Sukan pemotoran (meskipun dianggap sukan kelas kedua oleh sesetengah pihak) adalah antara sukan yang cukup popular di pentas antarabangsa. Misalnya F1 mahupun MotoGP. Ia mempunyai pengikut paling ramai, lagipun akan sentiasa dianjurkan setiap tahun. Kita seharusnya mengambil peluang daripada popularitinya, yang saya lihat boleh menjulang nama negara di persada antarabangsa. Kenapa saya katakan potensi sukan pemotoran khsuusnya, perlumbaan motosikal boleh pergi jauh? Saya mengambil contoh sukan lumba basikal. Satu ketika dulu, sukan lumba basikal tidak begitu diberi perhatian, tetapi apabila kerajaan mula campur tangan untuk membangunkan sukan ini, kita sudah mampu melahirkan juara dunia seperti Mohd. Azizulhasni Awang. Jika Azizulhasni tidak dihantar berlatih di luar negara, dia tidak mungkin boleh menggegar dunia.
Begitu juga dengan perlumbaan motosikal. Kita mempunyai ramai pelumba yang hebat dan berbakat, tetapi bakat yang ada pada mereka itu tidak didedahkan sepenuhnya untuk menggegar dunia. Cuma tahun ini, kita sekurang-kurang berbangga kerana ada Zulfahmi bersaing dalam MotoGP. Saya yakin Zulfahmi akan lebih menyerlah jika dia terus diberi peluang beraksi dalam perlumbaan paling berprestij itu.
Di peringkat tempatan pula, Kejuaraan Cub Prix dilihat landasan paling baik untuk mengesan bakat dan produk daripada kejuaraan ini seharusnya digilap dan diberi pendedahan sehingga ke peringkat MotoGP. Memang kewangan akan menjadi masalah, tetapi jika kita mempunyai keberanian untuk memberi pendedahan kepada mereka, saya yakin syarikat antarabangsa akan tampil menjadi penaja.
Dalam saingan Cub Prix, ramai pelumba yang saya lihat boleh pergi jauh. Antaranya, Mohd. Zamri Baba, Ramdan, Norizman, Elly, Fazli Sham dan ramai lagi. Jika mereka diberi pendedahan seperti mana pendedahan untuk ahli sukan lain, barisan pelumba ini akan lebih dulu boleh menghadiahkan kejayaan kepada negara.
Saya juga cadangkan agar pasukan-pasukan gergasi dalam saingan Cub Prix seperti Motul YY Pang dan yang lainnya mengambil langkah positif dengan membawa pelumba mereka berlatih di luar negara bagi mengembangkan lagi teknik serta keyakinan mereka. Mungkin ia boleh dibuat ketika berakhirnya saingan Cub Prix pada setiap musim. Langkah seperti ini saya lihat akan menjadi insentif kepada pelumba tempatan agar lebih berdaya saing serta bersikap profesioanl sekali gus menjadikan kejuraan tempatan lebih menarik dan hebat.
Kalau boleh, pada setiap tahun kita perlu menghantar seorang pelumba bersaing dalam MotoGP dan dia hendaklah dipilh di kalangan yang terbaik dalam saingan Cub Prix. Setiap tahun perlu ada langkah seperti ini. Sekurang-kurangnya, pelumba kita ada sesuatu untuk diburu dalam karier mereka. Tiada yang mustahil jika ada usaha ke arah itu. Pastikan, lebih ramai pelumba tempatan yang akan menemani Zulfahmi dalam perlumbaan peringkat dunia selepas ini.
Keterangan gambar: 1 (atas) Warga sukan pemotoran tempatan berganding bahu untuk merealisasikan impian menghantar pelumba beraksi dalam MotoGP.
Gambar 2: Aksi serta keberanian yang dipamerkan oleh pelumba tempatan dalam saingan Cub Prix.
Gambar 3: Bersikap profesional dan yakin ketika bersedia di garisan permulaan untuk memulakan saingan.
Gambar 4: Tenaga yang menggerakkan sukan pemotoran tempatan.
moga2 thn depan ada pelumba Cub Prix ke MotoGP
ReplyDeletedah ada pun ke GP, tapi yang malang kurang sokongan dari Kerajaan! Sukan extreme ini masanya sekarang, kerajaan harus bangun dan menyedari faktor ini, asyik asyik buat programme yg tak berkene
ReplyDeleteMemang betul, kerajaan harus seimbangkan pembangunan sukan...dan sukan pemotoran khususnya perlumbaan motosikal ada potensi untuk mencipta nama di pentas dunia. Yang penting ada sokongan. pelumba tempatan ada keberanian dan tidak kurang hebatnya. cuma kurang pendedahan di pentas antarabangsa. Kita juga berharap setiap tahun harus ada pelumba kita didedah dalam MotoGP. saya ihat pelumba muda seperti ramdan, hafizh dan yang liannya ada potensi.
ReplyDelete