Friday, March 19, 2010

Ganga OUT...

MALAYSIA Badminton Association (BAM) Secretary, Ganga Rao suspended with immidiate effect. I think, that the way it should be if he no longer contribute. The best way is - OUT. Tak guna simpan orang yang mengutamakan personal interest dalam persatuan sukan. Lama-lama sukan itu akan mati. Belajarlah daripada politik dalaman yang berlaku dalam Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU). Apa jadi dengan MAAU? Kesatuan tetap ada, tapi programnya 'mati'. Semuanya gara-gara konflik dalaman kerana sikap individu yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi. Persatuan sukan bukan tempat untuk berpolitik.

Thursday, March 18, 2010

FAM, H. Metro dan Slovakia...

  MUNGKIN Harian Metro sudah mendapat gambaran mengenai dakwaan mereka terhadap langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar skuad bawah 21 negara (B-21) - Harimau Muda ke Slovakia selepas mendapat penjelasan daripada pihak ULK Slovakia.
Atau mungkin akhbar berkenaan ada lagi andaian lain dalam misi mereka memusnahkan program pembangunan FAM.
Berikut penjelasan Slovakia menerusi kenyataan yang dihantar kepada FAM pada 16 Mac bagi menyelesaikan kekeliruan. Kenyataan tersebut diedarkan kepada semua media oleh FAM semalam.
The statement sound like this (below):


“KAMI tidak mahu bola sepak Slovakia dipandang rendah.
“Kami adalah antara pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010, pertama kali sejak kami menjadi sebuah negara yang merdeka pada 1993.”
Demikian penjelasan Pengarah Liga I, ULK Slovakia, Peter Dedik dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
Kenyataan tersebut bertarikh 16 Mac 2010.
Dedik mengeluarkan kenyataan tersebut kerana mereka merasakan turut terkena tempias ekoran dakwaan pihak tertentu berhubung isu skuad Bawah 21 tahun (B-21 negara), Harimau Muda.
Menurutnya, mereka berasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak media di Malaysia yang mempersoalkan status penyertaan skuad B-21 negara dalam baki saingan Liga I bagi musim 2009/10.
“Biarpun secara dasarnya ia adalah isu dalaman antara FAM dan pihak media Malaysia, kami juga tidak terlepas dalam hal ini kerana ia melibatkan tahap Liga Slovakia yang turut dipersoalkan.”
Jelas Dedik, meskipun mereka tidak berhasrat untuk terseret sama dalam kontroversi yang berlaku, kenyataan ULK Slovakia itu adalah semata-mata untuk memberi penjelasan tentang isu tersebut.
“Kami mahu jelaskan bahawa semua kelab di bawah ULK Slovakia adalah bertanggungjawab sepenuhnya serta mengambil pendekatan profesional dalam setiap perlawanan menentang skuad B-21 Malaysia ini.
“Tidak kira sama ada ia dianggap sebagai perlawanan kompetitif atau perlawanan persahabatan.
“Kami tidak akan mengambil sikap mempersendakan perlawanan tersebut dan ia jelas dilihat dengan kelab yang telah menentang skuad B-21 Malaysia apabila mereka tampil dengan aksi terbaik dan bukannya sambil lewa,” kata Dedik.
Selepas mengharungi tiga perlawanan sejak 27 Februari lalu, Harimau Muda A masih mencari kemenangan sulung setelah tewas 1-4 kepada Slovan Duslo Sala, tewas 0-2 kepada MFK Ruzomberok B dan tewas 0-3 kepada MFK Zemplin Michalovce, Sabtu lalu.
Perlawanan keempat Sabtu ini bakal menyaksikan anak-anak buah Azraai Khor Abdullah itu menentang MFK Zemplin Michalovce di gelanggang lawan.
Kenyataan Dedik itu seharusnya dipandang serius oleh pihak tertentu.
Andai penjelasan FAM Isnin lalu masih belum memuaskan hati, kenyataan daripada Kesatuan Kelab-Kelab Liga (ULK) Slovakia diharapkan dapat membuka mata semua dan pengakuan ULK membuktikan bahawa misi skuad B-21 ke sana bukanlah pergi ‘makan angin’ seperti yang didakwa.

