Wednesday, May 26, 2010

Alahai bola sepak Sarawak....

 (Foto: SKUAD Sarawak yang satu ketika dulu disegani dalam Liga Malaysia)

 LONTARAN jauh Jalil Rambli, larian deras RoslanIsmail dari garis tepi, sepakan padu Zapri Manai, kreativiti Mohd. Ali Shafiee di bahagian tengah, kecemerlangan penyudah Bobby Pian dan bayak lagi. Semua keistimewaan yang ada pada pemain era 90-an ini sudah tidak ada lagi dalam bola sepak Sarawak yang kini boleh dianggap 'hidup segan mati tak mahu'. Ke mana perginya seri yang ada dalam skuad yang digelar 'Nyap Sayot' ini yang satu ketika dulu cukup disegani dalam saingan Liga Malaysia. Kini, saban tahun, prestasi skuad dari bumi kenyalang itu sangat mengecewakan. Bukan setakat dilanda masalah kekurangan pemain berwibawa, tetapi turut berhadapan pelbagai masalah lain yang terus mematikan langkah mereka untuk mengembalikan imej sebagai antara pasukan di segani.
Bola sepak Sarawak pernah mengecapi kegemilangan pada satu ketika dulu. Piala FA pernah didakap, selain melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia di era Jalil Rambli. Kenapa agaknya terlalu sukar untuk melahirkan pemain berbakat setanding di era Jalil dan rakan-rakan?
Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan kejatuhan bola sepak Sarawak berpunca daripada masalah pengurusan. Kelemahan dari segi pengurusan akan mematikan pembangunan. Selera pemain turut pudar andai pengurusan tidak berada pada tahap terbaik.
Tidak mungkin Sarawak ketandusan pemain memandangkan saiz negeri tersebut adalah sebesar tanah semenanjung. Langkah mengesan bakat tidak begitu diperhebatkan dan akibatnya, pemain berwibawa gagal ditemui. Keberkesanan liga tempatan juga antara punca kemerosotan itu.
Apa pun, aspek pembangunan perlu diperhebatkan dan saya yakin satu hari nanti kegemilangan mampu dikembalikan.
Kesilapan lalu tidak harus berulang. Ketika skuad dari bumi kenyalang itu berada di puncak kegemilangan pada era 90-an, aspek pembangunan agak diabaikan. Mungkin masa itu terlalu ghairah sehingga lupa memberi keutamaan kepada perkara pokok iaitu PEMBANGUNAN. Inilah akibatnya daripada kelalaian itu. Sarawak terus ketandusan pemain. Masih belum terlambat untuk memulakan langkah baru. Jika ia diberi perhatian yang serius, lama-kelamaan usaha akan berhasil. Saya yakin, penyokong tidak ingin melihat skuad kesayangan mereka itu terus menerus bersaing dalam liga kelas dua - Liga Perdana. Ayuh! bangkitlah Sarawak.

Saturday, May 22, 2010

Kenapa salahkan media?

HUH...terkejut 'den' bila pemain badminton negara menyalahkan media ekoran kekalahan mereka pada Piala Thomas baru-baru ini. Apa salah media? Kalau sudah kalah, jangan bagi alasan macam tu. Kalau kita hebat, walau dikritik/diganggu media sekali pun, kita akan tetap berjaya. Pemain tak fikir macam tu..kalah je, media yang disalahkan. ganggu masa traininglah itu lah dan inilah...apa ni, mana sikap profesional pemain kita? Bila menang, kenapa tak salahkan media pula? Sedarlah wahai wira badminton negara. Prestasi you all masa lawan China memang teruk. Masa lawan Denmark pun macam susah je nak menang. Kalau kita ada kekuatan, di mana juga sekali pun kita beraksi, pasti dapat meraih kemenangan. Contohi China, mereka tampil hebat dan hampir semua pemainnya memiliki kemampuan yang sama rata. Bukan setakat Lin Dan sahaja, yang lain pun cemerlang. Kita hanya mengharapkan Chong Wei sahaja,.yang lainnya memang tak boleh pegilah...Chong Wei memang diramal tewas kepada Lin Dan. Dia sudah lama tak beraksi menentang Lin Dan. Malah Lin Dan memang bersedia untuk Piala thomas dan dia tak beraksi dalam banyak kejohanan Super Series. Masa dia tak beraksi itulah dia ambil kesempatan memerhatikan corak permainan Chong Wei. Walaupun dia bukan pemain No. 1 dunia, tetapi gaya permainannya lebih baik berbanding Chong Wei. Perlu ingat bahawa penentuan ranking dunia adalah berdasarkan beberapa banyak kejohanan Super Series disertai. Kalau saya beraksi dalam semua kejohanan Super Series pun, mungkin saya dapat ranking juga..tolonglah jangan bagi alasan mengarut bila kalah. Akui kelemahan dan bekerja keraslah utuk memperbaikinya.

