(Foto: SKUAD Sarawak yang satu ketika dulu disegani dalam Liga Malaysia)
LONTARAN jauh Jalil Rambli, larian deras RoslanIsmail dari garis tepi, sepakan padu Zapri Manai, kreativiti Mohd. Ali Shafiee di bahagian tengah, kecemerlangan penyudah Bobby Pian dan bayak lagi. Semua keistimewaan yang ada pada pemain era 90-an ini sudah tidak ada lagi dalam bola sepak Sarawak yang kini boleh dianggap 'hidup segan mati tak mahu'. Ke mana perginya seri yang ada dalam skuad yang digelar 'Nyap Sayot' ini yang satu ketika dulu cukup disegani dalam saingan Liga Malaysia. Kini, saban tahun, prestasi skuad dari bumi kenyalang itu sangat mengecewakan. Bukan setakat dilanda masalah kekurangan pemain berwibawa, tetapi turut berhadapan pelbagai masalah lain yang terus mematikan langkah mereka untuk mengembalikan imej sebagai antara pasukan di segani.
Bola sepak Sarawak pernah mengecapi kegemilangan pada satu ketika dulu. Piala FA pernah didakap, selain melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia di era Jalil Rambli. Kenapa agaknya terlalu sukar untuk melahirkan pemain berbakat setanding di era Jalil dan rakan-rakan?
Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan kejatuhan bola sepak Sarawak berpunca daripada masalah pengurusan. Kelemahan dari segi pengurusan akan mematikan pembangunan. Selera pemain turut pudar andai pengurusan tidak berada pada tahap terbaik.
Tidak mungkin Sarawak ketandusan pemain memandangkan saiz negeri tersebut adalah sebesar tanah semenanjung. Langkah mengesan bakat tidak begitu diperhebatkan dan akibatnya, pemain berwibawa gagal ditemui. Keberkesanan liga tempatan juga antara punca kemerosotan itu.
Apa pun, aspek pembangunan perlu diperhebatkan dan saya yakin satu hari nanti kegemilangan mampu dikembalikan.
Kesilapan lalu tidak harus berulang. Ketika skuad dari bumi kenyalang itu berada di puncak kegemilangan pada era 90-an, aspek pembangunan agak diabaikan. Mungkin masa itu terlalu ghairah sehingga lupa memberi keutamaan kepada perkara pokok iaitu PEMBANGUNAN. Inilah akibatnya daripada kelalaian itu. Sarawak terus ketandusan pemain. Masih belum terlambat untuk memulakan langkah baru. Jika ia diberi perhatian yang serius, lama-kelamaan usaha akan berhasil. Saya yakin, penyokong tidak ingin melihat skuad kesayangan mereka itu terus menerus bersaing dalam liga kelas dua - Liga Perdana. Ayuh! bangkitlah Sarawak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIALA DUNIA FIT TOUCH 2019 MALAYSIA KUALA LUMPUR, 22 APRIL - Skuad negara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk a...
-
WORLD Cup 2010 is just around the corner. The magazine highlighting on the event is also in the market now. The latest is Panduan Menuju Afr...
-
MALAYSIAN Cub Prix championship or popularly known as Cub Prix amongst local motorsports enthusiasts is back on the track. Actually, it has ...
No comments:
Post a Comment