Tuesday, March 16, 2010
Futsal Hidup Bola Milo makin rancak
KARNIVAL Futsal Hidup Bola Milo 2010 yang membuka tirainya di Sports Planet Ampang pada 21 Februari lalu kini semakin rancak.
Karnival yang mempertandingkan dua kategori, bawah 12 dan 16 tahun itu itu kini sudah memasuki pusingan keempat di mana Pahang menjadi destinasinya pada 6 Mac lalu.
Sebelum Pahang, ia singgah di Terengganu yang menjadi tuan rumah pusingan ketiga yang berlangsung di MasterCaff Indoor, Paka pada 4 Mac lalu.
Yang pasti saingan tetap menarik dan setiap pasukan yang mewarnai karnival ini tampil dengan semangat yang tinggi untuk memburu kemenangan.
Kemenangan pula akan menjamin tempat kepada mereka untuk beraksi pada pusingan Grand Final di Selangor pada 23 mei depan.
Sebanyak 32 pasukan untuk setiap kategori dicari di 14 destinasi yang menjadi persinggahan karnival musim 2010 ini.
Kuota untuk setiap negeri (layak ke grand final) ialah dua pasukan untuk kategori bawah 12 tahun dan dua untuk bawah 16 kecuali Kuala Lumpur dan Selangor yang masing-masingnya memperuntukkan empat pasukan dalam setiap kategori.
Selepas tiga pusingan, karnival ini sudah mengenalpasti 16 pasukan yang telah mengesahkan tempat ke grand final.
Pada aksi pusingan keempat di Arena Ria Futsal Kuantan baru-baru ini, pasukan dari Johor, Stylo Mylo muncul juara kategori Bawah 12 tahun selepas membenam cabaran wakil tuan rumah, Tasma Junior 2-1.
Court Soccer FC dari Kuala Lumpur pula muncul juara bagi kategori bawah 16 apabila menang mudah 5-0 ke atas wakil tuan rumah, Kelab Rakan Muda (KRM) FC.
Ini bermakna, empat pasukan tersebut akan mewakili Pahang ke pusingan Grand Funal kelak.
Pada pusingan ketiga Di Terengganu, pasukan Sharmi Sports, Tunas Falcoa (TF) FC, A & B Sports FC dan KRT (Kelab Rukun Tetangga) Junior FC masing-masing menempa nama selaku kumpulan pertama mewakili Pantai Timur Grand Final kelak bagi kategori bwah 12 dan 16 tahun.
Mereka merupakan finalis bagi kedua-dua kategori tersebut.
Di Sarawak pula yang menjadi tuan rumah pusingan kedua menyaksikan pasukan JUCEL Experience FC dan Chameleon FC mara ke Grand Final bagi kategori bawah 16 tahun sementara bawah 12 pula menyaksikan kemaraan pasukan Adiqa Junior dan Kampung Tupong Tengah (KTT) Junior.
Pusingan pertama yang berlangsung di Sports Planet Ampang, menjadi milik pasukan Remaja Semangat Pejuang FC, Misai FC, Manzo Junior FC dan Jerung FC (bawah 16) sementara pasukan yang layak bagi kategori bawah 12 ialah pasukan Perantau FC, Bakat Kelantan, Junior FC dan Kami Bukan Kanak-Kanak FC.
Karnival Futsal Milo Hidup Bola ini akan diadakan di setiap negeri meliputi 14 pusingan setiap minggu untuk kategori lelaki bawah 12 dan 16 tahun manakala kategori wanita terbuka pula hanya akan diadakan di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
Acara kemuncak, Grand Final akan menjadi taruhan 32 pasukan terbaik lelaki bawah 12 dan 16 tahun manakala 12 pasukan terbaik wanita akan berebut hadiah utama Grand Final pada 12 Jun ini.
Menurut Pengurus Pemasaran Sukan Milo, Ng Ping Loong, pihaknya gembira dengan respons terhadap permulaan Karnival Futsal Milo Hidup Bola tahun ini.
“Objektif kami adalah untuk menyediakan peluang buat peserta untuk membuktikan keupayaan mereka bermain futsal dalam suasana kompetitif, mempromosikan perpaduan melalui sukan dan menggalakkan peserta mencari kenalan baru.
“Pihak kami turut gembira dengan sambutan ‘panas’ daripada peserta terutama kategori wanita terbuka yang melebihi sasaran awal kami.
“Pada masa sama, kami turut gembira kerana Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mengiktiraf usaha kami ini dan berusaha untuk mencari bakat baru futsal pada aksi Grand Final nanti untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan,” katanya.
Juara bagi setiap kategori peringkat negeri akan menerima hadiah wang tunai RM800 berserta hadiah iringan diikuti RM600 untuk naib juara sementara tempat ketiga dan kemepat masing-masingnya menerima RM400.
Pusingan Grand Final pula menawarkan hadiah lumayan iaitu RM15,000 untuk juara, RM10,000 (naib juara) dan RM7,000 untuk tempat ketiga dan keempat.
Penaja utama karnival yang diilhamkan oleh Dina Sports ini sudah pastinya Milo dengan kerjasama Figos.
Pusingan kelima karnival ini akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Mac ini.
Setakat ini, 20 pasukan sudah mengesahkan slot ke pusingan Grand Final iaitu 10 pasukan untuk kategori bawah 16 dan 10 pasukan lagi untuk kategori bawah 12 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIALA DUNIA FIT TOUCH 2019 MALAYSIA KUALA LUMPUR, 22 APRIL - Skuad negara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk a...
-
WORLD Cup 2010 is just around the corner. The magazine highlighting on the event is also in the market now. The latest is Panduan Menuju Afr...
-
MALAYSIAN Cub Prix championship or popularly known as Cub Prix amongst local motorsports enthusiasts is back on the track. Actually, it has ...
No comments:
Post a Comment