BACALAH artikel yang ditulis rakan saya di akhbar Kosmo!, RADIAH SAORI mengenai kenyataan BAM dalam keluaran Sabtu (22Mei 2010 seperti dibawah;
‘SALAHKAN diri sendiri dulu sebelum menyalahkan media.’
Itu seharusnya difikirkan pemain badminton negara sebelum menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan pada Kejohanan Piala Thomas baru-baru ini.
Satu dunia melihat bagaimana prestasi mereka pada aksi menentang China pada pusingan separuh akhir, dan ketika menentang Denmark pada suku akhir pula, mereka dipaksa bekerja keras.
Pemain perlu faham peranan media.
Di Eropah, atlet dikritik dan dipuji oleh media tetapi mereka mengambil kritikan dan pujian itu sebagai pendorong untuk terus meningkatkan prestasi dan tidak menyalahkan media jika mereka gagal.
Kelmarin, pemain-pemain badminton negara menyalahkan pihak media atas kegaga- lan mereka merampas Piala Thomas, namun semalam lain pula ceritanya.
Giliran jurulatih pula yang meletakkan kesalahan di bahu pemain.
Pada pertemuan bersama Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Salleh semalam, jurulatih berpendapat, semua pemain tidak memiliki keazaman atau keinginan yang mencukupi untuk menjuarai kejohanan yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 hingga 16 Mei lalu.
“Jurulatih merupakan indi- vidu yang memainkan peranan penting dan disebabkan itu jugalah maklum balas daripada mereka amat diperlu- kan,” kata Nadzmi pada sidang media selepas bertemu jurulatih di Bukit Kiara semalam.
“Daripada maklum balas yang saya terima daripada jurulatih, untuk memenangi kejohanan ini atau mana-mana kejohanan, pemain sepatutnya mempunyai keinginan atau keazaman yang cukup tinggi untuk menang.
“Bagi pemain senior, seku- rang-kurangnya 80 peratus usaha atau keinginan harus datang daripada mereka sendiri dan baki 20 peratus lagi mungkin daripada sokongan dan bantuan jurulatih serta faktor-faktor lain.
“Ini hanyalah pendapat dan pandangan yang saya terima daripada jurulatih pada pertemuan hari ini (semalam). Mereka lebih tahu kerana mereka juga pernah menjadi pemain.
“Namun, sama ada ia betul atau tidak saya tidak tahu. Kami akan menilai semula maklum balas yang diterima ini.”
Dalam pada itu, Nadzmi juga mendedahkan, pada pertemuan semalam hampir semua jurulatih bersetuju bahawa persediaan untuk kejo- hanan berpasukan harus lebih lama berbanding persediaan bagi kejohanan individu.
Turut menjadi alasan ialah kekuatan fizikal pemain negara yang lebih kurang berbanding pemain-pemain dari negara lain.
“Semua jurulatih bersetuju bahawa pemain Malaysia mempunyai skil yang amat baik tetapi kekurangan kekuatan fizikal berbanding pemain lain,” tambah Nadzmi.
“Pemain-pemain dari China dan Korea serta Jepun pula mempunyai kekuatan fizikal dan pecutan yang lebih baik dan kelebihan inilah yang boleh melemahkan mental pemain dalam kejohanan.
“Apa sekalipun, kita tidak perlu panik kerana kita masih dalam kelompok empat terbaik.
“Walaupun ini bukanlah keputusan yang kita harapkan, namun kita bukanlah sebuah pasukan yang sangat teruk.”

Vroom from Autopolis, Japan

 SUPERSPORTS 600cc hero, Decha Kraisat is back in his game by claiming the pole position in the second leg of the PETRONAS Asia Road Racing Championship that is being held at the Autopolis International Racing Course, Japan on Sunday (23 May).  The PETRONAS Yamaha Thailand dominated both the qualifying sessions as he top the timesheets. He set the pace in Qualifying 1 by lapping in 1:59.804s and went on to improve his lap time in Qualifying 2 with the flying lap of 1:59. 295s.  Current championship leader, Glenn Allerton (Red Rooster Racing) will park his bike next to Decha as he clocked 2:00.290s while Decha’s teammate, Chalermpol Polamai secured  the last spot on the grid with the laptime of the 2:00.372s.  Decha is the only rider who dipped into the 1:59s bracket and at the same time set a new qualifying track record. Asking him how he managed to improve his lap time even after setting 1.59s, he said, “Today the track was dry and we managed to run in the machine. I feel much more comfortable riding on the dry track as compare to wet. Besides that, we also made some changes to the front suspension setting.”    Decha who is currently seventh overall in the standings with 18 points said that he is quite contented with his lap time. “Even though, I did not achieve my target of 1:58 seconds but setting 1:59s is good enough. My hope for tomorrow’s Race 1 is to start off the race well. It is my desire to take my first chequered flag here.”

