Wednesday, June 2, 2010

UKRC serius mengesan bakat baru


KELAB Rekreasi Ulu Klang (UKRC) terus memperhebatkan program pembangunan bola sepak.
Agenda terbaru yang bakal dilangsungkan ialah Kejohanan Bola Sepak UKRC bawah 12 tahun pada 6 Jun ini.
Setakat ini, sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan untuk menyertai kejohanan sehari itu.
Antara yang telah mengesahkan penyertaan masing-masing ialah juara bertahan, Kuala Lumpur Youth Soccer, Bintang Biru (Pulau Pinang), Royal Selangor Club, UKRC A, UKRC B dan Astaka FC, Kuala Lumpur.
Pengerusi jawatankuasa kejohanan, Andrew Gopal berkata, kejohanan yang memasuki tahun kedua itu merupakan platform untuk mendedahkan pemain muda kepada kejohanan yang kompetitif dan pada masa yang sama mengasah bakat yang mereka miliki.
“Selain itu, kejohanan tersebut juga memainkan peranan sebagai satu medan untuk menggalakkan hubungan persahabatan antara satu sama lain.
“Kami juga mahu kemahiran mereka dalam sukan bola sepak diasah daripada peringkat awal agar apabila dewasa nanti, mereka telah benar-benar bersedia untuk melibatkan diri dalam sukan bola sepak,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kejohanan itu di ibu negara baru-baru ini.
Menurut Andrew, walaupun kejohanan ini masih ada seminggu lagi untuk dilangsungkan, penyertaan masih lagi dibuka.

 “Mana-mana pasukan yang berminat masih boleh membuat pendaftaran sebelum tarikh tutup pada 1 Jun,” katanya.
Mengenai format pertandingan, setiap pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan saingan peringkat kumpulan akan dijalankan secara liga.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua dan dua pasukan teratas pada pusingan kedua akan mara ke saingan separuh akhir.
“Perlawanan akhir akan diadakan pada hari yang sama.
Bagi pasukan yang tidak layak, mereka akan beraksi dalam kategori plate.
Sesungguhnya, usaha UKRC ini yang diterajui Andrew harus dipuji kerana tidak pernah jemu untuk mencari bakat baru dalam sukan bola sepak.
I hope such efforts will bear fruits in future. Good luck UKRC.

PIX info: 1. (Top) - Andrew (fourth from right) with the sponsors for the U-12 tournament this Sunday (6 June).
PIX 2. (Bottom) - Andrew, a proud leader of UKRC.

3 comments:

  1. Saya sungguh kagum dengan kelab ini yang diurus oleh penduduk-penduduk dan dipimpin dengan cukup baik oleh Andrew Gopal. Mereka mempuyai padang bolasepak yang cukup baik dan semangat ahli-ahli kelab untuk memajukan sukan di Malaysia khususnya dari akar umbi harus diberi pengiktirafan dan pujian oleh Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Congrates Andrew and the team. keep up the good work to scout talents.. Hidup UKRC!

    ReplyDelete
  3. Dear Sir,

    UKRC's commitment to sports is largely due to its Management team and members, all volunteers, whom poses great passion and dedication towards sports and in particular grooming and producing soccer talents and sportsman from a young age.
    One feel satisfied,when achivement is made by the Club through sports,as no one look for rewards and not forgetting the support given by sports loving fan to UKRC to excel further.

    ReplyDelete