Pemilihan Pasir Puteh Sentral menyaksikan Kelantan sekali lagi berada dalam kalendar kejuaraan Cub Prix setelah Pasir Mas menjadi tuan rumah pada musim 2016.
Bentuk litar di Pasir Puteh dikatakan agak mencabar dan ia akan memberi pengalaman baharu kepada para pelumba.
Para peminat sukan permotoran tidak harus melepaskan peluang menyaksikan saingan di Pasir Puteh kerana ia bakal menyajikan persaingan menarik terutama dalam kelas CP150.
Antara pelumba yang akan menghiasi saingan di Pasir Puteh termasuk pendahulu, Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang sudah mengumpul 100 mata diikuti Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di kedudukan kedua dengan 83 mata dan rakan sepasukan Kasma, Mohd. Ramdan Rosli ketiga, 45 mata.
Saingan kelas CP115 bakal menyaksikan kelibat pendahulu ketika ini iaitu dua pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd.Akid Aziz dan Mohd. Haziq Fairues.
Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) juga mengintai kedudukan podium di Pasir Puteh.
Kelas Wira juga tidak kurang hebatnya yang bakal menyaksikan persaingan antara tiga pelumba teratad iaitu Mohd. Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yama – Afb Tech), Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) dan Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing).
UNTUK MEMERIAHKAN LAGI SAINGAN DI PASIR PUTEH, PIHAK PENGANJUR AKAN MENGADAKAN PERADUAN
CUB PRIX DAN PENONTON BERTUAH BERPELUANG MENANG HADIAH MENARIK.
Jumpa di sana!
No comments:
Post a Comment