Monday, April 19, 2010

Tak ada kerja lain ke?

REALLY hate it bila dengar pemimpin sukan bergaduh. Mati sukan beb kalau asyik bergaduh saja.
Kalau nak memimpin persatuan sukan, harus bersedia untuk memajukan sukan. Bukan bercakaran antara satu sama lain. Ketepikan kepentingan diri. Kalau tak boleh, tinggalkan persatuan dan pergi buat hal sendiri.
Paling saya 'menyampah' ialah pergeseran antara pegawai Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dengan Majlis Sukan Negara. Karim Ibrahim (tim.presiden KOAM) punya hal, KOAM dilihat persatuan yang tidak profesional. Karim pula tak henti-henti mencari fasal. Ada saja yang tak kena. Itu salah, ini salah. Kalau hebat sangat, buktikan kehebatan itu untuk pembangunan sukan olahraga. Baru orang respect.Masalah trek pun nak diperbesar-besarkan. Zaman dulu, atlet negara berlari atas padang rumput saja. Mereka tak kecoh pun, tetapi tetap berjaya melangkah ke Sukan Olimpik.
Karim ni macam orang tak sedar diri (itu kata kawan saya baru-baru ini). Kalau dia buat bising kena pada tempatnya okay juga. Daripada dia buat bising tak tentu fasal, elok dia fikirkan program bagaimana mahu melahirkan atlet bertaraf dunia. Itu sepatutunya menjadi keutamaan dia.
I think, if MSN tak bantu KOAM dengan program pembangunan, saya rasa mati sukan olahraga kita.
Kadang-kadang tu kita perlu menghormati orang yang telah banyak membantu kita. Ini yang KOAM perlu sedar. Bergaduh tak membawa kebaikan, sebaliknya akan membunuh sukan itu sendiri. Dari dulu hingga sekarang, ada saja hal yang dicetuskan Karim, sejak zaman 'pemerintahan' Datuk Khalid Yunus lagi.
Sedarlah sikit. Atlet olahraga kita semakin kekurangan. Utamakan pembangunan daripada buat bising tak tentu fasal. Anak kawan saya yang berusia 12 tahun gelak bila terbaca dalam akhbar tentang kerenah Karim yang bergaduh dengan MSN. Dia kata: "Karim ni macam budak kecik. Pemimpin sukan sepatutnya fikir bagaimana untuk membangunkan sukan bukan bergaduh."

No comments:

Post a Comment