MAKAN angin di Slovakia? Itu tanggapan pihak-pihak tertentu terhadap langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia menghantar skuad bola sepak muda negara - Harimau Muda ke Slovakia.
Apa pun, tidak salah makan angin jika ada tujuan besar disebaliknya.
Saya memang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak negara.
Kadang-kadang naik angin juga bila melihat prestasi bola sepak kita semakin jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang pernah menjadi mangsa belasahan kita satu ketika dulu.
Contohnya - Jepun dan Korea Selatan. Dua negara ini sudah terlalu jauh ke depan, malah sudah menjejak kaki ke Piala Dunia. Ia adalah hasil daripada langkah berani dua negara terbabit memberi pendedahan kepada pemain muda mereka menimba pengalaman pada peringkat tertinggi.
Sistem mereka pun lebih tersusun, memiliki keberanian memberi pendedahan kepada pemain muda mereka menimba pengalaman di negara maju.
Sejak beberapa tahun lalu, saya sentiasa tertanya-tanya kenapa FAM tidak berani menghantar pemain muda berlatih di luar negara untuk satu tempoh yang lama. Memang tidak dinafikan masalah kewangan menjadi punca, tetapi jika ada usaha saya yakin ia boleh diatasi.
Seketika dulu, FAM pernah menghantar pemain berlatih ke luar negara, tetapi setakat menghantar seorang dua pemain, ia tidak berbaloi dan tidak akan membawa perubahan kepada bola sepak negara.
Sepatutnya, langkah untuk menghantar satu pasukan sudah dibuat sejak dulu lagi, bukannya sekarang. Jika ia dibuat lebih awal, mungkin sekarang bola sepak kita sudah melangkah jauh.
Apa pun, belum terlambat untuk berbuat demikian. Langkah menghantar satu pasukan berlatih selama tiga bulan di Slovakia perlu dipandang positif. Ia satu latihan pendedahan yang berguna, lagipun semua pemain berkenaan masih berusia di bawah 21 tahun. Langkah seperti ini boleh membantu membina keyakinan diri mereka serta belajar bagaimana mahu lebih berdaya saing.
Bagi pihak-pihak tertentu yang tidak merestui program ini, janganlah cepat menghukum. Tolong beri budak muda kita peluang menimba pengalaman demi masa depan bola sepak negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
PIALA DUNIA FIT TOUCH 2019 MALAYSIA KUALA LUMPUR, 22 APRIL - Skuad negara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk a...
-
WORLD Cup 2010 is just around the corner. The magazine highlighting on the event is also in the market now. The latest is Panduan Menuju Afr...
-
MALAYSIAN Cub Prix championship or popularly known as Cub Prix amongst local motorsports enthusiasts is back on the track. Actually, it has ...
No comments:
Post a Comment