Thursday, October 22, 2009

Bola sepak buatan Malaysia...

MEMANG seronok bila bercakap tentang bola sepak. Tidak hairan kenapa ia dilabel acara sukan No.1 di muka bumi.
Bila bab bola sepak, pastinya kehebatan Manchester United menjadi topik hangat untuk dibicarakan walau di mana sekali pun.
Bila United tewas pada perlawanan Liga Perdana England, satu dunia kecewa. Saya ingatkan hanya masyarakat Manchester sahaja yang kecewa, rupa-rupanya seantero dunia termasuk di Malaysia.United kalah, penyokongnya mahu pun di Malaysia, tidak akan mengutuk prestasi skuad dari Old Trafford itu sebaliknya sanggup memuji dan mengungkapkan kata-kata penuh semangat. Begitu hebat pengaruh United di kalangan peminat bola sepak global.
Bagaimana pula dengan bola sepak Malaysia? Adakah peminat tempatan akan berbuat sedemikian seperti mana mereka menyanjungi United.Yang pasti, bola sepak Malaysia sekadar menjadi bahan kritikan dan kutukan.
Pujian memang tiada langsung. Andai tewas pada pertandingan, 'sebakul' maki hamun dilemparkan kepada pemain dan FAM.
Mungkin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menerima maki hamun daripada peminat tempatan ini secara terbuka. Maki hamun ini membawa maksud yang sangat jelas - peminat mahu melihat bola sepak Malaysia sehebat United agar mereka bangga apabila menjadi penyokong.
FAM peru mengakui bahawa mereka telah gagal dengan tanggungjawab untuk membangunkan bola sepak ke tahap yang paling cemerlang. ( Sukan SEA pun tak lepas...). Sepanjang saya membabitkan diri dalam kewartawanan sukan, saya belum lagi melihat skuad bola sepak negara meraih kejayaan di persada antarabangsa. Jurulatih bersilih ganti, program pembangunan sudah 1001 satu macam, liga memasuki era profesional tetapi prestasi masih di takuk lama. Adakah program yang dijalankan itu untuk kebaikan bola sepak atau untuk kebaikan peribadi?
Projek skuad Barcelona92, projek Piala Dunia Remaja 1997 dan pelbagai lagi...semuanya tidak membuahkan hasil. Pemain yang dilahirkan daripada projek-projek ini bagaikan masih belum faham apa itu bola sepak. Rentak permainan mereka tidak ubah seperti orang yang baru mengenal sukan No. 1 negara itu.
Terbaru, Harimau Muda pula diperkenalkan. Hala tujunya masih menjadi persoalan...tetapi yang pasti ia satu pembaziran masa dan wang....mungkin ia diwujudkan bagi menunjukkan FAM buat kerja. Percayalah, masa depan skuad Harimau Muda ini akan mengalami masalah yang sama seperti mana projek-projek terdahulu.
Mereka juga bakal menemui kegagalan dalam karier masing-masing seperti mana nasib pemain-pemain dalam skuad projek terdahulu.
Kita banyak meniru gaya program pembangunan bola sepak Eropah, tetapi mentaliti pemain tidak dididik ke arah itu.
Mungkin FAM perlu tanya diri sendiri, ke mana haluan pemain asuhan mereka selepas ini? Beraksi dalam Liga Perdana England atau Liga Perdana Malaysia? Kalau setakat Liga Perdana Malaysia, tidak perlu program pembangunan, Liga Piala Menteri Pelajaran 100Plus sudah cukup untuk mendedahkan mereka.
Pemilihan skuad kebangsaan pula satu hal. Senarai pemain sudah ada dan langkah ini mematikan terus bakat lain dalam Liga Malaysia untuk menonjolkan bakat masing-masing.
Ketika zaman kegemilangan bola sepak negara satu ketika dulu, cara pemilihannya berbeza. Pemain yang dipilih akan diumum sebaik pertandingan Piala Malaysia berakhir. Yang dipanggil hanya yang terbaik daripada pertandigan tersebut. (Dulu hanya Piala Malaysia sahaja yang ada tidak seperti sekarang, sepanjang tahun ada pertandingan - Liga M tetapi pemain berkualiti semakin sukar dikesan). Sebab itulah zaman dulu, semua pemain bekerja keras untuk menonjolkan bakat masing-masing dengan harapan dipilih menganggotai skuad negara. Sekarang, siapa yang bakal menyarung jersi skuad kebangsaan sudah diketahui dan akibatnya, bakat yang lain tidak mendapat tempat. Walaupun pemain yang sudah tersenarai dalam skuad kebangsaan itu beraksi hambar dalam liga tempatan tetapi dia tetap dipanggil. Begitulah trend pemilihan sekarang dan budaya ini dilihat telah mematikan minat bakat lain untuk bekerja keras. Aibatnya, persaingan liga tempatan kurang seronok kerana pemain lain tiada matlamat tertentu untuk diburu.
Mungkin elok FAM kembali dengan cara pemilihan zaman dulu agar semua pemain yang terlibat dalam liga tempatan sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan prestasi masing-masing bagi merebut tempat dalam skuad negara. Mentaliti pemain sudah tidak meletakkan sasaran untuk menyarung jersi kebangsaan kerana mereka tahu sudah tiada tempat bagi mereka dalam skuad negara. Bila skuad kebangsaan mencatat kegagalan pada pertandingan peringkat antarabangsa, alasan yang sering diutarakan ialah Malaysia tidak memiliki pemain. Sebenanrya, semangat pemain itu sudah mati dengan gaya pemilihan yang diamalkan sekarang. Mereka fikirkan tidak perlu bekerja keras kerana tiada sasaran untuk diburu. Cukup sekadar mengekalkan prestasi yang bersesuaian dengan mutu liga tempatan. Bila FAM perkenalkan projek baru pula, kenyataan mereka terhadap sasaran, sama sahaja. "Kita tidak boleh mengharapkan 'instant result' , beri kami masa lima tahun untuk memantapkan skuad ini." Begitulah yang sering diutarakan dan 20 tahun dulu, kenyataan yang sama juga dinyatakan dan sekarang hasilnya masih belum kelihatan. Yang pasti, rugi wang dan masa. Jika beginilah trendnya, bola sepak Malaysia akan terus berada di takuk lama. Usah mimpi untuk menjejak kaki ke Piala Dunia jika program yang dijalankan terus menerus menemui kebuntuan. Hasrat beraksi dalam Piala Dunia hanya akan tercapai SEKIRANYA MALAYSIA MENJADI TUAN RUMAH. Ayuh FAM, kembalikanlah kegemilangan bola sepak negara.

