Tuesday, June 5, 2012
Terengganu hasrat lahir pelumba berwibawa
SELEPAS kejayaan melahirkan atlet berbasikal bertaraf dunia, kerajaan negeri Terengganu kini berhasrat menggilap bintang dalam sukan pemotoran melalui beberapa program yang akan dijalankan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dicapai memandangkan ramai remaja Terengganu dilihat cenderung ke arah bidang tersebut.
“Kita harap melalui program yang akan kita rancang nanti akan lahirlah jaguh dalam perlumbaan motosikal untuk negara pada masa depan,” katanya pada sidang media sempena Program Evolusi Remaja (Evolusi R) di Kuala Terengganu semalam.
Bagi merealisasikan misi tersebut, Ahmad berkata, kerajaan negeri berusaha membawa beberapa bekas pelumba motosikal negara ke Terengganu bagi mendekati golongan remaja yang yang berminat dalam bidang sukan tersebut.
Menurutnya, langkah itu juga diharap dapat menangani isu remaja berpeleseran menjadi jaguh kampung dengan terbabit dalam aksi lumba haram.
“Nak jadi pelumba, perkara penting sekali ialah mendisiplinkan diri, bekerja keras, mengikut undang- undang dan lain- lain lagi, barulah boleh berjaya,” katanya.
Beliau berkata, Program Evolusi R bertujuan menghimpunkan ‘mat motor’ di Terengganu bagi didedahkan dengan kesedaran menjadi penunggang motosikal yang berdisiplin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
MALAYSIAN Cub Prix championship or popularly known as Cub Prix amongst local motorsports enthusiasts is back on the track. Actually, it has ...
-
ADIB terlepas aksi di Sepang gara-gara kecederaan. TENGKU AMIRUL GANTI ADIB DI ARRC SEPANG KUALA LUMPUR, 16 Sept – “Saya agak sedih ...
-
PIALA DUNIA FIT TOUCH 2019 MALAYSIA KUALA LUMPUR, 22 APRIL - Skuad negara kini sudah bersedia untuk berdepan dengan apa juga bentuk a...
No comments:
Post a Comment