FERNANDO Alonso (gambar) memulakan kariernya bersama Ferrari dengan bergaya apabila menjuarai perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain, Ahad.
Pemandu Sepanyol itu menamatkan perlumbaan 49 pusingan tersebut di hadapan rakan sepasukan, Felipe Massa, sekali gus menghadiahkan kejayaan 1-2 buat pasukan Scuderia itu pada musim 2010 ini.
Setelah menyaksikan beberapa peraturan baru, kehadiran pemandu baru dan pasukan baru, keputusan di Litar Sakhir itu sudah pun dijangka walaupun pada awalnya ramai yang beranggapan saingan kali ini lebih terbuka.
Walaupun turun sebagai pasukan pilihan, Ferrari bagaimanapun tersentak seketika apabila pemandu Red Bull, Sebastian Vettel yang bermula di petak hadapan, bermula garang dengan menguasai separuh pertama perlumbaan semalam.
Begitupun, kerosakan pada ekzos jenteranya menjadi penghalang buat pemandu Red Bull itu mengekalkan penguasaannya, sekali gus menyebabkan dia kehilangan hampir dua saat satu pusingan.
Malah, masalah teknikal itu juga menyebabkan dia dipintas Alonso pada pusingan ke-34 sebelum diikuti Massa yang kembali semula beraksi di litar sejak mengalami kemalangan pada GP Hungary Julai lepas.
Kemudian tiba giliran pemandu McLaren, Lewis Hamilton pula yang memintas Vettel untuk menduduki tempat ketiga manakala pemandu Jerman itu pula hanya mampu bertahan beberapa pusingan saja sebelum dihampiri Nico Rosberg.
Pemandu Mercedes GP itu bagaimanapun gagal memintas Vettel yang akhirnya berjaya mengekalkan kelebihannya itu sebelum melepasi garisan penamat di hadapan rakan senegaranya itu.
Michael Schumacher pula mengutip mata pertamanya sejak kembali beraksi dalam perlumbaan F1 dengan menamatkan saingan di tempat keenam di hadapan juara dunia 2009, Jenson Button, Mark Webber, Vitantonio Liuzzi dan Rubens Barrichello.
Sementara itu, saingan pembuka tirai semalam juga merupakan hari malang bagi dua pendatang baru F1 selepas tiada seorang pun pemandu pasukan Hispania dan Virgin mampu menamatkan separuh pusingan perlumbaan, apatah lagi untuk melepasi garisan penamat.
Satu lagi pendatang baru, Lotus pula turut mengecewakan apabila mereka hanya mampu menduduki tempat ke-16 dan ke-17, namun sekurang-kurangnya tetap berjaya menghabiskan perlumbaan tersebut.
Kedudukan selepas GP Bahrain
Pemandu:
1. Fernando Alonso (Ferrari) 25 mata
2. Felipe Massa (Ferrari) 18
3. Lewis Hamilton (McLaren) 15
4. Sebastian Vettel (Red Bull) 12
5. Nico Rosberg (Mercedes GP) 10
6. Michael Schumacher (Mercedes GP) 8
7. Jenson Button (McLaren) 6
8. Mark Webber (Red Bull) 4
9. Vitantonio Liuzzi (Force India) 2
10. Rubens Barrichello (Williams) 1
Pengeluar:
1. Ferrari 43 mata
2. McLaren 21
3. Mercedes 18
4. RedBull 16
5. Force India 2
6. Williams 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIALA DUNIA FIT TOUCH 2019 MALAYSIA KUALA LUMPUR, 22 APRIL - Skuad negara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk a...
-
WORLD Cup 2010 is just around the corner. The magazine highlighting on the event is also in the market now. The latest is Panduan Menuju Afr...
-
MALAYSIAN Cub Prix championship or popularly known as Cub Prix amongst local motorsports enthusiasts is back on the track. Actually, it has ...
No comments:
Post a Comment