Wednesday, October 7, 2009

Respect our privacy please...

THE Bagan Pinang by election is heating up. Campaigning is going on very aggresive - be it through meet the people sessions, blogs, emails as well as through SMS.  Well, there's nothing wrong with the campaigning and how they are going to do it, as long as it was organised in a peacefull manner. But at the same time, please respect our privacy especially giving infomation to votters through SMS. I don't really like the way they sent information through SMS. (and i got no idea from where they get all our hp numbers)..the worst things is that they even sent it to me after midnight which i consider as - NOT A VERY HEALTY MOVE. I taught, it's only me who received the SMS but also few of my friends.. they also received the same SMS after mdnight. One of my friends said, the SMS disturbed their privacy. "I got shocked to receive informations on Bagan Pinang by election at 2.30am in the morning. I was in deep sleep because need to wake up early the next day to go to work...but those SMS came in at that hour and disturbed my 'resting hours. I woke up because I taught it's emergency cases," said one of my friends who hailed from Port Dickson. He said, it's almost every night and he doesn't know how to block the sender. "Disturbed my privacylah..," he added.
Yesterday, we received same SMS after midnight and it really make us 'naik angin'. Then, one of my friends made up his mind not to turn up during the polling day. (reason is because he got feed up with the SMS which dusturbed his 'resting hours').."I don't mind what they are going to do throughout the campaining period but do not disturbed with midnight SMS," said my friend.
Well, nothing wrong sending SMS to heat up the campaign (to update us on the latest news) but please get it done at the right time. Not after midnight please...simple mistake can spoilt the whole things. Respect people sensitivity and most important thing, get the right time to get the job done. Learned how to respect people's privacy....No more such SMS after midnight please!!!.  

