Saturday, April 13, 2019

AWAS KEBANGKITAN YAMAHA



13 APRIL 2019 - Jentera Yamaha nampaknya kembali memperlihatkan taring sebenar.
Ia terbukti ketika barisan pelumba yang menunggang jentera Yamaha melakukan catatan terpantas padaa sesi kelayakan kelas CP150 di pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini.
Pada pusingan pembuka tirai di Jasin, Melaka, 18 Mac lalu, jentera Yamaha kurang menyerlah kerana saingan bagi kelas tersebut di kuasai jentera Honda.
Kebangkitan jentera Yamaha di Batu Kawan itu, pasti menjanjikan saingan sengit dalam misi untuk mengatasi kekecewaan pada aksi pembuka tirai di Jasin sebelum ini.
Pada sesi kelayakan hari ini, pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ, Ahmad Afif Amran bangkit untuk menebus kehampaan sewaktu pusingan pembukaan apabila berjaya mencatat masa terpantas kelas CP150.
Afif mencatat masa terpantas 52.310 saat (s) yang dilakukan pada lap kelapan diikuti Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsports Yamaha Racing) mencatat masa kedua terpantas dengan catatan 52.413s, sekaligus membawa dua jentera Yamaha untuk mendahului pusinngan kelayakan.
Naib juara pusingan lepas, Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) terus memberikan cabaran apabila mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 52.493s manakala juara pusingan pembukaan, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) berada di kedudukan keempat terpantas dengan catatan 52.559s.
“Kegagalan menaiki podium di Melaka memberi sedikit kesan kepada kami. Litar di Jasin memberi banyak kelebihan kepada Honda namun berbeza di Batu Kawan yang kelihatan seimbang buat kedua-dua jentera,” jelas juara keseluruhan musim 2018 itu.
Tambahnya: “Sesi kelayakan ini sangat penting dan sebagai pelumba terpantas, saya merupakan pelumba terakhir yang keluar ketika sesi kelayakan Superpole esok. Ia memberi sedikit kelebihan kepada saya kerana mempunyai lebih masa untuk melihat dan mengkaji bagaimana aksi pelumba lain sebelum saya keluar ke litar".
Sementara itu, Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) berjaya mencatat masa terpantas sesi kelayakan kelas CP115 dengan catatan masa 54.433s manakala Md Aliff Danial M Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing bakal memulakan perlumbaan akhir kategori WIRA dari petak pertama setelah muncul pelumba terpantas sesi Shootout dengan catatan masa 55.753s

CP150 – PUSINGAN KELAYAKAN
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 52.310s
2 Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 52.413s
3 Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 52.493s
4 Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 52.559s
5 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) ONEXOX TKKR SAG Team 52.597s

CP115 – PUSINGAN KELAYAKAN
1 Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 54.433s
2 Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 54.504s
3 Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 54.569s
4 Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 54.745s
5 Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 54.904s

WIRA - Shootout
1 Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing 55.753s
2 Daniel El Fahim Harris El Hadi (PNG) AFB TECH Racing 55.915s
3 Md Izham Hanafi Amran (TRG) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 55.948s
4 Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing 55.949s
5 Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Motorsports 55.953s

No comments:

Post a Comment