Tuesday, March 16, 2010

Lucas the worst player I ever seen at Anfield

LIVERPOOL were at a class of their own yesterday. They demolished Portsmouth 4-1 at Anfield.
It was the best from the The Reds so far after a sluggish performance in their Europa League campaign against France outfit last week
I felt that manager, Rafael Benitez spoilt Liverpool's fine run in the Premier League this season. It's not a question of players running out of form, injured or what so ever. It was Benitez fault. As an experienced manager he should know who should be fielded in the starting eleven.
I can't understand why he gave too much priority to Lucas - a player with zero idea whom I described as spoling the whole game plan in the team.
In their last three matches, Gerrard as well as  Fernando Torres seem to be not happy when Lucas was in the starting eleven. They were not enjoying their game.
Last night, Gerrard and Torres were totally a different kind of players. They displayed their class with fantastic moves - fitting well with Alberto Aquilani (picture) and Babel.
The match against Portsmouth was the best performance by Liverpool. Aquilani and Babel brought a different.
Really hope Benitez to open his eyes especially with the difference brought by Aquilani in the starting eleven.
No more Lucas please. Useless player I ever seen at Anfield.

Futsal Hidup Bola Milo makin rancak


KARNIVAL Futsal Hidup Bola Milo 2010 yang membuka tirainya di Sports Planet Ampang pada 21 Februari lalu kini semakin rancak.
Karnival yang mempertandingkan dua kategori, bawah 12 dan 16 tahun itu itu kini sudah memasuki pusingan keempat di mana Pahang menjadi destinasinya pada 6 Mac lalu.
Sebelum Pahang, ia singgah di Terengganu yang menjadi tuan rumah pusingan ketiga yang berlangsung di MasterCaff Indoor, Paka pada 4 Mac lalu.
Yang pasti saingan tetap menarik dan setiap pasukan yang mewarnai karnival ini tampil dengan semangat yang tinggi untuk memburu kemenangan.
Kemenangan pula akan menjamin tempat kepada mereka untuk beraksi pada pusingan Grand Final di Selangor pada 23 mei depan.
Sebanyak 32 pasukan untuk setiap kategori dicari di 14 destinasi yang menjadi persinggahan karnival musim 2010 ini.
Kuota untuk setiap negeri (layak ke grand final) ialah dua pasukan untuk kategori bawah 12 tahun dan dua untuk bawah 16 kecuali Kuala Lumpur dan Selangor yang masing-masingnya memperuntukkan empat pasukan dalam setiap kategori.
Selepas tiga pusingan, karnival ini sudah mengenalpasti 16 pasukan yang telah mengesahkan tempat ke grand final.
Pada aksi pusingan keempat di Arena Ria Futsal Kuantan baru-baru ini, pasukan dari Johor, Stylo Mylo muncul juara kategori Bawah 12 tahun selepas membenam cabaran wakil tuan rumah, Tasma Junior 2-1.
Court Soccer FC dari Kuala Lumpur pula muncul juara bagi kategori bawah 16 apabila menang mudah 5-0 ke atas wakil tuan rumah, Kelab Rakan Muda (KRM) FC.
Ini bermakna, empat pasukan tersebut akan mewakili Pahang ke pusingan Grand Funal kelak.
Pada pusingan ketiga Di Terengganu, pasukan Sharmi Sports, Tunas Falcoa (TF) FC, A & B Sports FC dan KRT (Kelab Rukun Tetangga) Junior FC masing-masing menempa nama selaku kumpulan pertama mewakili Pantai Timur Grand Final kelak bagi kategori bwah 12 dan 16 tahun.
Mereka merupakan finalis bagi kedua-dua kategori tersebut.
Di Sarawak pula yang menjadi tuan rumah pusingan kedua menyaksikan pasukan JUCEL Experience FC dan Chameleon FC mara ke Grand Final bagi kategori bawah 16 tahun sementara bawah 12 pula menyaksikan kemaraan pasukan Adiqa Junior dan Kampung Tupong Tengah (KTT) Junior.
Pusingan pertama yang berlangsung di Sports Planet Ampang, menjadi milik pasukan Remaja Semangat Pejuang FC, Misai FC, Manzo Junior FC dan Jerung FC (bawah 16) sementara pasukan yang layak bagi kategori bawah 12 ialah pasukan Perantau FC, Bakat Kelantan, Junior FC dan Kami Bukan Kanak-Kanak FC.
Karnival Futsal Milo Hidup Bola ini akan diadakan di setiap negeri meliputi 14 pusingan setiap minggu untuk kategori lelaki bawah 12 dan 16 tahun manakala kategori wanita terbuka pula hanya akan diadakan di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
Acara kemuncak, Grand Final akan menjadi taruhan 32 pasukan terbaik lelaki bawah 12 dan 16 tahun manakala 12 pasukan terbaik wanita akan berebut hadiah utama Grand Final pada 12 Jun ini.
Menurut Pengurus Pemasaran Sukan Milo, Ng Ping Loong, pihaknya gembira dengan respons terhadap permulaan Karnival Futsal Milo Hidup Bola tahun ini.
“Objektif kami adalah untuk menyediakan peluang buat peserta untuk membuktikan keupayaan mereka bermain futsal dalam suasana kompetitif, mempromosikan perpaduan melalui sukan dan menggalakkan peserta mencari kenalan baru.
“Pihak kami turut gembira dengan sambutan ‘panas’ daripada peserta terutama kategori wanita terbuka yang melebihi sasaran awal kami.
“Pada masa sama, kami turut gembira kerana Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mengiktiraf usaha kami ini dan berusaha untuk mencari bakat baru futsal pada aksi Grand Final nanti untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan,” katanya.
Juara bagi setiap kategori peringkat negeri akan menerima hadiah wang tunai RM800 berserta hadiah iringan diikuti RM600 untuk naib juara sementara tempat ketiga dan kemepat masing-masingnya menerima RM400.
Pusingan Grand Final pula menawarkan hadiah lumayan iaitu RM15,000 untuk juara, RM10,000 (naib juara) dan RM7,000 untuk tempat ketiga dan keempat.
Penaja utama karnival yang diilhamkan oleh Dina Sports ini sudah pastinya Milo dengan kerjasama Figos.
Pusingan kelima karnival ini akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Mac ini.
Setakat ini, 20 pasukan sudah mengesahkan slot ke pusingan Grand Final iaitu 10 pasukan untuk kategori bawah 16 dan 10 pasukan lagi untuk kategori bawah 12 tahun.