 Asking him who will be his main rivals, he named Australian Allerton. “I must say Allerton is fast learner and aggressive rider. I think he is even better than 6-timed Champion Toshiyuki Hamaguchi and I will need to be aware of him.”  Meanwhile, Azlan Shah Kamaruzaman of PETRONAS Yamaha Malaysia only managed to set the fifth fastest time of 2:00.794s. He said, “All of our lap times are very competitive and it is less than a second gap. I will plan my game wisely for tomorrow’s race and hopefully, I will do our nation proud in Japan.”

Qualifying Results
SuperSports 600cc
1)Decha Kraisat (THA) PETRONAS Yamaha Thailand 1:59.295 (2) Glenn Allerton (AUS)Red Rooster Racing 2:00.290s (3) Chalermpol Polamai (THA) PETRONAS Yamaha Thailand 2:00.372 (4)Toshiyuki Hamaguchi (JPN) Moto-Rev India 2:00.498 (5)Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) PETRONAS Yamaha Malaysia 2:00.794    

SEMENTARA itu, bagi kategori Underbone 115cc pula, kebanyakan pelumba mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kedua yang berlangsung dalam keadaan cuaca panas. Kedudukan barisan pertama didominasi oleh pelumba yang pernah beraksi di litar Autopolis pada musim lepas seperti Fitriansyah Kete, Hokky Krisdianto dan Denny Triyugo dari Indonesia..
 Fitriansyah daripada Bikers BRT Racing akan bermula dari petak hadapan selepas berjaya merekodkan masa terpantas iaitu 1:33.048s, diikuti  Hokky (Yamaha TOP 1 FDR) di petak kedua yang mencatat masa 1:33.413s manakala rakan sepasukan Hokky, Denny pula merupakan pelumba ketiga terpantas dengan catatan masa 1:33.483s.  Ketiga-tiga mereka telah memecah rekod (1:34.489s)  yang dicipta oleh Mohd. Iskandar Raduan musim lepas.
 Pelumba Malaysia yang mencatat masa terbaik ialah Shahril Izzuwan Mohd Noor yang berjaya mencatat masa 1:33.951s  dan dia akan memulakan perlumbaan dari petak keenam.
 “Pada sesi kelayakan tadi, saya dapat mengikuti rentak pelumba-pelumba yang berada di kelompok depan dan berjaya mencatat masa yang memuaskan. Saya berharap dapat mengekalkan prestasi sebegini pada perlumbaan esok. Walau apa pun, matlamat saya adalah untuk berada dalam kelompok lima teratas,” ujar Shahril.
Perlumbaan 1 bagi kategori SuperSports 600cc dan Underbone 115cc akan berlangsung esok (Sabtu) manakala Perlumbaan 2 pula akan diadakan pada hari Ahad (23 Mei).

Underbone 115cc
1)Fitriansyah Kete (INA) Bikers BRT Racing 1:33.048s (2)Hokky Krisdianto (INA) Yamaha TOP 1 FDR 1:33.413s (3) Denny Truyugo (INA) Yamaha TOP 1 FDR 1:33.483s (4)Yudhistira (INA) Yamaha INDOPROM HRVRT 1:33.855(5) Hadi Wijaya (INA) Kawasaki NHK Rextor MTR 1:33.888s (6) Shahril Izzuwan Mohd Noor (MAS) PETRONAS Sprinta Yamaha AHM KHi 1:33.951s

 Pix 1: Decha on his way to set the fastest time during qualifying on Friday (May 22) and pix 2, resting in his team's pit while waiting for the race to start.

