HUH...terkejut 'den' bila pemain badminton negara menyalahkan media ekoran kekalahan mereka pada Piala Thomas baru-baru ini. Apa salah media? Kalau sudah kalah, jangan bagi alasan macam tu. Kalau kita hebat, walau dikritik/diganggu media sekali pun, kita akan tetap berjaya. Pemain tak fikir macam tu..kalah je, media yang disalahkan. ganggu masa traininglah itu lah dan inilah...apa ni, mana sikap profesional pemain kita? Bila menang, kenapa tak salahkan media pula? Sedarlah wahai wira badminton negara. Prestasi you all masa lawan China memang teruk. Masa lawan Denmark pun macam susah je nak menang. Kalau kita ada kekuatan, di mana juga sekali pun kita beraksi, pasti dapat meraih kemenangan. Contohi China, mereka tampil hebat dan hampir semua pemainnya memiliki kemampuan yang sama rata. Bukan setakat Lin Dan sahaja, yang lain pun cemerlang. Kita hanya mengharapkan Chong Wei sahaja,.yang lainnya memang tak boleh pegilah...Chong Wei memang diramal tewas kepada Lin Dan. Dia sudah lama tak beraksi menentang Lin Dan. Malah Lin Dan memang bersedia untuk Piala thomas dan dia tak beraksi dalam banyak kejohanan Super Series. Masa dia tak beraksi itulah dia ambil kesempatan memerhatikan corak permainan Chong Wei. Walaupun dia bukan pemain No. 1 dunia, tetapi gaya permainannya lebih baik berbanding Chong Wei. Perlu ingat bahawa penentuan ranking dunia adalah berdasarkan beberapa banyak kejohanan Super Series disertai. Kalau saya beraksi dalam semua kejohanan Super Series pun, mungkin saya dapat ranking juga..tolonglah jangan bagi alasan mengarut bila kalah. Akui kelemahan dan bekerja keraslah utuk memperbaikinya.
BACALAH artikel yang ditulis rakan saya di akhbar Kosmo!, RADIAH SAORI mengenai kenyataan BAM dalam keluaran Sabtu (22Mei 2010 seperti dibawah;
‘SALAHKAN diri sendiri dulu sebelum menyalahkan media.’
Itu seharusnya difikirkan pemain badminton negara sebelum menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan pada Kejohanan Piala Thomas baru-baru ini.
Satu dunia melihat bagaimana prestasi mereka pada aksi menentang China pada pusingan separuh akhir, dan ketika menentang Denmark pada suku akhir pula, mereka dipaksa bekerja keras.
Pemain perlu faham peranan media.
Di Eropah, atlet dikritik dan dipuji oleh media tetapi mereka mengambil kritikan dan pujian itu sebagai pendorong untuk terus meningkatkan prestasi dan tidak menyalahkan media jika mereka gagal.
Kelmarin, pemain-pemain badminton negara menyalahkan pihak media atas kegaga- lan mereka merampas Piala Thomas, namun semalam lain pula ceritanya.
Giliran jurulatih pula yang meletakkan kesalahan di bahu pemain.
Pada pertemuan bersama Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Salleh semalam, jurulatih berpendapat, semua pemain tidak memiliki keazaman atau keinginan yang mencukupi untuk menjuarai kejohanan yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 hingga 16 Mei lalu.
“Jurulatih merupakan indi- vidu yang memainkan peranan penting dan disebabkan itu jugalah maklum balas daripada mereka amat diperlu- kan,” kata Nadzmi pada sidang media selepas bertemu jurulatih di Bukit Kiara semalam.
“Daripada maklum balas yang saya terima daripada jurulatih, untuk memenangi kejohanan ini atau mana-mana kejohanan, pemain sepatutnya mempunyai keinginan atau keazaman yang cukup tinggi untuk menang.
“Bagi pemain senior, seku- rang-kurangnya 80 peratus usaha atau keinginan harus datang daripada mereka sendiri dan baki 20 peratus lagi mungkin daripada sokongan dan bantuan jurulatih serta faktor-faktor lain.
“Ini hanyalah pendapat dan pandangan yang saya terima daripada jurulatih pada pertemuan hari ini (semalam). Mereka lebih tahu kerana mereka juga pernah menjadi pemain.
“Namun, sama ada ia betul atau tidak saya tidak tahu. Kami akan menilai semula maklum balas yang diterima ini.”
Dalam pada itu, Nadzmi juga mendedahkan, pada pertemuan semalam hampir semua jurulatih bersetuju bahawa persediaan untuk kejo- hanan berpasukan harus lebih lama berbanding persediaan bagi kejohanan individu.
Turut menjadi alasan ialah kekuatan fizikal pemain negara yang lebih kurang berbanding pemain-pemain dari negara lain.
“Semua jurulatih bersetuju bahawa pemain Malaysia mempunyai skil yang amat baik tetapi kekurangan kekuatan fizikal berbanding pemain lain,” tambah Nadzmi.
“Pemain-pemain dari China dan Korea serta Jepun pula mempunyai kekuatan fizikal dan pecutan yang lebih baik dan kelebihan inilah yang boleh melemahkan mental pemain dalam kejohanan.
“Apa sekalipun, kita tidak perlu panik kerana kita masih dalam kelompok empat terbaik.
“Walaupun ini bukanlah keputusan yang kita harapkan, namun kita bukanlah sebuah pasukan yang sangat teruk.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIALA DUNIA FIT TOUCH 2019 MALAYSIA KUALA LUMPUR, 22 APRIL - Skuad negara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk a...
-
WORLD Cup 2010 is just around the corner. The magazine highlighting on the event is also in the market now. The latest is Panduan Menuju Afr...
-
MALAYSIAN Cub Prix championship or popularly known as Cub Prix amongst local motorsports enthusiasts is back on the track. Actually, it has ...
No comments:
Post a Comment