Monday, March 15, 2010

Ferrari garang di Bahrain

FERNANDO Alonso (gambar) memulakan kariernya bersama Ferrari dengan bergaya apabila menjuarai perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain, Ahad.
Pemandu Sepanyol itu menamatkan perlumbaan 49 pusingan tersebut di hadapan rakan sepasukan, Felipe Massa, sekali gus menghadiahkan kejayaan 1-2 buat pasukan Scuderia itu pada musim 2010 ini.
Setelah menyaksikan beberapa peraturan baru, kehadiran pemandu baru dan pasukan baru, keputusan di Litar Sakhir itu sudah pun dijangka walaupun pada awalnya ramai yang beranggapan saingan kali ini lebih terbuka.
Walaupun turun sebagai pasukan pilihan, Ferrari bagaimanapun tersentak seketika apabila pemandu Red Bull, Sebastian Vettel yang bermula di petak hadapan, bermula garang dengan menguasai separuh pertama perlumbaan semalam.
Begitupun, kerosakan pada ekzos jenteranya menjadi penghalang buat pemandu Red Bull itu mengekalkan penguasaannya, sekali gus menyebabkan dia kehilangan hampir dua saat satu pusingan.
Malah, masalah teknikal itu juga menyebabkan dia dipintas Alonso pada pusingan ke-34 sebelum diikuti Massa yang kembali semula beraksi di litar sejak mengalami kemalangan pada GP Hungary Julai lepas.
Kemudian tiba giliran pemandu McLaren, Lewis Hamilton pula yang memintas Vettel untuk menduduki tempat ketiga manakala pemandu Jerman itu pula hanya mampu bertahan beberapa pusingan saja sebelum dihampiri Nico Rosberg.
Pemandu Mercedes GP itu bagaimanapun gagal memintas Vettel yang akhirnya berjaya mengekalkan kelebihannya itu sebelum melepasi garisan penamat di hadapan rakan senegaranya itu.
Michael Schumacher pula mengutip mata pertamanya sejak kembali beraksi dalam perlumbaan F1 dengan menamatkan saingan di tempat keenam di hadapan juara dunia 2009, Jenson Button, Mark Webber, Vitantonio Liuzzi dan Rubens Barrichello.
Sementara itu, saingan pembuka tirai semalam juga merupakan hari malang bagi dua pendatang baru F1 selepas tiada seorang pun pemandu pasukan Hispania dan Virgin mampu menamatkan separuh pusingan perlumbaan, apatah lagi untuk melepasi garisan penamat.
Satu lagi pendatang baru, Lotus pula turut mengecewakan apabila mereka hanya mampu menduduki tempat ke-16 dan ke-17, namun sekurang-kurangnya tetap berjaya menghabiskan perlumbaan tersebut.

