Monday, April 19, 2010

Tahniah Chan Peng Soon - Goh Liu Ying

TAHNIAH kepada beregu muda negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.
Mereka membuktikan kehebatan selepas merangkul gelaran juara acara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Terbuka Asia (ABC) di New Delhi, India semalam.
Dalam perlawanan akhir, beregu negara itu menewaskan pasangan Korea Selatan, Yoo Yeon Seong-Kim Min Jung 21-17, 20-22,  21-19.
Ini adalah kejayaan pertama buat beregu remaja itu yang sebelum ini belum pernah berjaya melangkah ke pusingan akhir pada mana-mana kejohanan utama.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyi fatkan kejayaan beregu campuran negara itu adalah di luar jangkaan.
Menurutnya, ia merupakan permulaan kepada kebangkitan skuad negara.
“Diharap kejayaan ini akan membuka lembaran baru kepada kemajuan besar bagi skuad badminton negara pada masa akan datang,” kata Ahmad Shabery.
Tahniah sekali lagi kepada Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying!

No comments:

Post a Comment