Monday, October 5, 2009

Piala Malaysia 2009

SAINGAN Piala Malaysia bagi musim 2009 semakin rancak. Tiga perlawanan sudah berlalu.Pada Sabtu lalu, beberapa keputusan menarik dicatat dan yang menarik perhatian saya ialah keputusan di Kangar, Perlis yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan berstatus kelab, KL Plus. Bukan mudah untuk melakar kemenangan di gelanggang Singa Utara itu tetapi KL Plus mampu melakukannya apabila menang 2-1. Apa sudah jadi dengan anak-anak buah Irfan Bakti? Kemenangan itu turut meletakkan Kl Plus berada di puncak Kumpulan A dengan tujuh mata. Mereka masih ada baki tiga perlawanan lagi untuk diharungi dan skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu dilihat tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke psuingan suku akhir. Begitupun, mereka perlu mengekalkan momentum cemerlang untuk terus selesa memimpin kedudukan. Jika leka, padah akan menimpa mereka. Perlis hilang rentak pada perlawanan itu dan Irfan menganggap ia sebagai malam yang serba tidak menjadi.
Negeri Sembilan pula mendahului saingan Kumpulan B dengan sembilan mata selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut. Johor FC yang dikejutkan oleh Perak di halaman sendiri Sabtu lalu, mengetuai kedudukan dalam Kumpulan C dengan enam mata. Perak yang berada di tangga kedua turut meraih enam mata.
Kumpulan D menyaksikan Selangor terus mempamerkan  reputasi sebagai juara Liga Super. Skuad kendalian K. Devan itu kini mendahului kedudukan dengan sembilan mata diikuti KM Naza yang meraih tiga mata. Saingan dalam kumpulan ini masih terbuka memandangkan Sabah dan PDRM turut meraih tiga mata.Perebutan untuk tempat kedua kumpulan akan menjadi persaingan antara tiga pasukan terbabit.
Kelantan nampaknya terus garang. Sentuhan bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan telah membawa nafas baru kepada skuad yang mendapat jolokan Wira Merah itu. Kelantan kini selesa di puncak kumpulan dengan sembilan mata sementara Pulau Pinang di tempat kedua dengan empat mata. Apa yang mengejutkan saya pada saingan kali ini ialah prestasi Kedah, selaku juara treble. Kedah nampaknya masih belum menemui rentak sebenar. Prestasi mereka merudum dengan ketara lebih-lebih lagi selepas kehilangan penggempur utama mereka,  Khyril Muhymeen yang terpaksa melupakan terus saingan Piala Malaysia akibat kecederaan. Penggantinya masih belum mampu untuk memegang watak sebagai penggempur. Ia jelas memeningkan jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah kerana setiap percaturan yang dilakukannya tidak menampakkan sebarang kesan. Ada juga yang mengatakan, sengat Kedah hilang selepas khidmat pemain import dimansuhkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim ini. Peminat mereka kata, Kedah sebelum ini terlalu mengharapkan sentuhan Marlon Alex James dan tanpa Marlon, pemain tempatan bagaikan hilang arah. Mungkin padangan itu betul atau sebaliknya. Apa yang pasti, Kedah musim ini mengalami kesukaran untuk mendapatkan pemain baru bagi memenuhi perancangan jurulatih. Harapan Azraai untuk meminjam pemain daripada kelab lain pada siangan Piala Malaysia juga menemui kegagalan. Dia tiada pilihan selain meneruskan saingan dengan pemain yang ada dalam pasukan. Semalam, MB Kedah dilaporkan kecewa dengan prestasi skuad Kedah. Persoalannya, adakah dia mengetahui masalah yang dihadapi dalam skuad bimbingan Azraai itu sekarang? Kedah kekurangan pemain dan Azraai telah memohon untuk mendapatkan pemain pinjaman tetapi tak dipenuhi. Kalau kecewa, kena turun padang dan tanya Azraai apa yang sedang melanda pasukan sekarang. Kalau kecewa, kena bertindak segera untuk mengatasinya.  