Kedudukan selepas GP Bahrain

Pemandu:
1. Fernando Alonso (Ferrari) 25 mata
2. Felipe Massa (Ferrari) 18
3. Lewis Hamilton (McLaren) 15
4. Sebastian Vettel (Red Bull) 12
5. Nico Rosberg (Mercedes GP) 10
6. Michael Schumacher (Mercedes GP) 8
7. Jenson Button (McLaren) 6
8. Mark Webber (Red Bull) 4
9. Vitantonio Liuzzi (Force India) 2
10. Rubens Barrichello (Williams) 1

Pengeluar:
1. Ferrari 43 mata
2. McLaren 21
3. Mercedes 18
4. RedBull 16
5. Force India 2
6. Williams 1

All England, Chong Wei and BAM....Who's next?

DATUK Lee Chong Wei who dominated the Super Series circuit  captured the All England Badminton Championship on Sunday.
The world No. 1 won 21-19, 21-19 over 20-year old  Kenichi Tago, the first Japanese male player to step into the final for nearly half a century.
Chong Wei's experience just got him through tight finishes in both  games, He became the first player to win three Super Series titles in a row  having captured the titles in Seoul and Kuala Lumpur in January.
A minute after his victory, Chong Wei received a phone call of  congratulations from the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun  Razak.
 “I'm relief to win and a big dream especially as it’s the 100th  anniversary of the All England,” he said.
 Chong Wei's success may not convince everyone that he is now the  best player in the world, because Lin Dan of China who won both the Olympic and World  titles, skipped the first two Super Series of the year and mysteriously lost to Bao Chunlai in Birmingham.
"Really a great feeling nad of course this is for all Malaysian," he ponted.
Following Chong Wei's victory, I still have something to ask Malaysian badminton Association (BAM).
Who's next after Chong Wei...I see no one yet stamped their mark at international scene..... wake up BAM...

Sunday, March 14, 2010

Tidak salah 'makan angin' sambil belajar menimba ilmu

MAKAN angin di Slovakia? Itu tanggapan pihak-pihak tertentu terhadap langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia menghantar skuad bola sepak muda negara - Harimau Muda ke Slovakia.
Apa pun, tidak salah makan angin jika ada tujuan besar disebaliknya.
Saya memang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak negara.
Kadang-kadang naik angin juga bila melihat prestasi bola sepak kita semakin jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang pernah menjadi mangsa belasahan kita satu ketika dulu.
Contohnya - Jepun dan Korea Selatan. Dua negara ini sudah terlalu jauh ke depan, malah sudah menjejak kaki ke Piala Dunia. Ia adalah hasil daripada langkah berani dua negara terbabit memberi pendedahan kepada pemain muda mereka menimba pengalaman pada peringkat tertinggi.
Sistem mereka pun lebih tersusun, memiliki keberanian memberi pendedahan kepada pemain muda mereka menimba pengalaman di negara maju.
Sejak beberapa tahun lalu, saya sentiasa tertanya-tanya kenapa FAM tidak berani menghantar pemain muda berlatih di luar negara untuk satu tempoh yang lama. Memang tidak dinafikan masalah kewangan menjadi punca, tetapi jika ada usaha saya yakin ia boleh diatasi.
Seketika dulu, FAM pernah menghantar pemain berlatih ke luar negara, tetapi setakat menghantar seorang dua pemain, ia tidak berbaloi dan tidak akan membawa perubahan kepada bola sepak negara.
Sepatutnya, langkah untuk menghantar satu pasukan sudah dibuat sejak dulu lagi, bukannya sekarang. Jika ia dibuat lebih awal, mungkin sekarang bola sepak kita sudah melangkah jauh.
Apa pun, belum terlambat untuk berbuat demikian. Langkah menghantar satu pasukan berlatih selama tiga bulan di Slovakia perlu dipandang positif. Ia satu latihan pendedahan yang berguna, lagipun semua pemain berkenaan masih berusia di bawah 21 tahun. Langkah seperti ini boleh membantu membina keyakinan diri mereka serta belajar bagaimana mahu lebih berdaya saing.
Bagi pihak-pihak tertentu yang tidak merestui program ini, janganlah cepat menghukum. Tolong beri budak muda kita peluang menimba pengalaman demi masa depan bola sepak negara.