Wednesday, May 19, 2010

Cabaran di Autopolis

LITAR Antarabangsa Autopolis di Jepun kembali bergema apabila pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) berlangsung pada 20 hingga 23 Mei ini.
Selain menjadi medan pertarungan pelumba kelas Underbone 115cc perlumbaan ini turut diadakan serentak dengan Kejuaraan Seluruh Jepun.
Berbanding saingan perlumbaan kelas SuperSports 600cc yang beraksi di atas trek penuh berukuran 4.674km, cabaran kelas Underbone 115cc hanya dilangsung di atas separuh trek berukuran 3.022km dengan lapan selekoh dikeluarkan daripada litar asal.
Begitupun, cabaran yang dihadapi pelumba tetap sukar.
Pelumba bukan sahaja berdepan 10 selekoh pantas dan teknikal, tetapi juga perlu mempelbagaikan gaya tunggangan jika berhasrat menguasai saingan di dalam cuaca sejuk sekitar 18 hingga 20 darjah celcius.
Daripada senarai pencabar musim ini, hanya sebahagian kecil pelumba sedia ada yang pernah beraksi di litar berkenaan.
Denny Triyugo, Hokky Krisdianto, Anggi Permana Putra, Florianus Roy, Fitriansyah Kete. Prawat Yannawut dan juara bertahan, Md Affendi Rosli pasti memiliki kelebihan.
Bagi pelumba seperti Hadi Wijaya, M. Reza Pahlevi, Norizman Ismail, Md. Ramdan Md. Rosli, Md. Azhar Abd Jalil, Md. Rozaiman Md. Said, Md. Firdaus Musa, Rafid Topan, Vorapong Malahuan, Yudhistira, Litar Autopolis pasti membawa cabaran yang cukup getir buat mereka.
Kebanyakan pelumba ini pernah beraksi dalam siri perlumbaan ARRC musim-musim lepas tetapi ini merupakan penampilan pertama bagi bakat-bakat muda Malaysia seperti Ramdan, Firdaus, Azhar dan Rozaiman.
Bagaimanapun, bersandarkan persembahan memberangsangkan pada pusingan pembuka tirai di Litar Sepang, Malaysia April lalu, empat pelumba berbakat ini nampak sudah bersedia memberi cabaran kepada pelumba senior lain.
Pada waktu ini, Denny dari Indonesia mengetuai carta keseluruhan kelas Underbone 115cc.
Pelumba pasukan Yamaha TOP 1 FDR Racing ini menduduki tangga teratas dengan 36 mata manakala Hadi Wijaya yang mewakili pasukan Kawasaki NHK Rextor MTR Manual Tech muncul tempat kedua dengan 31 mata.
Rakan sepasukan Denny, Hokky berada di tempat ketiga dengan 25 mata.
Ramdan dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha AHM Khi dan Azhar dari Motul Yamaha YY Pang Racing berkongsi 20 mata di tempat keempat dan kelima.

Friday, May 14, 2010

Flashback PulutMalaya

Gambar atas: Motorcross memang menjadi kegemaran PulutMalaya satu ketika dulu. Aksi dalam gambar ialah pada pertengahan tahun 1980 ketika PulutMalaya menyertai Kejuaraan Motocross Sarawak Open 1980. Masa tu bangga dengan scrambler Yamaha TY. Memang minat giler..Tapi kejuaraan ni yang terakhir disertai sebab pada tahun berikutnya, masa training dengan geng scrambler, PulutMalaya silap landing dan motor jatuh atas dada. Adalah sikit berlaku kecederaan kat tulang dada.sampai sekarang pun masih terasa lagi because tulang tu tak perfect macam asal dah. Lepas tu, secara perlahan-lahan, PulutMalaya mula menjauhkan diri dengan aktiviti lasak ni. Bukan apa, kena marah orang tua masa tu..kalau tak ada insiden mungkin aktif lagi kot...


Selain minat sukan pemotoran, bola sepak tetap menjadi sukan No.1 PulutMalaya. Pada tahun 1982 hingga 1984 beraksi dalam Piala FAM dengan Kuching FA. Masa tu saya the youngest dalam team, berhingus lagi kot... Pencapain terbaik ialah pada tahun 1984 apabila berjaya masuk pusingan ketiga Piala FAM (sekarang dikenali sebagai Liga FAM). Pada perlawanan pertama, kita orang belasah wakil Sabah, Sandakan FA 6-0 kat Stadium Negeri di Kuching, Sarawak. Lepas tu, lawan pula Kelab Sultan Sulaiman (Selangor) menang 4-2. Game third round diundi jumpa Fajar Hiliran, Terengganu dan beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu. Kita orang kalah 6-0 dan tersingkir daripada saingan. Masa tu, Fajar Hiliran diwakli Nasir Jalil dan Ahmad Paijan (dua bekas pemain Singapura yang berhijrah ke Terengganu. PulutMalaya bermain di posisi midfield bergandingan dengan Herman Bulang (sifu saya, dalam gambar berdiri dua dari kiri). Kira ok jugalah prestasi sebab pada tahun berikutnya, dipanggil sertai skuad Piala Malaysia, Sarawak. Masa proses pemilihan memang all out, tapi masa tu banyak yang PulutMalaya kena challenge nak rebut tempat. Selain Herman, Mohd. Ali Shafiee pun ada. Bila final selection, tak dapat tempat, kena dropped.
PulutMalaya mula menjauhkan diri daripada bola sepak selepas cedera teruk ketika mewakili Bank Bumiputra Kuching (sekarang CIMB) dalam Liga Sarawak. Lutut kanan kena terjah penjaga gol lawan, habis ligamen koyak. Kena operate dan lepas tu rasa takut nak aktif semula. Lagipun masa terlantar kat hospital, arwah ibu saya masa tu dah marah dan dia cakap: "If you play football again after this, i cook the ball and your football boot for your dinner." Bila kena leter macam tu, berfikir panjang pula kenanya nak kembali aktif. Tapi, sampai sekarang,minat bersukan memang tidak pernah luntur. Dan minat tersebut masih kuat termasuk menulis berita sukan sehingga sekarang sejak merantau ke Kuala Lumpur 16 tahun lalu..