Champion of the day (Sunday)

FORMULA One race saw Red Bull driver, Sebastian Vettel stepped to the main podium after an outstanding performance at China Grand Prix. He won the race ahead of Italian, Jarno Trulli (Toyota). McLaren's Lewis Hamilton who stood tall at Singapore GP last week, finished third.
THE Malaysia Open Tennis Championship title was grabbed by Russian, Nikolay Davydenko.
IN the local scene, veteran rider, Ahmad Zamani Baharuddin stamped his mark at the Malaysia Super Series (MSS) Race in Sepang. He won the Superbike category.
THE Malaysian junior hockey team also brought cheers to the country. They emerged champion at the South east Asian (SEA) Championship which ended in Bangkok yesterday. That a good sign for hockey.

Event of the month

THE Bagan Pinang by election in Negeri Sembilan will be the main event of the month.
Veteran and experienced politician, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (picture) is making a comeback. He will be facing PAS candidate, Zulkefly Mohamad Omar in a 'one-to-one' fight. Is Isa going to win? I think, it's going to be a 50-50 chances. My fellow friends in the constituency told me that it's going to be a tough affair. Both have followers and the winner will mostly be decided by young voters. According to an old friend there, UMNO seems to neglect the interest of the youngsters lately. He said youngsters doesn't care what the rulling party are doing for the country, but the trend now is they (youngsters) need attention. (I don't know what type of attention these youngsters needed...). Opposition are tackling the youngsters well because they felt that at the end of the day, these are the group who will decide the winner. Maybe, 'orang lama' in the constituency will go for UMNO, but the population of the 'orang lama' votters has been decreasing. Youngsters (mostly young votters) are increasing and they can anytime switch their votes to the candidate they want to. Bared in mind, youngsters mind are unpredictable. Today they said this, tomorrow, they will said that. So, those concerned (especially UMNO) need to find ways to influence these group to be loyal because they are the future votters. Good example is that, one 'mat rempit' will say: I don't want to go for street racing anymore. But two days later, he changed his mind and started doing it again. These are common attitude amongst our youngsters now. They are also votters and they can always do the same thing when they turned up to cast their votes. Did UMNO ever think of these - bringing youngsters together and installed them with the right attitude to be loyal to the party.

Recenltly, when I was in Port Dickson, I stopped at a food stall near the Petronas Petrol Station there. I have a quick teh tarik with my friends accompanied with few pieces of keropok lekor. There's a group of youngsters on the next table (about 15 of them). One of their conversations caught my attention and i put on my ears. They said: "Apa lah Malaysia ni, asyik ada pilihan raya kecil sahaja. Tapi best juga kita boleh buat kerja part time pasang poster. Sapa bagi gaji lebih kita undi dia lah...(their conversation sound more interesting and I keep listening). They continued: "Kau sudah mendaftar tak? (the A guy asked his fellow friends). His friends replied: Kita semua sudah mendaftar lah....Kita undi lah orang yang bagi kita kerja pasang poster." Then one guy 'mencelah': "Dulu pun aku pasang poster untuk BN, tapi 'towkay' kita orang tipu lah. Janji nak bagi 25 ringgit, tapi lepas tu dia bagi kita orang 10 ringgit. 'Towkay' tu kata, BN dah potong peruntukan awal untuk gaji. BN kah 'towkay' yang potong, said another guy. The guy said he don't know and during the votting day he said, they gave their votes to the opposition. It's really sound interesting and i was thinking either the BN leaders are aware of these ' dirty play' by the person they entrusted to do the job. Then we left Port Dickson. On our way back to Kuala Lumpur, i told my firend, even a group of 'Mat rempit' also talked about politic when it comes to election. They also aware about 'dirty play' by third parties entrusted by BN candidates to do a small job. I feel that these kind of 'dirty play' by 'orang kanan' BN candidates can also spoilt the reputation of the candidates and it will lead to a defeat.
If these happened again in Bagan Pinang by election, Isa can say good bye to his political career. Isa need to monitor the activities of his 'orang kanan' througout the campaining period. Wrong move will spoilt the whole party. If isa win, that mean there's room for UMNO to regain trust from the people. If Isa lost, its time to do rebranding. Past by election saw all the BN candidates failed. Bagan Pinang?....just wait and see...