Tuesday, February 23, 2010
Aku bangga menjadi ahli SAM
SAYA bangga melihat kemeriahan majlis Anugerah SAM-100Plus 2009 di Hotel Hilton Petaling Jaya, Sabtu lepas. Saya anggap, SAM atau nama penuhnya, Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia tampil dengan satu semangat baru. Semangat inilah yang akan mendorong barisan Exco SAM yang dipimpin Ahmad Khawari Isa untuk terus berjuang meletakkan SAM sebagai sebuah organisasi yang disegani dan berwibawa. Penulis-penulis sukan seharusnya berbangga memiliki sebuah persatuan yang kini semakin mendapat kepercayaan daripada pemimpin tertinggi negara. Ahli-ahlinya harus sama-sama berjuang untuk menggerakkan SAM agar ia terus berpengaruh dalam membantu meningkatkan mutu sukan negara. Kembalikan keyakinan kepada SAM agar ia kekal kukuh sebagai sebuah organisasi yang berwibawa.
Majlis anugerah SAM-100Plus baru-baru ini merupakan langkah pertama untuk menjadikan SAM lebih utuh. Barisan Exco baru ini pimpinan Ahmad Khawari akan berusaha untuk membawa yang terbaik khususnya kepada semua ahli. Beri mereka peluang untuk membawa pembaharuan dan sekiranya ada kelemahan mahupun kekurangan, usah segan mengemukakan pandangan. Pandangan itu adalah untuk kebaikan dan ahli berhak bersuara. Dalam bersuara, jangan lupa tanggungjawab untuk memperbaharui keahlian kerana bagi kami di SAM, ia membuktikan keperihatinan ahli untuk sama-sama memartabatkan SAM. Selepas kejayaan menganjurkan dua majlis setakat ini, iaitu majlis berbuka puasa dan majlis anugerah SAM-100plus, kepentingan ahli menjadi agenda utama SAM seterusnya. Barisan exco sedang memikirkan sesuatu untuk faedah seluruh warga SAM. Namun (seperti yang saya katakan tadi) berilah sedikit masa kepada Exco SAM untuk melaksanakannya. Kepentingan ahli tetap menjadi keutamaan kerana tanpa mereka SAM tidak akan kukuh. Bagi kami yang diberi mandat oleh ahli untuk menerajui SAM, tanpa sokongan kalian semua, aktiviti yang dianjurkan oleh SAM tidak akan menikmati kejayaan. Sesungguhnya, saya memang sangat berbangga melihat sokongan daripada semua ahli pada majlis anugerah SAM-100Plus baru ini. Meskipun majlis tersebut dianjurkan dengan jayanya oleh barisan Exco SAM, tetapi saya tetap berpendapat kejayaannya adalah hasil sokongan daripada semua ahli. Inilah yang kami harapkan agar persatuan milik penulis-penulis sukan ini terus berkembang dan berpangaruh.
Mengupas pengalaman ketika menganjurkan majlis ini, kami telah melalui seribu satu macam halangan. Namun, ia tidak pernah melunturkan semangat kami. Saya selaku pengerusi bersama jawatankuasa penganjur majlis anugerah berkenaan telah mengharungi satu pengalaman yang cukup memeritkan. Kerenah pegawai-pegawai bawahan ini betul-betul mencabar minda. Berurusan dengan mereka bukan sesuatu yang mudah. Kerenah mereka perlu dilayan dengan penuh kesabaran. Panas telinga saya mendengar maki hamun, gertakan ketika berurusan dengan mereka untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu. Untuk pengetahuan ahli SAM semua, salam yang kami ucapkan untuk memulakan bicara dengan pihak-pihak berkenaan, gertakan yang mereka hidangkan. Saya sedih kerana mereka memandang rendah kemampuan persatuan kita dan seribu satu macam permintaan yang dipinta. Pada hal, mereka-mereka ini adalah bekas wartawan seperti kita. Inilah yang dikatakan 'lupa daratan' bila sudah menjadi orang besar. Namun, permintaan mereka tetap kami penuhi kerana bukan budaya SAM untuk bermusuh dengan sesiapa. Saya rasakan lebih mudah berurusan terus dengan pemimpin daripada berurusan dengan pegawai bawahannya. Pemimpin melayan kami dengan baik tanpa banyak bicara dan kerenah, sebaliknya yang buat perangai adalah pegawai bawahan. Bila berhadapan dengan kerenah yang kurang sopan daripada pihak berkenaan, ia telah mendorong kami untuk terus bekerja kuat bagi membuktikan SAM bukan persatuan 'kedai kopi' seperti yang pihak berkenaan anggapkan. Kami berjuang untuk membuktikan SAM sebuah persatuan yang bermoral dan akhirnya, majlis anugerah tersebut dianjurkan dalam suasana yang penuh gemilang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi tetamu kehormat majlis tersebut memuji usaha-usaha yang telah dilakukan oleh SAM. Bagi kami kejayaannya adalah hasil dokongan daripada semua ahli yang masih setia mempertahankan SAM. Janji kami selepas ini ialah untuk terus berjuang mempertahankan kredibiliti SAM dan pada masa yang sama kepentingan ahli akan tetap diutamakan. Kami akan bekerja keras untuk memartabatkan SAM dan kami tidak pernah meminta sebarang habuan untuk menggerakkan SAM. SAM adalah kebanggaan kita semua sebagai penulis/wartawan sukan. Kami tampil secara sukarela. Ini adalah persatuan kita, persatuan untuk semua penulis sukan. Kita harus pertahankannya daripada dipandang rendah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIALA DUNIA FIT TOUCH 2019 MALAYSIA KUALA LUMPUR, 22 APRIL - Skuad negara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk a...
-
WORLD Cup 2010 is just around the corner. The magazine highlighting on the event is also in the market now. The latest is Panduan Menuju Afr...
-
MALAYSIAN Cub Prix championship or popularly known as Cub Prix amongst local motorsports enthusiasts is back on the track. Actually, it has ...
Seronok tengok kenkawan menang hadiah...timbul gak rasa cemburu. Tapi secara positifnya ia memberi semangat untuk menulis dengan lebih baik lagi.
ReplyDeleteSatu lagi terkilan bila...kedudukan kenkawan di BERNAMA confius bila nak antar artikel...
sebabnya tak tahu nak masuk kategori apa!
Nak masuk kategori print media, tak de suratkhabar sendiri...
Nak masuk kategori elektronik, tak de visual
Mungkin tahun depan SAM boleh kategorikan kenkawan di BERNAMA dengan Bloggers...
Ini hanya satu pendapat...wassalam.
Jangan bimbang, kami akan cuba menyelesaikan masalah rakan-rakan di Bernama..
ReplyDeleteBANGGA........? wahai pak asan knp lh tak di beri kelonggaran pd ahli bukan journelist sport yg ingin menjadi ahli SAM.....pd hal keje ni pon kat media gak cuma lain bahagian tu pon nk berkira ka,,,,,bukan pe cuma rasa terkilan lh tgok ahli2 yg lain ikut serta kita diagap kureng dr segi sukan....so skrg sapa nk jwb?
ReplyDelete