Thursday, May 13, 2010

Bintang yang tiada pengganti


 
 ALLAHYARHAM Mokhtar Dahari dianggap antara pemain terbaik Asia sekitar tahun 1970an.
Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, allahyarham telah mula menunjukkan minat dalam sukan bola sepak sejak kecil. Dia mula mewakili sekohanya dan kemudian beraksi untuk negeri Selangor. Dia merupakan pelajar Victoria Institution, Kuala Lumpur pada tahun 1966 hingga 1970.
Mula mewakili skuad kebangsaan pada usia 19 tahun. Sepanjang kariernya, dia telah menjaringkan 125 gol untuk skuad negara dan memiliki 167 caps. Dianggap penyerang terbaik pernah dilahirkan oleh Malaysia. Aksi pertamanya dengan skuad kebangsaan ialah ketika menentang Sri Lanka pada tahun 1972.

 Stadium Merdeka dianggap 'rumah keduanya'. Dia mendapat jolokan 'Supermokh' kerana kehebatan, kepantasan serta kemhairan menggelecek bola. Ketika zaman kemuncaknya, skuad bola sepak negara sangat dihormati di rantau Asia. Ketika itu skuad negara turut dibarisi pemain-pemain seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun (kini Datuk), Reduan Abdullah, Shukor Salleh dan gandingannya di jentera serangan termasuk Isa Bakar. Pada zaman inilah bola sepak Malaysia dan Selangor memang sukar digugat.



Pada tahun 1975, Mokhtar mengetuai skuad negara pada aksi persahabatan menentang kelab England, Arsenal yang menyaksikan skuad negara menang 2-0. Kedua-dua gol dihasilkan oleh Mokhtar. Kehebatannya menjaringkan gol pada perlawanan menentang England B pada tahun 1978, masih kekal dalam ingatan peminat bola sepak tempatan sehingga ke hari ini. Pada perlawanan tersebut kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1.
Pada Mei 1986, Mokhtar mengumumkan persaraan selepas membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia. Selepas perlawanan akhir itu, dia menyerahkan jersi No.10 kepada Raja Muda Selangor. Begitupun, dia kembali dari persaraan pada Januari 1987 untuk menabur bakti selama setahun lagi buat pasukan Selangor.
Pada usia 37 tahun, penyerang terhebat di Asia ini meninggal dunia akibat penyakit amyotrophic lateral sclerosis di Pusat Perubatan Subang Jaya pada pukul 8:25, 11 Julai 1991.
Sehingga ke hari ini penggantinya masih belum ditemui.
Bagi mengingati pengorbanannya, gelanggang utama di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya telah diberi nama Gelanggang Mokhtar Dahari. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Hai Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 8 Mei 2010.

