Monday, October 25, 2010

HAFIZH PELUMBA TERMUDA CIPTA HATRIK

PELUMBA pasukan Yamaha  Petronas Sprinta Raceline, Hafizh Syahrin Abdullah muncul  pelumba termuda mencipta hatrik pada Kejuaraan Cub Prix  AAM Malaysia Petronas.
Pada Ahad lalu, dia muncul juara  kategori CP130 pada saingan  Pusingan 8 yang berlangsung  di Litar Tasik Sultan Abu Ba kar di Pekan, Pahang.
Hafizh yang mengalami tekanan pada awal perlumbaan  akibat cuaca panas selain keadaan litar yang sedikit berpasir  bagaimanapun berjaya mengawal keadaan untuk mengelak  daripada melakukan kesilapan.
“Litar di sini sangat mencabar dan ditambah pula dengan keadaan cuaca panas terik menyebabkan saya hampir  tidak dapat mengawal keadaan.
“Saya akan cuba pertahan  kedudukan pada Pusingan 9 di  Litar Sepang pada 21 November depan,” katanya yang menamatkan perlumbaan 15 pusingan itu dengan catatan masa  12 minit 36 saat.
Hafizh menewaskan rakan  sepasukannya, Azlan Shah Kamaruzaman yang menamatkan  perlumbaan di tempat ketiga.

 THE CRASH INVOLVED YY PANG RIDERS...

Pelumba pasukan Yamaha  Petronas Sprinta AHM, Md.  Zamri Baba pula berpuas hati  di tempat kedua.
Bagi kategori CP115 pula, pelumba Yamaha Motul YY Pang,  Md. Adli Salihin menguasai sai ngan, sekali gus menewaskan  pencabarnya, Md. Ramdan  Rosli yang menduduki tempat  kedua.
Tempat ketiga menjadi milik pelumba Yamaha ZAR & HTA  Motorsports Racing, Md. Rozaliman Zakaria.
Bagi kategori WIRA, pelumba Modenas Forty One Racing,  Md. Syawalludin Zaki tampil  hebat untuk muncul juara pada  aksi Pusingan 8 ini. Pusingan 9 akan berlangsung di Sepang pada 21 November ini.

 BABES OF THE CUB PRIX TRACK AT WORK....

 ACTION CAPTURED AT ROUND 8 IN PEKAN, PAHANG ON SUNDAY.

KL JUARA BOLA JARING KEBANGSAAN

WILAYAH Persekutuan Kuala Lumpur, yang diperkuat dengan kehadiran tujuh pemain kebangsaan, menumpaskan Selangor 50-39 untuk mempertahankan kejuaraan sekali gus meraih kejuaraan buat kali ke-19 pada Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan ke-32 yang berakhir di Stadium Juara Bukit Kiara, Ahad.
Wilayah Persekutuan KL nyata menyerlah dan sukar disaingi, biarpun Selangor cuba mengulangi corak permainan yang membolehkan mereka mengejutkan skuad pilihan Johor pada saingan separuh akhir. 
Penyerang gol Nur Ezzani Mohd Nor dan penjaring gol Nur Ain Omar, kedua-duanya tonggak utama dalam skuad kebangsaan, nyata merupakan srikandi Wilayah Persekutuan KL.
 Wilayah Persekutuan KL bermula baik pada suku pertama dengan mendahului 16-5, sebelum melengkapkan suku kedua, ketiga dan keempat dengan 25-14, 39-23 dan 50-39. 
Nur Ezzani melakukan 13 jaringan manakala pemain muda berusia 18 tahun, Nur Ain, menyumbang 35 jaringan untuk meletakkan Wilayah Persekutuan KL menjulang trofi kejuaraan.
Selangor pula gagal menyaingi lawan mereka apabila penjaring Nurul Husna Akbal Amad nyata hilang tumpuan, sekadar menjaringkan 10 gol manakala pemain penyerang Yati Akhtar Makhtar melakukan 21 jaringan.
Jurulatih Wilayah Persekutuan KL Norizan Rajab nyata gembira dengan kejayaan pasukannya dan berkata para pemain bermain mengikut arahan, dan berjaya menyekat pergerakan pemain Selangor. 
Terdahulu, finalis tahun lepas Johor, meraih kedudukan ketiga selepas menumpaskan Kedah 62-24 pada perlawanan ke-3 dan ke-4.
Penjaring gol kebangsaan Aruna Santhappan menebus kekecewaan gagal beraksi cemerlang semalam dengan mempamerkan permainan lebih bertenaga dan jaringan lebih tepat.
Dalam pada itu, presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia Suraya Yaacob, menyatakan rasa puas hati dengan penganjuran kejohanan edisi ke-32 dan berkata, langkah seterusnya ialah mempersiapkan pasukan kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Singapura tahun depan.