manchester. Terima kasih to Mena and the gang. SELEPAS INI..SUDI-SUDILAH BANTU AKTIVITI SAM PULA....

The new look Harimau Malaya

THE new look Harimau Malaya drew 1-1 with Hong Kong in the Asian Cup 2019 qualifier at Hang Jebat Stadium, Melaka on Tuesday night. They al...