Wednesday, May 12, 2010

Pelumba tempatan mampu gegar dunia

SUKAN pemotoran perlu diletakkan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Sukan ini dilihat mempunyai potensi untuk meletakkan nama negara di peta dunia. Pelumba negara sebenarnya memiliki kemahiran, kecekapan serta keberanian yang tidak kurang hebatnya. Cuma apa yang saya lihat membataskan perkembangan mereka ialah pendedahan serta perhatian serius daripada kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan. Pemimpin sukan di negara kita lebih banyak memberi tumpuan kepada sukan-sukan glamour yang lain dan berjuta-juta 'sen' dibelajakan untuk tujuan pembangunan. Tetapi apabila bersaing di pentas antarabangsa, keputusannya kadang-kadang mengecewakan.  Saya yakin, jika berjuta-juta 'sen' turut digunakan untuk memberi pendedahan pembangunan kepada pelumba tempatan, sudah pasti seorang juara dunia dapat dilahirkan. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan dan syarkat-syarikat swasta tempatan khususnya yang terlibat secara aktif dalam sukan pemotoran ini bekerjasama ke arah itu - iaitu melahirkan seorang juara dunia seperti mana program yang sedang dijalankan untuk melahirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik. 
Sukan pemotoran (meskipun dianggap sukan kelas kedua oleh sesetengah pihak) adalah antara sukan yang cukup popular di pentas antarabangsa. Misalnya F1 mahupun MotoGP. Ia mempunyai pengikut paling ramai, lagipun akan sentiasa dianjurkan setiap tahun. Kita seharusnya mengambil peluang daripada popularitinya, yang saya lihat boleh menjulang nama negara di persada antarabangsa. Kenapa saya katakan potensi sukan pemotoran khsuusnya, perlumbaan motosikal boleh pergi jauh? Saya mengambil contoh sukan lumba basikal. Satu ketika dulu, sukan lumba basikal tidak begitu diberi perhatian, tetapi apabila kerajaan mula campur tangan untuk membangunkan sukan ini, kita sudah mampu melahirkan juara dunia seperti Mohd. Azizulhasni Awang. Jika Azizulhasni tidak dihantar berlatih di luar negara, dia tidak mungkin boleh menggegar dunia.

 Begitu juga dengan perlumbaan motosikal. Kita mempunyai ramai pelumba yang hebat dan berbakat, tetapi bakat yang ada pada mereka itu tidak didedahkan sepenuhnya untuk menggegar dunia. Cuma tahun ini, kita sekurang-kurang berbangga kerana ada Zulfahmi bersaing dalam MotoGP. Saya yakin Zulfahmi akan lebih menyerlah jika dia terus diberi peluang beraksi dalam perlumbaan paling berprestij itu.
Di peringkat tempatan pula, Kejuaraan Cub Prix dilihat landasan paling baik untuk mengesan bakat dan produk daripada kejuaraan ini seharusnya digilap dan diberi pendedahan sehingga ke peringkat MotoGP. Memang kewangan akan menjadi masalah, tetapi jika kita mempunyai keberanian untuk memberi pendedahan kepada mereka, saya yakin syarikat antarabangsa akan tampil menjadi penaja.
Dalam saingan Cub Prix, ramai pelumba yang saya lihat boleh pergi jauh. Antaranya, Mohd. Zamri Baba, Ramdan, Norizman, Elly, Fazli Sham dan ramai lagi. Jika mereka diberi pendedahan seperti mana pendedahan untuk ahli sukan lain, barisan pelumba ini akan lebih dulu boleh menghadiahkan kejayaan kepada negara.
Saya juga cadangkan agar pasukan-pasukan gergasi dalam saingan Cub Prix seperti Motul YY Pang dan yang lainnya mengambil langkah positif dengan membawa pelumba mereka berlatih di luar negara bagi mengembangkan lagi teknik serta keyakinan mereka. Mungkin ia boleh dibuat ketika berakhirnya saingan Cub Prix pada setiap musim. Langkah seperti ini saya lihat akan menjadi insentif kepada pelumba tempatan agar lebih berdaya saing serta bersikap profesioanl sekali gus menjadikan kejuraan tempatan lebih menarik dan hebat.
Kalau boleh, pada setiap tahun kita perlu menghantar seorang pelumba bersaing dalam MotoGP dan dia hendaklah dipilh di kalangan yang terbaik dalam saingan Cub Prix. Setiap tahun perlu ada langkah seperti ini. Sekurang-kurangnya, pelumba kita ada sesuatu untuk diburu dalam karier mereka. Tiada yang mustahil jika ada usaha ke arah itu. Pastikan, lebih ramai pelumba tempatan yang akan menemani Zulfahmi dalam perlumbaan peringkat dunia selepas ini.

Keterangan gambar: 1 (atas) Warga sukan pemotoran tempatan berganding bahu untuk merealisasikan impian menghantar pelumba beraksi dalam MotoGP.
Gambar 2: Aksi serta keberanian yang dipamerkan oleh pelumba tempatan dalam saingan Cub Prix.
Gambar 3: Bersikap profesional dan yakin ketika bersedia di garisan permulaan untuk memulakan saingan.
Gambar 4: Tenaga yang menggerakkan sukan pemotoran tempatan.



