NORIZMAN Ismail mencipta sejarah tersendiri pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas AAM di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai, Ahad lalu.
Selain muncul juara bagi kategori CP130, pelumba kelahiran Banting, Selangor ini menghadiahkan kemenangan pertama untuk Honda musim ini.
Norizman mencatatkan masa 14 mi nit dan 6.779 saat untuk menamatkan perlumbaan 15 pusingan itu sekali gus mendahului pelumba Petronas Sprinta Yamaha Raceline, Ha fizh Syahrin Abdullah dengan kelebihan 2.211 saat.
Pelumba Shell Advance Yamaha Maju Motor, Elly Idzlianizar Illias menduduki tempat ketiga (14: 9.097 saat).
Norizman yang bermula dari petak kelima bernasib baik dan menjadi pendahulu selepas beberapa pelumba lain antaranya Ahmad Fazli Sham terjatuh.
“Saya cuba mengelak asakan pelumba lain tanpa menyedari siapa yang cuba memintas saya tetapi sukar untuk saya menjarakkan kedudukan.
“Pada pusingan pertama dan kedua di Alor Setar serta Kluang saya gagal menaiki podium dan akhirnya hari ini, saya berjaya memenangi tempat pertama dalam saingan kategori CP130 ini,” kata pelumba berusia 25 tahun ini.
Ketika ditanya mengenai sasaran pada perlumbaan di Sepang bulan depan, Norizman berkata: “Jentera kami sangat kompetitif sama seperti Yamaha dan setiap pusingan kami mampu membaiki catatan masa.
“Saya yakin aksi kami di Sepang nanti lebih baik selepas kami berjaya menaiki podium pada Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia Pe tronas (ARRC) 2010 bulan lalu.”
Dengan kemenangan itu, Norizman melonjak dari tempat ketujuh ke tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan selepas mengumpul 44 mata, 2 mata di belakang pencabar terdekat, Ahmad Fuad Baharuddin (46 mata).
Manakala Ahmad Fazli Sham masih mengungguli kedudukan teratas dengan 56 mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
Dalam kategori pasukan, Shell Advance Yamaha Maju dan Petronas Sprinta Yamaha AHM berkongsi 81 mata untuk mengungguli kedudukan teratas.
Sementara itu, Hafizh, 16, yang sebelum ini turut menduduki tempat kedua pada pusingan pertama di Alor Setar mengakui sukar memintas Norizman.
Pelumba termuda, Mohd. Ramdan Mohd. Rosli, 14, mengungguli kategori CP115 selepas mencatat masa 11 minit 22.174 saat.
Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha AHM itu bermula pada petak ketiga dan memintas Mohd. Iskandar Raduan, 25, serta Mohd. Rozaiman Mohd. Said, 21, yang masing-masing menduduki tempat ke dua dan ketiga.
Mohd. Iskandar yang mewakili Petronas Sprinta Yamaha Raceline dan Mohd Rozaiman dari pasukan Motul Yamaha YY Pang masing-masing ketinggalan 1.235 dan 2.951 saat.

KEPUTUSAN PUSINGAN 3
Kategori CP130
1. Norizman Ismail (SCK Honda Racing) 14:06.779
2. Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprinta Yamaha Ra celine) 14:08.990
3. Elly Idzlianizar Ilias (Shell Advance Yamaha Maju) 14:09.097
4. Azlan Shah Kamaruzaman (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 14:11.633
5. Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) 11:17.345
Kategori CP115
1. Mohd. Ramdan Mohd. Rosli (Petronas Sprinta Yamaha AHM) 11:22.174
2. Mohd. Iskandar Raduan (Petronas Sprinta Yamaha Ra celine) 11:23.409
3. Mohd. Rozaiman Mohd. Said (Motul Yamaha YY Pang) 11:25.125
4. Zaidy Mohd. Zaifaizal (Motul Yamaha YY Pang) 11:31.105
5. Shahril Izzuwan Md. Noor (Petronas Sprinta Yamaha AHM) 11:31.105s
Kategori Wira
1. Md. Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 9:45.422
2. Ahmad Afif Amran (Modenas Forty One Racing) 9:52.737
3. Md. Syawalluddin Md. Zaki (Modenas Forty One Racing) 9:56.809
4. Zulsyafiz Rosli (MOS Yamaha Racing) 10:03.007
5. Luqman Shakiemi Halim (Modenas Forty One Racing) 10:07.419
KEDUDUKAN KESELURUHAN
Kategori CP130
1. Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) 56 mata
2. Ahmad Fuad Baharudin (Petronas Sprinta Yamaha AHM) 46 mata
3. Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) 44 mata
4. Hafizh Syahrin Abdullah(Petronas Sprinta Yamaha Ra celine) 40 mata

5. Mohd. Zamri Baba (Petronas Sprinta Yamaha AHM) 33 mata
Anugerah Pasukan (CP130)
1. Petronas Sprinta Yamaha AHM - 81 mata
2. Shell Advance Yamaha Maju Motor - 81 mata
3. Petronas Sprinta Yamaha Raceline - 73 mata
Kategori CP115
1. Mohd. Iskandar Raduan (Petronas Sprinta Yamaha Ra celine) 65 mata
2. Md. Ramdan Md. Rosli (Petronas Sprinta Yamaha AHM) 61 mata
3. Mohd. Rozaiman Md. Said (Motul Yamaha YY Pang) 42 mata
4. Sharil Izzuwan Md. Noor (Petronas Sprinta Yamaha AHM) 31 mata
5. Md. Adli Salihin (Motul Yamaha YY Pang) 28 mata
Anugerah Pasukan (CP115)
1. Petronas Sprinta Yamaha AHM - 92 mata
2. PetronaS Sprinta Yamaha Raceline - 78 mata
3. Motul Yamaha YY Pang - 52 mata
Kategori Wira
1. Md. Syawalludin Md. Zaki (Modenas Forty One Racing) 49 mata
2. Md. Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang) 41 mata
3. Md. Firti Ashraf Razali (Caviaga Racing) 41 mata
4. Amirul Hafiq Md Azmi (MOS Yamaha Racing) 33 mata
5. Md. Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 25 mata
Gambar (atas): Pose untuk peminat daripada 'Awek Tanjung' di Stadium Batu Kawan ketika berlangsungnya Pusingan 3 saingan Cub Prix pada 9 Mei lalu.
Gambar 2: Aksi Ramdan ketika menjuarai kategori CP115.

memang syok tengok race kat Batu Kawan....kejutan sentiasa berlaku dan penuh dengan pelbagai drama rider crash
ReplyDeletehonda gegarkan batu kawan..ia nya bukan nasib tapi ketekunan boss sck yang telah memberi poduim akhirnya juga..
ReplyDeleteCub prix best giler.....dah live lagi best!!! gue tabik u!
ReplyDeletetahniah Honda..u all ada memang ada kelas...lepas ni kena tawan sepang pula. modenas pun nampak hebat. baru ada challenge dengan yamaha. bila ada challenge macam ni, baru syok tengok ada fight.
ReplyDelete