LITAR Antarabangsa Autopolis di Jepun kembali bergema apabila pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) berlangsung pada 20 hingga 23 Mei ini.
Selain menjadi medan pertarungan pelumba kelas Underbone 115cc perlumbaan ini turut diadakan serentak dengan Kejuaraan Seluruh Jepun.
Berbanding saingan perlumbaan kelas SuperSports 600cc yang beraksi di atas trek penuh berukuran 4.674km, cabaran kelas Underbone 115cc hanya dilangsung di atas separuh trek berukuran 3.022km dengan lapan selekoh dikeluarkan daripada litar asal.
Begitupun, cabaran yang dihadapi pelumba tetap sukar.
Pelumba bukan sahaja berdepan 10 selekoh pantas dan teknikal, tetapi juga perlu mempelbagaikan gaya tunggangan jika berhasrat menguasai saingan di dalam cuaca sejuk sekitar 18 hingga 20 darjah celcius.
Daripada senarai pencabar musim ini, hanya sebahagian kecil pelumba sedia ada yang pernah beraksi di litar berkenaan.
Denny Triyugo, Hokky Krisdianto, Anggi Permana Putra, Florianus Roy, Fitriansyah Kete. Prawat Yannawut dan juara bertahan, Md Affendi Rosli pasti memiliki kelebihan.
Bagi pelumba seperti Hadi Wijaya, M. Reza Pahlevi, Norizman Ismail, Md. Ramdan Md. Rosli, Md. Azhar Abd Jalil, Md. Rozaiman Md. Said, Md. Firdaus Musa, Rafid Topan, Vorapong Malahuan, Yudhistira, Litar Autopolis pasti membawa cabaran yang cukup getir buat mereka.
Kebanyakan pelumba ini pernah beraksi dalam siri perlumbaan ARRC musim-musim lepas tetapi ini merupakan penampilan pertama bagi bakat-bakat muda Malaysia seperti Ramdan, Firdaus, Azhar dan Rozaiman.
Bagaimanapun, bersandarkan persembahan memberangsangkan pada pusingan pembuka tirai di Litar Sepang, Malaysia April lalu, empat pelumba berbakat ini nampak sudah bersedia memberi cabaran kepada pelumba senior lain.
Pada waktu ini, Denny dari Indonesia mengetuai carta keseluruhan kelas Underbone 115cc.
Pelumba pasukan Yamaha TOP 1 FDR Racing ini menduduki tangga teratas dengan 36 mata manakala Hadi Wijaya yang mewakili pasukan Kawasaki NHK Rextor MTR Manual Tech muncul tempat kedua dengan 31 mata.
Rakan sepasukan Denny, Hokky berada di tempat ketiga dengan 25 mata.
Ramdan dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha AHM Khi dan Azhar dari Motul Yamaha YY Pang Racing berkongsi 20 mata di tempat keempat dan kelima.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIALA DUNIA FIT TOUCH 2019 MALAYSIA KUALA LUMPUR, 22 APRIL - Skuad negara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk a...
-
WORLD Cup 2010 is just around the corner. The magazine highlighting on the event is also in the market now. The latest is Panduan Menuju Afr...
-
MALAYSIAN Cub Prix championship or popularly known as Cub Prix amongst local motorsports enthusiasts is back on the track. Actually, it has ...
moga2 plumba msia boleh sesuaikan diri dgn cuaca sejuk di autopolis...
ReplyDelete