Tuesday, May 11, 2010

Norizman cipta nama di Batu Kawan

NORIZMAN Ismail mencipta sejarah tersendiri pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas AAM di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai, Ahad lalu.
Selain muncul juara bagi kategori CP130, pelumba kelahiran Banting, Selangor ini menghadiahkan kemenangan pertama untuk Honda musim ini.
Norizman mencatatkan masa 14 mi nit dan 6.779 saat untuk menamatkan perlumbaan 15 pusingan itu sekali gus mendahului pelumba Petronas Sprinta Yamaha Raceline, Ha fizh Syahrin Abdullah dengan kelebihan 2.211 saat.
Pelumba Shell Advance Yamaha Maju Motor, Elly Idzlianizar Illias menduduki tempat ketiga (14:  9.097 saat).
Norizman yang bermula dari petak kelima bernasib baik dan menjadi pendahulu selepas beberapa pelumba lain antaranya Ahmad Fazli  Sham terjatuh.
“Saya cuba mengelak asakan pelumba lain tanpa menyedari siapa  yang cuba memintas saya tetapi sukar  untuk saya menjarakkan kedudukan.
“Pada pusingan pertama dan kedua di Alor Setar serta Kluang saya  gagal menaiki podium dan akhirnya  hari ini, saya berjaya memenangi tempat pertama dalam saingan kategori CP130 ini,” kata pelumba berusia 25 tahun ini.
Ketika ditanya mengenai sasaran  pada perlumbaan di Sepang bulan depan, Norizman berkata: “Jentera  kami sangat kompetitif sama seperti Yamaha dan setiap pusingan kami  mampu membaiki catatan masa.
“Saya yakin aksi  kami di Sepang nanti lebih baik selepas kami berjaya menaiki podium pada Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia Pe tronas (ARRC) 2010 bulan lalu.”
Dengan kemenangan itu, Norizman  melonjak dari tempat ketujuh ke tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan selepas mengumpul 44 mata, 2 mata di belakang pencabar terdekat, Ahmad Fuad Baharuddin (46 mata).
Manakala Ahmad Fazli Sham masih  mengungguli kedudukan teratas dengan 56 mata selepas menamatkan  perlumbaan di tempat kelima.
Dalam kategori pasukan, Shell Advance Yamaha Maju dan Petronas Sprinta Yamaha AHM berkongsi 81 mata untuk mengungguli kedudukan teratas.
Sementara itu, Hafizh, 16, yang  sebelum ini turut menduduki tempat kedua pada pusingan pertama di Alor Setar mengakui sukar memintas Norizman.  
Pelumba termuda, Mohd. Ramdan  Mohd. Rosli, 14, mengungguli kategori CP115 selepas mencatat masa  11 minit 22.174 saat.
Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha AHM itu bermula pada petak ketiga dan memintas Mohd.  Iskandar Raduan, 25, serta Mohd. Rozaiman Mohd. Said, 21, yang masing-masing menduduki tempat ke dua dan ketiga.
Mohd. Iskandar yang mewakili Petronas Sprinta Yamaha Raceline dan  Mohd Rozaiman dari pasukan Motul  Yamaha YY Pang masing-masing ketinggalan 1.235 dan 2.951 saat.
















KEPUTUSAN PUSINGAN 3

Kategori CP130
1. Norizman Ismail (SCK Honda Racing)  14:06.779
2. Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprinta Yamaha Ra celine) 14:08.990
3. Elly Idzlianizar Ilias (Shell Advance Yamaha Maju)  14:09.097
4. Azlan Shah Kamaruzaman (Petronas Sprinta Yamaha  Raceline) 14:11.633
5. Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju)  11:17.345

Kategori CP115
1. Mohd. Ramdan Mohd. Rosli (Petronas Sprinta Yamaha  AHM) 11:22.174
2. Mohd. Iskandar Raduan (Petronas Sprinta Yamaha Ra celine) 11:23.409 
3. Mohd. Rozaiman Mohd. Said (Motul Yamaha  YY Pang) 11:25.125
4. Zaidy Mohd. Zaifaizal (Motul Yamaha YY Pang) 11:31.105
5. Shahril Izzuwan Md. Noor (Petronas Sprinta Yamaha  AHM) 11:31.105s

Kategori Wira
1. Md. Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 9:45.422
2. Ahmad Afif Amran (Modenas Forty One Racing) 9:52.737
3. Md. Syawalluddin Md. Zaki (Modenas Forty One Racing)  9:56.809
4. Zulsyafiz Rosli (MOS Yamaha Racing) 10:03.007
5. Luqman Shakiemi Halim (Modenas Forty One Racing)  10:07.419


