Sunday, July 1, 2012
KHAWARI KEKAL PRESIDEN SAM UNTUK PENGGAL 2012-2014
PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengadakan mesyuarat agung dwi-tahunannya Sabtu lalu (30 Jun) di Dewn Mokhtar Dahari, Wisma MOM Jalan Hang Jebat Kuala Lumpur bagi memilih barisan kepimpinan SAM untuk penggal 2012-2014.
Pada pemilihan tersebut semua pemegang jawatan utama menang tanpa bertanding.
Ahmad Khawari Isa (Astro Arena) mengekalkan jawatan Presiden, Asan Ahmad (Kosmo!) mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, Eric Samuel (Star) dan Ismadi Manap (RTM) tersu kekal sebagai Naib Presiden.
Ali Majid (Berita Harian) dan Faisal Jamal (RTM) masing-masingnya mengekalkan jawatan Bendahari dan Setiausaha.
Jawatan ahli majlis biasa menyaksikan pertandingan dan ia dimenangi Zulhilmi Supaat (Bernama); Tumpang Saptu (Freelance); Hafizal Hamah (RTM - muka baru); Izahar Atan (Karangkraf) dan Jalil Mat Dom (RTM) serta Yu Nee Kong (Sin Chew).
Empat lagi pelantikan (di bawah kuota presiden) akan dilakukan sebaik Exco baru ini mengadakan mesyuarat pertamanya dalam masa terdekat.
Empat pelantiakn itu melibatakan dua jawatan ahli majlis biasa, satu jawatan penolong setiausaha dan satu jawatan penolong bendahari.
Barisan kepimpinan baru SAM:
Presiden: Ahmad Khawari Isa (Astro Arena)
Timbalan Presiden: Asan Ahmad (Kosmo!)
Naib Presiden: Eric Samuel (Star); Ismadi Manap (RTM)
Setiausaha: Faisal Jamal (RTM)
Bendahari: Ali Majlid (Berita Harian)
Ahli Majlis Biasa: Zulhilmi Supaat (Bernama); Tumpang Saptu (Freelance); Hafizal Hamad (RTM); Izahar Atan (Karangkraf); Jalil Mat Dom (RTM); Yu Nee Kong (Sin Chew).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIALA DUNIA FIT TOUCH 2019 MALAYSIA KUALA LUMPUR, 22 APRIL - Skuad negara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk a...
-
WORLD Cup 2010 is just around the corner. The magazine highlighting on the event is also in the market now. The latest is Panduan Menuju Afr...
-
NORIZMAN Ismail membuktikan kemenangan di Litar Batu Kawan sebelum ini bukan sekadar nasib apabila meraih gelaran juara buat kali ked...
No comments:
Post a Comment