KEDUDUKAN KESELURUHAN

Kategori CP130
1. Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) 56 mata
2. Ahmad Fuad Baharudin (Petronas Sprinta Yamaha AHM)  46 mata
3. Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) 44  mata
4. Hafizh Syahrin Abdullah(Petronas Sprinta Yamaha Ra celine) 40 mata 
5. Mohd. Zamri Baba (Petronas Sprinta Yamaha  AHM) 33 mata

Anugerah Pasukan (CP130)
1. Petronas Sprinta Yamaha AHM - 81 mata
2. Shell Advance Yamaha Maju Motor - 81 mata
3. Petronas Sprinta Yamaha Raceline - 73 mata

Kategori CP115
1. Mohd. Iskandar Raduan (Petronas Sprinta Yamaha Ra celine) 65 mata
2. Md. Ramdan Md. Rosli (Petronas Sprinta Yamaha AHM) 61  mata
3. Mohd. Rozaiman Md. Said (Motul Yamaha YY Pang) 42  mata
4. Sharil Izzuwan Md. Noor (Petronas Sprinta Yamaha AHM)  31 mata
5. Md. Adli Salihin (Motul Yamaha YY Pang) 28 mata

Anugerah Pasukan (CP115)
1. Petronas Sprinta Yamaha AHM - 92 mata
2. PetronaS Sprinta Yamaha Raceline - 78 mata
3. Motul Yamaha YY Pang - 52 mata

Kategori Wira
1. Md. Syawalludin Md. Zaki (Modenas Forty One Racing) 49  mata
2. Md. Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang) 41 mata
3. Md. Firti Ashraf Razali (Caviaga Racing) 41 mata
4. Amirul Hafiq Md Azmi (MOS Yamaha Racing) 33 mata
5. Md. Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 25 mata

Gambar (atas): Pose untuk peminat daripada 'Awek Tanjung' di Stadium Batu Kawan ketika berlangsungnya Pusingan 3 saingan Cub Prix pada 9 Mei lalu.
Gambar 2: Aksi Ramdan ketika menjuarai kategori CP115.







Chelsea the new EPL champ

CHELSEA is the new English Premier League Champion. It was their fourth title in the league and the first under Italian, Carlo Ancelotti. It was a dramtic ending for the Blues as they wrapped up the 2009-10 season with a convincing 8-0 win over Wigan.
Their rival, Manchester United (the defending champion) wrapped up the season as runner-up, losing by only a point. United also displayed convincing form in their last game on Sunday with a 4-0 win over Stoke City.
Congratulations The Blues.
PIX (top) Joy moments for The Blues and (pix left), Ancelotti, the man who steered Chelsea's success. However, he failed to bring Chelsea to the highest level in the UEFA Champions League.


                   

Tuesday, May 4, 2010

Product of Cub Prix stamps his mark


MALAYSIA'S team AirAsia-SIC rider, Zulfahmi Khairuddin stamped his mark at the Spanish MotoGP in Jerez, Spain on Sunday.
Zulfahmi, product of Malaysian Cub Prix Championship completed the race at the 20th spot, an achievment that can be proud of.
This is his debut in the world motorbike racing and he will be racing full season in the 125cc category this year.
He clocked 43'27.671s on the finish line in spite of a crash on Saturday which ended his bout in the
qualifying session.
“I made a mistake at the 9th turn during the qualifying session, and I was sent to the Jerez General Hospital. I had to spend seven hours at the hospital because they wanted to make sure that I was fit for the race,” he
said.
“I concentrated on improving my lap time, and I’m very happy with my result today. I am also very happy with the team, and I’d like to thank everyone especially the team mechanics for a job well done. The bike’s set up was great, providing me with added confidence on-track. Not forgetting, utmost thanks to all Malaysians for their support,” he said, adding that he will strive to do his best in the upcoming race in Le Mans.
Though Fahmi was happy with his performance, lady luck was not on his teammate, Sturla Fagerhaug.
“Sadly, it was a very short race for me. I lost the front while braking during the second lap, and that was the end of it. My pace was the same of riders that had been able to get points. That can be my target in Le Mans".
Sepang International Circuit CEO, Razlan Razali, was present at the race to show his support for the team.
He said: "I was a little worried when he crashed during the qualifying session, but when the doctors certified him fit to race, I was confident that he would not let the crash affect his performance during the actual
race."

Monday, May 3, 2010

Thrills at round 1 of ARRC 2010

ACTIONS of the 600cc SuperSports category held at Sepang Circuit on April 25th. it was the curtain riser race for the 2010 season.
The race was won by Glen Allerton of Red  Rooster Racing. Malaysia's Mohd. Zamri Baba finished second.

BABES of ARRC at work. They also played an important role to attract the crowd throughout the race.